Sunday, April 17, 2011

Perkara yg membuatkan wanita BENCI Lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA

ada lelaki yang suka meninggikan suaranya untuk menunjukkan keegoan dia. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun kadang2x dorang tidak akan peduli even pasangannya ada bersama. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang oii!


4. MENGONGKONG

Segala gerak-geri gelpren dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah nak gadoh-gadoh pasal hak kecik tu je. tapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?


5. EGO

ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU

Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

Teringat pula pernah ada kawan lelaki ni dia buat pengakuan, lelaki ni bukan nak menipu @x setia cuma dorang tak jujur je.. err, apa kes?? ada beza ke?? grrr...


7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa. ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya.  Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA

kalau cemburu2x sayang tu tidak ala gak tp kalau cemburu tak tentu pasal, bayaya tu.


11. MATA DUITAN

Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa kes ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa, kan3x??Lagipun kalau asyik cerita pasal kerja2x, manusia mana yang tak boring?? o.0


13. PANAS BARAN

boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? wahai kaum adam, janganlah berlawan dengan kaum yang lemah! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah. understood??!!


14. KAKI MEROKOK

Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang pasangan menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit dan bazirkan duit ^^


15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Bukannya ada kaki juga makanan2x tu untuk lari2x sana sini kan ??


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama pasangan tiada langsung. Apa guna bercinta kalau macam tu? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Nanti dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti.


20. SUKA KONTROL MACHO

Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!







nota coklet : dapat gak tukar lagu bl0g ni.. Malulah guna lagu tu lagi sebab minggu lalu Aiman Mentor ada nyanyi lagu tu tp hancus x.x 





 

14 insan doakan kebahagiaanku:

osHin said...

setuju !!! hahaha

aNis sHazLiN said...

setuju! :)

epoitdya said...

waa ... byk nyer sebab hu3 ... :) bwu qu tw :)

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

ello dear ;)
hows weekend? hope weekend ni x bosan lg k..dah mcm dr love la kamu ni huhu..

psst ada entry utk kamu..

http://eppyphamdiary.blogspot.com/2011/04/i-folo-ufolo-me-back.html

sweet stalker said...

erm, betul tu. tapi kan, bf i ade ciri ciri yg u cakap tu. no 4,5,10,12 dan 14.
tapii tak kesah, sbb i syg dye, so, i terima kekurangan dye. heee :)

nub said...

haha..laki makan mang laju nakharam. haha. p lau smppai gelojoh tu nmpak sgt pelaq

syuwai said...

@osHin

=)

syuwai said...

@anis

=) gak

syuwai said...

@epoitdya

lamanya aku nak memahami 3 perkataan terakhir tu..haha

syuwai said...

@♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥

thanks buat entri best tu ea..hehe

syuwai said...

@sweet stalker

jgn overdose dan cinta buta dah la ea ;)

syuwai said...

@nub

setuju tu.. lelaki mkn memang cepat tp jngn gelojoh dah la ah ;)

man yusoef said...

wah...pnjgnya list =.= tp terima la pasangan anda dgn sebaik-baiknya...huhu...chewah

syuwai said...

@man

sengaja nak buat entri panjang kali ni.. malas nak buat sambungan2x

x____x

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat