Thursday, December 27, 2012

Lagenda Budak Setan 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera :))


baru semalam aku tengok cerita ni.. wayang2 melayu ni aku selalu terlambat lainlah kalau Running Man..kikikikiki 
Agak kecewa sebab bukan Fazura yang belakon sebab kita tau watak tu sepatutnya Fazura yang pegang dan mungkin kesan movie ni lagi ummphhhh!
dan adore dengan bayi Athirah.. pandai gila bayi tu belakon..hehehe


"Kita bukannya dalam zaman filem P. Ramlee, Antara Dua Darjat tu ..." - Katerina



nota coklet: kesimpulannya, filem ni biasa-biasa sahaja.. 

Wednesday, December 26, 2012

when a stanger call!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :))


seronok sangat ka main telefon ni... mesti orang tu banyak sangat masa lapang! sudahla melalut becakap yang bukan-bukan. grrrrr. Yes, its scary! sebenarnya apa motif orang tu ah, Im curios. Bercakap hal orang lain pula tu. Ambil kesempatan atas kejadian yang berlaku? erm..... Kalau ya pun kamurang ada masalah jangan libatkan orang lain,, macam2 orang boleh fikir. Kalau call pi hp sudah lama aku report polis




nota coklet: Stop calling me you sick !

Friday, December 21, 2012

Maturity

Assalamualaikum & salam sejahtera :))




mmg aku akui ada segelintir ahli bloggy di alam maya ni yang berumur di bawah 20..(wah..umur stahun jagung dah pandai wap blog n express pendpt sendiri..mantap)... tmasuk jugaklah adik aku.... tp, itu (usia ) tdk mnjadi penghalang kpd kematangan seseorang itu..... bhkan, kta mmg diajar pd zmn skolah utk berfikir scr matang.... BAGAIMANA???? dgn hanya 1 cara..... iaitu melalui MEMBACA ...dan juga kemahiran berfikir (selesai masalah dalam math,fizik,kimia dan bio..) ... itulh kunci kejayaan.... dsbbkn itulh, di USA, sistem yg mereka gunakan jauh sekali berbeza dgn sistem pendidikan yg dgunakan d UK n juga Malaysia..... di USA, mereka lbh mementingkn pemikiran dan pendapat drpd pelajar berbnding sistem d UK n Malaysia.. (berorientasikan pelajar) .. sbb, sistem UK n Malaysia hampir sama je...... (mmg la ada perbezaannya, tp tk ar bnyk sgt) hehe.....

Yang mnjadi persoalan di sini ialah, mmg ada manusia yg sdh mencecah hampir umur 30 dan ke atas,(umur biologi dah tua) tp msh lg tak matang...(umur mental mcm budak tadika..hehe).. knp??? fikir2kn sendiri....... n ada pelajar universiti yg berkelulusan ijazah pn msh tdk dpt berfikir scr tdk matang....(asyik main game n kapling sane sini je).... knp??? antara 1 faktor ialah mereka tdk prnah berdikari dlm menyelesaikn masalah sndiri n bergantung kpd kwn utk mndpt jwpn....... itulh antara sbbnya...


N mmg tak dinafikan ada sesetengah pelajar walaupun berumur di bawah 20 thn, mmg sdh mncapai kematangan dr segi pemikiran... mreka blh berfikir secara mendalam dan menjangkau sempadan...... ttp, yg peliknya, guru d malaysia lebih berharap kpd jwpn dan pendapat mereka sendiri berbanding jawapan dan pendapat murid2 mereka...... N, mmg sesetengah guru mmg hnya akan menerima jawapan berdasarkn drpd buku teks shj...... PELIKKAN??????? PERSOALANNYA D SINI, ADAKAH ITU GENETIK ATAU KEHENDAK SENDIRI ATAU TAKDIR.......... mmg ramai pelajar yang pandai di malaysia tetapi tak ramai yang bijak....... itulh masalahnya..... pandai di sini bermksd mereka lulus dlm peperiksaan berdasarkan 100% buku teks.... manakala bijak bermksud mereka lulus dlm peperiksaan dan kehidupan berdasarkan pemikiran yang matang.


sila sambung bacaan di [KLIK SINI]

aku tertarik dengan entri blogger ni :))



nota coklet: IJAZAH KEMATANGAN DARI UNIVERSITI KEHIDUPAN :suka ayat ni

Thursday, December 13, 2012

Testimoni VCO Catalyst

Assalamualaikum & salam sejahtera :))




Apa itu VCO? VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst ialah ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kulit.

Sebenarnya aku ambil vco ni sebab kena cacar. kan kelapa muda bertindak mnguluarkan cacar tu dgn lebih cepat, disamping tu aku ingin mempercepatkan proses penyembuhan, termasuklah parut2 cacar tu pada masa akan datang. Aku berfikiran jauh bukan? hahahaha :perasan lettew

memang banyak kebaikan vco ni dan antara yang berlaku denganku, masalah keguguran rambut kurang 95%, kulit sihat, kecuali la lambat tidur memang segala moyang jerawat pun keluar..haha tiada masalah senggugut masa datang bulan dan kolestrol aku berkurang..

bukti :
 kadar kolestrol lama=> 4.5
klik utk tumbesaran


 yang terbaharu~ => 3.49


Parents aku pun mengamalkan vco ni juga dan kadar kolestrol dorang turun menurun. Aku tiada berpantang dalam pemakanan tapi kolestrol aku turun..hehe happy~




nota coklet: masa aku ambil vco ni, aku sudah stop pengambilan eve collagen

Istanbul aku datang

Assalamualaikum & have a nice day :))

Malam semalam baru aku tengok cerita lakonan si Lisa ni. Tu pun secara tidak sengaja terbeli cd istanbul ni, saja2 mau beli.

Tidak perlu la aku cerita sinopsis movie ni, mesti korang lebih tahu dari aku.. Hehe comel lisa dalam tu & jalan cerita movie ni mudah difahami. Yg lawak masa Dian fikir housemate dia tu gay, siap cakap sweet lagi.. Bahahahhaa lucu

Nota coklet: hey hipokrit, jangan busy body boleh ka?

Durian oh durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera :))

Sekarang musim durian, mesti korang pun busy menikmati durian kan3x..hehe tapi mesti ada juga yang kurang meminati raja buah ini atau langsung x menggemarinya sama sekali..hehe

Aku memang suka gila2 sama si raja buah ni bgitu jg dgn family ku. Untungnya, bapaku rajin beli buah2an termasuklah durian, tarap, rambutan atau manggis.. Full house owh.. Macam mau bniaga buah2an pula aku rasa..haha

Exited habis aku tengok durian yg blambak2 d rumah siap ofer diri lagi tolong buka tu durian. Kesannya durian tu macam makanan utama la pula.. Lepas makan durian baru makan nasi..muehehehe

Nota coklet: muak? Nope! Siapa yg muak makan durian tu boleh sedekah dekat I tau..gagagagaga

Testimoni EVE collagen

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia :)

sebenarnya lama sudah mau buat testimoni pasal eve collagen ni tapi busyyyy ja..haha kalau update guna hp tidak best la pula jadi now is the day.. :P

mulanya aku ambil produk ni sebab aku risau dengan masalah keguguran rambut, lepas tu kebetulan aku terjumpa iklan2 macam di bawah ni ===>>






membantu menguatkan rambut jadi masalah keguguran rambut akan berkurangan.. lepas tu aku cari agen2 collagen ni dekat2 area aku berada dan boleh COD supaya aku tidaklah bersusah payah mau jalan bankin segala.. lagipun COD ni cepat, dan kalau boleh aku mau produk ni hari tu juga..hahaha terjumpalah sis Satria yg menawan dan sporting ni.. lepas janji2, esoknya baru aku dapat produk tu sebab masa kami contact2 tu petangggg sudah.. its okey, janji dapat..hee





selama aku telan2 produk ni sebanyak 4kotak, pertama rasanya memang sedap! rasa oren2..hehe lepas tu masalah kulit kekeringan hilang.. kulit badan nampak sihat. Masalah senggugut is amazing! macam bukan datang bulan..haha rambut memang nampak makin sihat dan masalah keguguran rambut kurang dalam 20%.

siapa berminat dengan prosuk ni boleh menghubungi sis Satria atau layari eve-collagen.net.





nota coklet: lama x pergi stim rambut sejak2 kena cacar..hukhukhuk

Monday, December 10, 2012

Weird but its true

Assalamualaikum & have a nice day :))


blur with the people..

***************************



patutlah sekarang ni kalau update blog dari HP tiada lagi ayat macam gambar di atas tu.. its because im using android 4.0+ now..hehe



choc note: nothing to say :D

Wednesday, December 5, 2012

Mary kay Promo

Assalamualaikum & have a nice day :))

MK Botanical set had promotion only for this month and for clearance stok. Normal price rm296, now just rm216.


Choc note: this were my consultant promo

Saturday, December 1, 2012

The love of a family is life's greatest blessing

Assalamualaikum & have a nice day :))



1st story

father:  so u'll have to wait next month to get ur salary right?
me: huh.. yeah.. early this month we just had our salary
father: pity of u.. so.. u still have money?
me: yup still had :laugh
father: nevermine.. i give u this :giving me notes($$)
me: really??
father: owh.. if u want
me: bahahaha.. of course i want! tq2x...

#the fathers love


2nd story

while my litte bro and my litte sis playing and my sis need help with my bro..

little sister: why u dont want to help me?? im ur sister right??
little bro: .... :silent.... okey2x, i'll help!

:me? hearing it.. :laugh

#siblings love

3rd story

while my family watching Maharaja Lawak Mega 2012, part Bandung Jokers..

father: woahh.. their have a nice hair.. we should cut Husam & Towi hair like that! (my 2 little bro) :joking
little sis: nooooo!! its cannot!
father: but why?
little sis: its soo ugly!
all family: laugh out loud :LOL

#family love



choco notes: I think I'm funny because my family, my siblings were funny-Martin Short quotes 

Thursday, November 29, 2012

Lost

Assalamualaikum & have a nice day :))

Im admit it that sometimes I felt lost.. If that happen I hope u will help me find the way and make me wake up! Heee :D

Choco notes: starving x__X

Tuesday, November 27, 2012

Kenangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera :))

Ni kenangan masa kena cacar.. Ahaks :p


Nota coklet: kecik gila ubat ni :fuh

Sunday, November 25, 2012

From: Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar

Assalamualaikum dan salam sejahtera :))



I want to share a very interesting note from my facebook. Let me know what do you think. Do we have many like that among us?

"Bila kamu jumpa seseorang yang terlalu ambil berat soal gossip & cerita2 negatif berkenaan seseorang, ataupun buat cerita fitnah, JARAKKAN dirimu darinya kerana dia sebenarnya manusia kurang bahagia (kecuali jika ingin membantunya).

Mungkin bahagianya terletak pada mendengar cerita2, berfikir mendalam tentangnya & bertanya sana sini mencari info yg tiada perlu. Sangat " kaipo"

Dia sebenarnya seorg gila dan psycho.Sedangkan sepatutnya banyak sekali tugasan dan kewajiban lain yg perlukan keutamaan utk dilunaskan.

Kalau ada org spt itu yg suka taburkan fitnah atau buat cerita atau bawa cerita tanya diri anda.
1. Kenapa dia cakap begitu? Mungkin dengki atau dendam kerana tak dpt sesuatu.
2. Mungkin dia hendak sesuatu?
Mungkin dgn taburan fitnah, dia boleh rampas sesuatu.
3. Adakah dia gila dan tak waras.

Atau " all the above"

 Masalah lebih besar adalah bila kita tanpa selidik terus percaya. Kita yg kena psycho. Org yg "intelligent" maksudnya yg berakal akan tanya dan gunakan logik. Org yg terus percaya adalah org yg ....."





nota coklet: just sharing from ipad ayahanda

Sunday, November 18, 2012

Jaga Perhubungan

Assalamualaikum & salam di hujung minggu :)



Masa terkenang-kenang zaman persekolahan, teringat ada sorang kawan ni suka sangat bcerita tanpa henti. Cerita of course la melalut-lalut tapi layan jerr..hahaha tapi kalau dia tidak ada rasa sunyi pula. Yang bestnya cerita dia tu semua tu mitos2x yang direkanya sendiri[secara spontan] dan tidak menyentuh pasal sensitif atau mengumpat tak tentu hala. Aku kagum dengan kebolehan kawan aku tu yg terer mereka cerita tp dia tidak salah menggunakannya. Ada spesis yg aku jumpa sudahla dia dipercayai untuk tempat luahan tp menyalah guna kepercayaan tu. Menceritakan hal peribadi orang lain dgn versi sendiri & ditokok tambah menjadi sebuah cerita yg `cantik'.

Banyak perlu dijaga untuk menjaga sesuatu perhubungan.. Misalnya berdiam diri lebih baik dari berkata-kata. Biasanya aku akan berpura-pura tidak tahu akan keburukannya sebab manusia tidaklah sempurna.. Buat apalah mau sibuk mengungkit kisah hidupnya atau mencari keburukan dia. Manusia boleh berubah, doakan yg terbaik sahaja untuk mereka :)

Kita juga bertanggungjawab menegur untuk menyedarkan seseorang. Memang kita seboleh-bolehnya mahu menggembirakan rakan sejati dengan kata-kata yang indah didengar. Tetapi, kita boleh memarahinya atau menegurnya walaupun menimbulkan kemarahannya jika meninggalkan suruhan agama iaitu menunaikan apa yang disuruh dan meninggalkan larangan. Dalam perkara ini anda tidak boleh berdiam diri malah berdosa jika tidak menegurnya. Walaupun teguran anda mungkin menerbitkan rasa marah dalam hatinya, anda harus tidak mengendahkannya. Walaupun boleh mengeruhkan suasana tetapi faedahnya amat besar.

Sebagaimana kita memelihara lidah kita juga perlu memelihara hati daripada segala sangkaan buruk terhadap sahabat. Sangka buruk ialah sifat keji dan sentiasa menganggap apa sahaja yang dikerjakan oleh sahabat kita itu menuju keburukan. Jika memang dengan jelas perbuatannya itu ke arah keburukan sebaik-baiknya kita anggap dia terlalai atau terlupa agar kita terhindar daripada sangka buruk. Jadi menutup keburukan-keburukan orang lain dan pura-pura tidak Nampak atau tidak tahu mengenai keburukannya itu adalah sikap terpuji. Tidak akan sempurna iman seseorang muslim itu, selagi ia tidak mencintai diri saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." surah Al-Hadid






nota coklet: sebab pengaruh, jerat, kekejaman dari 'kawan' pada masa lalu buat aku _________________ [isikan dgn jawapan yg betul]

Friday, November 16, 2012

Penyakit yang ditunggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera :))



akhirnya setelah 22tahun, akhirnya terkena pun penyakit yang aku takuti dan geruni..aisyehmen..hahaha mula-mula my little sister kena sebab berjangkit dengan kawan tadikanya.. masa tu aku pasrah sudah, kalau terkena terima ja. Kalau kena, rezeki dan kalau tidak kena pun rezeki..hehe lepas laila(little sister) sembuh, beberapa hari kmudian adik aku yg seterusnya lagi kena, smpaila beberapa hari dia telah sembuh baru barulah aku terjangkit.. lamaaa benor menunggu terjangkit.. XD

siapa yg pernah cacar mesti faham apa yang aku sedang alami..huhu tapi bersyukurla kena juga, susah juga klu sudah tua-tua baru kena.. *actually sekarang pun tua sdh..hahaha






nota coklet: best juga kena cacar ni..hehe mencabar jiwa dan raga

Thursday, November 15, 2012

Tidak Mahu Hipokrit Akhirnya Menambah Dosa

Assalamualaikum w.r.t :))



"buat apa saya nak hipokrit! saya memang jenis yang tak pakai tudung pun! inilah diri saya yang sebenar! buat apa nak berpura-pura.. orang yang pakai tudung tu pun bukannya baik sangat!"

"jika sesuatu hujah tu dari seorang yang fasik, semestinya hujahnya rapuh. sebab yang menjadi inspirasi bagi orang fasik ialah syaitan.. dan tipudaya syaitan sangatlah lemah.."


cadangan: soal balas dia dengan ajukan pertanyaan.. siapa yang kata bahawa lebih baik tak pakai tudung tapi jujur daripada pakai tudung tapi hipokrit? ulamak mana yang kata? kitab mana? guru mana? kalau dia tak boleh nak jawab maka teranglah ulamaknya ialah syaitan.. kitabnya ialah syaitan dan gurunya ialah syaitan!

sumber [KLIK] & lebih mendalam di sini [KLIK]





berhati-hatilah para wanita and gegurls di luar sana.. karang tidak pasal-pasal masuk laman ni..huhu [KLIK]





nota coklet: segala keburukan yang dilihat pada orang lain maka itu juga kelemahan kita.. jom bermuhasabah diri sendiri ^_____^

Wednesday, November 14, 2012

Wordless Wednesday #10

Assalamualaikum & salam sejahtera :))




Abc buah milotum & abc buah.. Made from Tawau =)


Abc buah milotum: pelbagai jenis buah tmsk kelapa + milo + nestum
Abc buah: buah2an ja









Nota coklet: macam2 lagi jenis abc tau..hehe cedapp

Thursday, November 8, 2012

apakah ???

assalamualaikum & salam sejahtera :))



The only thing worse than a liar is a liar that's also a hypocrite!







nota coklet: arghhhh... berusaha menyiapkan kerja2 yg berlambak.. :X

Friday, September 28, 2012

Sebelum dan selepas ...

Assalamualaikum & semoga sihat2 :)

Exited + nebes mau mula kelas besok.. Hehe.. syukurla ada rezeki juga sambung belajar. Semoga dipermudahkan aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak, staf dan student.



Nota coklet: sebelum=> staf, sekarang=> student :))


Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday #9

Assalamualaikum & salam sejahtera :)


bekas kaki apakah???


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


inilah~

=^.^=




nota coklet: play hide & seek with dinosour;p

Tuesday, September 18, 2012

Testimoni E-booster

Assalamualaikum & salam sejahtera :)

design lama:) *tinggal 2

setelah 1minggu menggunakan ebooster ni, memang terasa la kejimatan minyak kereta ku.. Mula-mula pasang, minyak keretaku setengah dari full tank, lepas penggunaan hari ke lima baru minyak kereta ku berkurang satu bar. Mulai hari ni, aku tengah try test kalau full tank pula :)

sesiapa mahu beli & pasang ebooster ni boleh koling2x my dad di no. 0198809062. Saiz kecil rm280 (utk design lama) dan rm450 untuk bersaiz besar.

design baru telah sampai :)




nota coklet: untuk keterangan lanjut boleh la ke http://ebooster-gen.blogspot.com/ 

Friday, September 14, 2012

Love yours Family :)

Assalamualaikum & have a nice day :)



The family. We were a strange little band of characters trudging through life sharing diseases and toothpaste, coveting one another's desserts, hiding shampoo, borrowing money, locking each other out of our rooms, inflicting pain and kissing to heal it in the same instant, loving, laughing, defending, and trying to figure out the common thread that bound us all together. ~Erma Bombeck 

 Family quarrels have a total bitterness unmatched by others. Yet it sometimes happens that they also have a kind of tang, a pleasantness beneath the unpleasantness, based on the tacit understanding that this is not for keeps; that any limb you climb out on will still be there later for you to climb back~Mignon McLaughlin, The Neurotic's Notebook, 1960




"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : 'Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil." 
(Surah al-Isra' ayat : 24) 


nota coklet: Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia

Thursday, September 13, 2012

Buat kamu :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)




"Tidak ada yang pernah luput dari kesalahan wahai sahabatku. Hari ini kamu telah menyakitiku, tetapi mungkin suatu hari aku yang akan menyakitimu. Dengar ya sahabatku, aku akan memaafkan kesalahanmu sebelum kamu meminta maaf. Semoga kamu juga membukakan maafmu jika aku bersalah telah menyakitimu" 

(>‿◠)✌ (>‿♥) (◡‿◡✿) (✿◠‿◠) (─‿‿─)





nota coklet: lets be friends forever? :)

Thursday, September 6, 2012

Jom Spa Bibir Anda!

Assalamualaikum & salam sejahtera ;)

Ingat badan dan rambut sahaja yang perlu spa? bibir anda turut memerlukan belaian kasih sayang.. chewahhh.. ;p

Lip masker & balm.

LIP MASKER- masker bibir. Khas untuk mengembalikan warna bibir yang kehitaman ke warna asal (pink). Pakai seminggu sekali sahaja


LIP BALM- Diguna selepas memakai masker bibir. Bertindak memberi perlindungan pd bibir, melindungi dan melembabkan bibir. Mencantikkan kulit bibir




nota coklet: bibir pasti menjadi lembab & lembut :)

Cara Penggunaan yang Betul

Assalamualaikum dan salam sejahtera =)

Pentingnya cara penggunaan produk muka yang betul sebab cara yang salah akan menyebabkan kulit muka rosak dalam jangka masa panjang / pendek. Menjaga wajah dengan cara yang betul penting agar produk yang anda beli tidak sia2 atau membazir dan anda mendapat manfaat maksimum daripadanya.


ini akibat salah penggunaan ;

kulit tu sudah bersih dari acne, tiba-tiba timbul balik & kadang kala sukar dihilangkan. Mengapa? rupanya cara pemakaian aku tidak betul..huhu


setelah mendapat ilmu tentang cara penggunaan yang betul;

 alhamdulillah~ hehehe
^____^ *big smile~ 




Jadi sesiapa ada kemusykilan tentang masalah kulit boleh contact ku dari sini;
email: prncssteddy@gmail.com
no.hp: 0195361727 (sms/line/whasap)






nota coklet: aku memang spesis malas mau touch up touch up ni..hehehehe kalau rajin pun, aku hanya akan sapu bedak muka / lip balm sahaja :)

Wednesday, September 5, 2012

Katalog terkini MaryKay

Assalamualaikum dan salam sejahtera =)



Sesiapa yang berminat ingin mengetahui tentang MaryKay boleh tanya empunya blog ni. Nanti aku up entri pasal produk-produk marykay ni..

Ini katalog tebaru [KLIK] dan ni untuk bridal catalog ;) [KLIK]





nota coklet: mari sama-sama kita mengatasi masalah kulit.. jgn malu-malu, saya tidak makan orang..heee

Tuesday, September 4, 2012

Saya Pengguna Marykay!

Assalamualaikum dan salam sejahtera =)

Semua menginginkan kulit yang bersih tanpa cela bukan? tidak kira lelaki atau wanita. Yup, diriku juga begitu. Masalah kulit mampu membuatkan seseorang itu kurang keyakinan diri. Aku sependapat dengan ayat itu. Kulitku mula bermasalah pada tahun 2009-2010, mungkin sebab penjagaan, pemakanan, hormon, aku pun kurang pasti. Sepanjang itu, aku mencuba pelbagai produk (termasuk berjumpa dgn doktor.lol) namun x yg berkesan lalu aku mengambil keputusan untuk membiarkan saja. Akhirnya, awal tahun 2011 aku bertemu & mencuba sang Mary Kay :)

Gambar 2010
Kiri: Mei
Kanan: oktober
KLIK untuk tumbesaran


Produk MK(mary kay) bkn sahaja mebantu menghilangkan jerawat, turut memperbaiki dan memulihkan masalah kulit anda. Misalnya, masa aku pertama kali menjadi pengguna MK, aku menggunakan set3 tapi sekarang muka dah ok jadi aku guna set3(pencuci+moist) + set2(mask+toner).


KLIK untuk tumbesaran
(1) : set3(oily skin) [pencuci+mask+toner+moisurizer]
(2) : set2 (normal skin) [pencuci+mask+toner+moisurizer]
(3) : set yg aku guna sekarang [pencuci guna set3, x dlm gmbar]
*sekarang MK dlm pek baharu


Walaubagaimana pun, keberkesanan produk adalah mengikut kesesuaian jenis kulit & cara pemakaian. Sebagai permulaan, anda boleh menggunakan pencuci & moistrizer dulu sepertiku :)


Bulan 5 2011
KLIK untuk tumbesaran

Bulan 5 2012
KLIK untuk tumbesaran


Kelebihan menggunakan produk MK:
*Penggunaan dgn kuantiti yg sedikit sahaja & produk boleh bertahan sehingga 3bulan. Contohnya, mask ku boleh bertahan sehingga setahun, pertengahan 2012 baru beli yg baru

*try dulu, kalau ok baru beli. :facial percuma!

*Ada jaminan kualiti. produk MK ni mempunyai waranti. :ingat barang letrik ja ada? hihihihi 

*memulihkan masalah kulit. Formula dikhususkan untuk semua jenis kulit supaya seimbang & dipulihkan.

*kualiti produk setanding dgn international produk & lebih murah


PERHATIAN! : Sesiapa yg ingin menggunakan testimoni ini sila meminta kebenaran terlebih dahulu.tQ



nota coklet: perasan tidak? aku memang peminat tegar kepada si hijau XD

Monday, August 27, 2012

Stupid Questions!

Assalamualaikum dan salam sejahtera =)



Pertanyaan. Ada manusia yang bertanya sebab betul2 tidak tahu. Ada yang bertanya sebab boring. Ada yang menyindir. Ada juga ingin menunjukkan `kepandaian' dia. Anda spesis mana? =,="

Kalau aku kena tanya soalan stupid masa mood aku ok, aku layan ja. Ni selalunya masa tengah beramas mesra dengan orang yang rapat dengan kita. Contohnya;

Orang: Tengah makan ka?
Aku: x la.. tengah kira nasi
Aku: aku tengah buat show ni..
Aku: melayan barang baik/bagus ni..



Kalau masa emosi kurang stabil, lebih baik aku diamkan diri, nanti lain pula kejadian. Tapi ada spesis manusia pelik yang sudah tau jawapannya sibuk lagi mau bertanya. Motif : mungkin mahu menyindir. Kalau setakat mau menyindir bagus simpan saja soalan tu. Sekian, terima kasihlahh o.0





nota coklet: malu bertanya sesat jalan tapi agak2 la soalan yang mau ditanya tu

Sunday, August 19, 2012

selamat hari raya!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

setitik Embun dipohon rimbun,
Di atap nipah air t'genang,
dosa tertimbun mohon diampun,
Silap & salah jangan dikenang.

"SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"...

*di atas bukan gambar raya XD



Nota coklet: semoga ceria menyambut kedatangan syawal ini ;)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 9, 2012

warna dan personaliti

Assalamualaikum dan salam sejahtera ;)

selamat berpuasa (walaupun lambat wish sebab tiada update blog..kehkehkeh)..

personaliti kuning ...

Menurut tafsiran Dr. Sidek Noah, warna menunjukkan personaliti yang berlainan.. contohnya HIJAU : penyabar, bersikap ingin tahu, tenang, berpengetahuan luas, dan lain-lain.. ingin tahu lebih lanjut sila baca dekat sini [KLIK]

Ingin tahu personaliti anda melalui warna?? jom TEKAN TEKAN TEKAN sini :)




nota coklet: ini hanyalah sekadar hiburan... bukan untuk dipercayai. Sekian, terimakasih =)




Tuesday, July 10, 2012

Tidak Boleh Menderma Darah JIKA ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Saya ditanya soalan ini: adakah pesakit diabetis boleh derma darah?






Berikut adalah ciri-ciri mereka yang tidak dibenarkan menderma darah;
-Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering. 


-Pernah atau masih mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan. 


-Pernah melanggani pekerja seks (pelacur). 


-Pernah atau masih mengamalkan hubungan sejenis (homoseks) atau dengan kedua-dua jantina (biseksual). 


-Mengambil dadah secara suntikan.




Ciri-ciri penderma darah boleh baca sini [KLIK] 






nota coklet: jadi jawapan untuk soalan di atas adalah TIDAK BOLEH. Sekian~

Monday, July 2, 2012

IKBN bukan pilihan terakhir

Assalamualaikum n salam sejahtera...

Bertemu kembali dalam sesi makan + kunyah2 coklet..ngeehehehehehe :-P

Entri ni saja mau cerita pasal si adik yg telah selamat mendaftarkan diri di IKBN.. (Institut Kemahiran Belia Negara) :bagi sesiapa yg tidak tahu apa itu IKBN

Sekarang IKBN semakin naik taraf. Misalnya dulu A1 tu hanya sijil tp sekarang diploma sudah.. Memang beruntung siapa yg sambung sini sebab sijil2 mereka memang di iktiraf. Yuran pun bepatutan. Lepas tu para pelajar akan menerima elaun lagi (jumlah elaun yg diterima adalah mengikut kos yg diikuti)

Ada juga yg terkejut dengan pilihan si adik yg mau masuk ikbn ni sebab result spmnya memang bagus. sekarang negara ni memang kurang pekerja bahagian kemahiran sebab tu lah si adik pilih bahagian ni. Kalau masuk U pun tapi salah memilih bidang susah juga. X pasal2 menganggur..huhu Dan si adik x minat jadi guru XD

Nota coklet: busy X(

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, June 17, 2012

beautiful sunset :-)

Assalamualaikum n selamat malam;-)


I had forget that i had blog and had left this blog empty without any entri. Heehehehe...


Do u had instagram?? Lets share many beuty pictures together ^___^


http://instagr.am/p/L-hM3dH1aa/


Nota coklet: baru lepas selebrate fathers day n enjoying the sunset...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 18, 2012

17 MEI hari TYT !

Assalamualaikum dan salam Jumaat ;)



Kemarin 17 Mei, jatuh pada hari khamis adalah hari TYT bagi saya seorang ja lah..muehehehehe ;p

sebabnya sesaja mau cuti bagi memperingati hari-hari saya dilahirkan.. Ada kawan ni bagi sya ilham, setiap kali hari ulang tahun kelahirannya dia akan bercuti untuk berehat. Takkan sepanjang hidup menyibukkan diri untuk bekerja. Nanti kita akan lupa detik-detik penting dalam hidup kita ni.. kita bukannya hidup untuk selamanya ;)


Terimakasih pada mereka yang wish tu ^___^ [dari dunia maya mahupun realiti]




nota coklet : Bapa sya yg cakap kemarin adalah hari TYT untuk sya seorang jep..ahaks!

Saturday, April 28, 2012

Halangan Rezeki

Assalamualaikum dan selamat malam ;)

lama benor tak update belog..hehehe tiba-tiba malas mau jenguk belog, apatah lagi up entri..ngeeh~ ;p

orite.. berbalik kepada tajuk entri ni, terdapat beberapa perkara yang menghalang rezeki seseorang. Misalnya telah melakukan dosa besar atau melakukan dosa kecil secara berterusan.

Antara dosa-dosa besar menurut Imam Az-Zahabi;
Imam Az-Zahabi telah menggariskan sebanyak 71 dosa-dosa besar di dalam bukunya Dosa-Dosa Besar;


1.syirik (menyekutukan Allah)
2.membunuh jiwa
3.sihir
4.meninggalkan solat
5.tidak membayar zakat
6.berbuka di siang hari pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran
7.meninggalkan haji padahal ada kemampuan 
8.menderhakai ibu bapa
9.memutuskan hubungan kekeluargaan
10.zina
11.liwat
12.liwat kecil
13.riba’
14.memakan harta anak-anak yatim
15.berbuat dusta terhadap Allah dan Rasulullah
16.melarikan diri dari medan perang
17.pemimpin penipu dan penganiaya rakyat
18.sombong dan sejenisnya
19.kesaksian palsu
20.minum minuman khamar (memabukkan/menghayalkan)
21.berjudi
22.menuduh wanita mukminah berbuat zina
23.ghulul terhadap harta ghanimah, harta baitulmal dan zakat
24.mencuri
25.menyamun
26.sumpah palsu
27.memungut cukai
28.memakan barang haram
29.bunuh diri
30.banyak berdusta
31.hakim yang jahat
32.menerima rasuah
33.perempuan menyerupai lelaki (dan sebaliknya) 
34.lelaki yang membiarkan isterinya berbuat serong (dayus)
35.muhallil dan muhallal lahu (istilahnya, – cina buta)
36.tidak menjaga diri dengan saksama terhadap air kencing
37.ria’ 
38.menuntut ilmu untuk dunia dan menyembunyikan ilmu
39.khianat
40.mengungkit ungkit pemberian
41.mendustakan takdir
42.mendedahkan rahsia orang lain
43.mengadu domba
44.banyak melaknat
45.menipu dan mengingkari janji
46.membenarkan dukun atau tukang ramal
47.derhaka kepada suami
48.melukis gambar dan melukis
49.memukul wajah, menjerit-jerit, merobek-robek baju, membotakkan kepala dan bersumpah seranah semasa mengalami musibah
50.bertindak melampaui batas
51.bertindak semena-mena terhadap orang yang lemah, hamba, isteri dan binatang
52.menyakiti tetangga
53.menyakiti orng Islam dan mencela mereka
54.ancaman berbentuk kerosakan
55.penghasutan yang dilakukan kepada orang beriman dan binatang, menyakiti hamba-hamba Allah dan bertindak zalim terhadap mereka
56.isbal (memanjangkan kain di bawah mata kaki) dengan perasaan sombong
57.memakai kain sutera dan emas bagi kaum lelaki
58.hamba yang melarikan diri dari tuannya
59.menyembelih kerana selain Allah
60.menasabkan diri kepada selain bapanya sendiri
61.berdebat dan bersengketa
62.menahan kelebihan air daripada orang yang memerlukannya
63.mengurangkan timbangan dan ukuran
64.berasa aman dari murka Allah
65.berputus asa dari rahmat Allah
66.meninggalkan solat berjamaah lalu mengerjakannya bersendirian tanpa uzur
67.terus menerus meninggalkan solat Jumaat dan solat jemaah tanpa halangan
68.menyebabkan kerugian dalam wasiat
69.pembohongan dan tipu daya
70.mengintai orang Islam dan menyebarkan rahsia mereka
71.mencela salah seorang sahabat nabi.


p/s kalau tidak faham, jgn segan utk bertanya ;)


“Sesungguhnya rezeki seseorang hamba itu akan mengejarnya sebagaimana maut mengejarnya.”








nota coklet; jom bersama kita renungkan.. adakah kita telah bebas dari melakukan dosa-dosa besar? apatah lagi dosa kecil..

Tuesday, April 10, 2012

Bijaksana dalam teguran

Assalamualaikum dan salam sejahtera ;)

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara. Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah;

1.tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2.mencari waktu yang tepat
3.memahami kedudukan orang yang ditegur.

Cara Menegur Dengan Bijak

Ditegur atau diperingatkan atas kesalahan yang anda lakukan memang sama sekali bukan kejadian yang menyenangkan. Rasa malu, kadang kala sakit hati selalunya menguasai fikiran anda setelah mendapat teguran. Hakikatnya, menegur itu lebih sukar daripada orang yang menerima teguran, kerana ada beban tersendiri ketika harus memperingatkan dan mengungkapkan kesalahan orang lain. Oleh itu, tidak heran jika muncul perasaan tidak selesa dan risau sewaktu menegur orang yang salah, sekalipun yang akan anda tegur adalah bawahan, tapi demi kedisiplinan dan berjalannya sistem kerja yang baik, anda harus berani menegur yang salah.

Berikut tips menegur dengan bijak :
1. Kumpulkan Maklumat/informasi yang kukuh
Dalam menegur seseorang, anda harus memiliki alasan dan informasi yang kukuh/benar. Tanpa hal ini anda boleh dipandang enteng. Tapi ingat, jangan mencari-cari kesalahan orang lain, ertinya hendaklah menegur secara objektif.

2. Tegurlah Segera
Jangan menunda-nunda waktu untuk menegur, kerana akan mebuatkan orang yang ditegur merasa itu bukan kesalahan dan kemungkinan akan dicontoh oleh bawahan yang lain.

3. Lakukan Secara Personal
Ingatlah, jangan sesekali menegur ditengah orang ramai dan dengan bantuan orang lain. lakukan empat mata, pilih tempat privasi, bersikaplah profesional, jangan memalukan orang tersebut didepan orang lain.

4. Fokus Pada Persoalan
Teguran janganlah melenceng dari persoalan. Jangan menyinggung hal-hal yang tidak ada kaitannya dengan masalah pokok, apalagi masalah peribadi. Selain itu jangan mengungkit kesalahan dimasa lalu, kerana hal tersebut menampakkan bahawa anda seorang pendendam.

5. Dengarkan Pembelaannya
Beri kesempatan pada orang yang anda tegur untuk memberikan penjelasan, hal ini juga membantu anda dalam memecahkan persoalan dan memberikan solusi. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan lagi, hanya kerana mereka tidak tahu apa keinginan anda.

6. Lakukan Dengan Tegas & Adil
Teguran harus dilakukan dengan tegas dan adil, jangan hanya menegur orang yang tidak anda suka, jika anda hanya menegur orang-orang tertentu, anda akan dicap pilih kasih dan tidak adil. Hal yang tidak kalah penting, dalam menegur tunjukkan sikap untuk membantu, bukan menghukum.

7. Buatlah Komitmen Saling Memperbaiki
Bincangkan kesimpulan yang dapat anda & dia lakukan untuk perbaikan kedepan, buat kesepakatan, tentukan batas waktu. Akhiri prosedur pemberian teguran dengan saling pengertian, kemudian lihat perbaikan yang dilakukan.

Selamat menegur dengan bijak, semoga membawa perubahan kedepan, kearah yang lebih baik


nukilan ini diubahsuai daripada hada_islamic






nota coklet; Most of us are physically matured, but not mentally & emotionally. Maturity also mean our ability to learn from mistakes & not to repeat it again. It is best developed by experiencing the real problem that we encountered in our lifespan.

Monday, April 2, 2012

the man that women hate mostly

Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)


Straight to the entri, antara jenis lelaki yang membuatkan wanita menyampah ;


1.Perasan

-Perasan perfect, hensem lah atau disukai ramai..harharhar


2.Tidak menepati janji

-Mulut tu bukan manis lagi bila bjanji dan bkata-kata tapi sekali tengok... Hampeh~


3.Cepat mengaku kalah

-Konon2 kalau dia lepaskan orang yang dia sayang tu untuk biarkan dia bsama dgn orang lain padahal apa yg ada di hati si perempuan tidak diketahuinya. Lebih sadis lagi dia langsung tidak berusaha untuk memenangi hati si wanita tersebut


4.Berusaha untuk menjadi orang lain

-Tidak dinafikan sebagai manusia biasa kita ni bnyak kekurangan dan tidak salah untuk sentiasa memperbaiki diri tapi janganlah desak diri tu untuk transform jadi personaliti lain


5.Penipu

-Semua pun tau kejujuran tu penting dalam phubungan.. Family, friends nor in love ;-)


6.Kasanova

-Senang ja mau cam spesis ni.. Bermulut manis dan sanggup menghabiskan duit pada awalan perkenalan, lama-lama keluarlah taringnya tu..hohoho


Nota coklet: sesungguhnya ah in tidak ada kena mengana dengan entri ni..saja tepek muka dia sebab rindu..ahaks!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 30, 2012

Bercucuk Tanam di TV?

Assalamualaikum dan salan salam sejahtera:)



Dulu demam angry bird, lepas tu plant vs zombie.. sekarang pula demam tv farm..hehe baru mau mula main game tv farm ni.. aku mesti dapatkan 1st (bintang emas) baru teruskan ke next round..haha tapi kalau susah sangat, aku akan ke next round dulu.. ;p







nota coklet: best game ni.. boleh buat sakit jantung juga macam plant zombie tu..haha

Thursday, March 29, 2012

Jauhi 7 Perkara Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^___^



"Jauhilah tujuh dosa besar:
1.Menyekutukan Allah
2.Sihir
3.Membunuh jiwa manusia yang Allah haramkan kecuali dengan haknya
4.Makan riba
5.Makan harta anak yatim
6.Melarikan diri kala berkecamuknya perang
7.Menuduh wanita-wanita mukminat melakukan perbuatan zina"
[HR. Bukhari dan Muslim] 






nota coklet: bilalah RM88 keluar ni..hehehe ;p

Wednesday, March 21, 2012

Mendapat Ketenangan dengan mengingati-Nya

Assalamualaikum (selamat sejahtera ke atas kamu semua)..

Penyakit hati seperti PHD (perasaan hasad dengki), dendam, iri hati, yakni kegelisahan hati adalah berpunca dari jiwa yang tiada ketenangan. Ada yang mencari ketenangan dengan bersukan, yoga, melancong, melukis dan ada juga yang memilih jalan songsang dengan pergi ke kelab, mengambil minuman beralkohol atau mengambil dadah.

Walau bagaimanapun, hati mereka yang beriman itu akan sentiasa berasa tenang dan tenteram kerana sentiasa mengingati Allah. Dengan sembahyang hati terasa sedang mengadu dan merintih kepada Allah s.w.t. Seperti sabda baginda,"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang". (Hadis riwayat Al-Nasa'ei).


Allah juga berfirman; "Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (al-Ra`d:28)


Maka itulah bezanya mereka yang mendirikan dan meninggalkan solat. Oleh itu, janganlah sesekali terasa berat menunaikan solat kerana banyak manfaat yang diperolehi.

Firman Allah lagi "Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan mereka bersama keimanannya. Kepunyaan Allah tentera langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (Surah al-Fathu ayat 4).


dan lagi "Adakah kamu menyangka, kamu akan masuk syurga sahaja dan tidak akan datang (malapetaka) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang amat sangat dan mereka gementar (ketakutan) sehingga berkata rasul dan orang yang beriman bersamanya: Bilakah tibanya pertolongan Allah? Ingatlah, bahawasanya pertolongan Allah itu hampir tiba." (Surah al-Baqarah ayat 214).


Janganlah masa susah sahaja kita terduduk dan merintih kepada Allah.. Ingatlah, dia itu maha adil dan mengetahui. Kesenangan itu juga adalah antara dugaan yang diturunkan untuk menguji kesetiaan keimanan dan kasihmu pada penciptamu.


Allah berfirman "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus 57)


Membaca al-Quran & berzikir antara cara lain mengingati-Nya









nota coklet: Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka yang telah ada.

Tuesday, March 20, 2012

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !


Assalamualaikum readers! ;)

Nak join segmen bro beng ni..hehe siapa nak join sekaki jom KLIK header bro tu..

Blog ni mengisahkan tentang apa yang pancaindera ku pernah lalui. Jadi berkongsi bersama pembaca di belog ;)

Kenapa berbelog? Mula-mula tu pasal nak berkongsi drama korea terbaru..hee tapi sekarang nak berkongsi apa yang aku tahu.. maksudnya apa yang pancaindera aku lalui tu lah.. Menggunakan anugerah yang Allah berikan tu. Alhamdulillah~ ^___^

Perkahwinan, bersediakan anda?

Asslamualaikum..

Acap kali kita mendengar pekahwinan itu bukan mainan. Yup, thats right! Aku pun sependapat dengannya. Perkahwinan ini bukan percubaan, bukan untuk setahun dua, but for the rest of our life. Manusia mana yang mahukan rumahtangga hanya bertahan untuk beberapa jam, hari, bulan, tahun? Hanya binatang bertindak begitu kerana tidak dikurniakan akal fikiran. Melainkan ada artis-artis barat yang menginginkan publisiti. Memang masuk ke alam perkahwinan ini tidak mudah, namun sampai bila ingin hidup bersendirian tanpa peneman yang mana hanya nyawa sahaja yang memisahkannya.

Wahai para lelaki, bersediakan anda memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga? Ingatlah lepas akad dilafazkan, ia bukanlah sekadar lafazan.. namun perjanjian kepada Allah untuk membimbing keluargamu. Bersediakah anda memikul dosa-dosa isteri dan anak-anak mu?dan wahai para wanita.. bersediakan anda menjadi seorang isteri dan ibu untuk anak-anak mu. Bukan setakat di dunia sahaja kita kena bersedia dalam memasuki alam perkahwinan.



Ada enam syarat bagi semua pernikahan yang bahagia. Pertama adalah kesetiaan, yang lima selebihnya adalah keyakinan






nota coklet: Tidak ada hal yang lebih mulia atau terhormat daripada pasangan yang saling menjaga rumah tangga mereka sebagai suami isteri, disegani oleh musuh-musuh mereka, dan disukai oleh sahabat-sahabat mereka

Wednesday, March 14, 2012

Percayakah anda pada bomoh?

Assalamualaikum to readears ;)


adakah anda termasuk dalam golongan yang percaya pada bomoh atau seperti diriku yang langsung tidak percayakan pada para bomoh. Maaf ya kalau ada bomoh-bomoh yang terasa dengan entri ini ;p

Kita memang perlu percaya pada kewujudan perkara ghaib tapi mesti berlandaskan 3 sumber ini, iaitu al-Quran, hadith dan fitrah kejadian alam (sunatullah). Tanpa 3 sumber rujukan tadi, boleh memesongkan akidah seseorang misalnya percaya pada tilikan-tilikan.

Allah ada berfirman dalam surah al-Naml ayat 65 yang bermaksud : "Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" dan Nabi juga bersabda “Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tenung, lalu mempercayai ramalannya (ghaibnya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi SAW”

sunatullah adalah ramalan hukum alam yang boleh dipercayai, misalnya diramalkan esok akan hujan berdasarkan kepulan awan yang berlaku di Malaysia yang dilihat melalui satelit. Oleh itu, barangsiapa yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib yang sebenarnya, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia.

Kebiasaannya bomoh menggunakan sihir dan meminta bantuan para jin. contohnya pertama dalam penggunaan tangkal. Abdullah Bin Mas’ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud – Menurut Syeikh Albani : Hasan)

Sihir termasuk ke dalam syirik atas dua sebab, iaitu:

->Sihir pasti menggunakan khidmat syaitan dan tukang sihir sangat tergantung kepadanya malahan sampai ke peringkat mesti menurut kehendaknya dan melakukan apa yang disukainya.
->Dalam amalan sihir terdapat dakwaan mengetahui perkara ghaib padahal yang dapat mengetahui perkara ghaib hanya Allah S.W.T.


Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (marfu’) :


مَنْ عَلَقَ تَمِيْمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.

Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za’faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.

"Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut." -http://rubbertapperz.blogspot.com

Rasulullah s.a.w. bersabda :


مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )



*dihasilkan berdasarkan rujukan dari http://mediasiber.com & http://rubbertapperz.blogspot.com




nota coklet: aku tidak mempercayai bomoh @ dukun ni tapi aku percaya pada para orang alim dan perubatan Islam ;) 

Tuesday, March 13, 2012

Amal seseorang bergantung pada niatnya

Assalamualaikum dan salam ceria..

sesungguhnya amal seseorang bergantung pada niatnya. Oleh itu setiap yang kamu lakukan dan perkata mustahil tanpa sebarang niat tapi pastikan niat itu mendatangkan pahala pada diri sendiri juga. ;)


"Sesungguhnya amal perbuatan seseorang itu tergantung niatnya. Dan setiap orang dinilai sesuai denga niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya demi Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah demi Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang dikejarnya atau wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan niat hijrahnya" (HR. Bukhari-Muslim) 






nota coklet: berhijrah kerana Allah adalah lebih molek bukan? ^____^

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat