Friday, March 18, 2011

WHO: Tiada bukti radiasi Jepun menular negara lain

 Keadaan reaktor No.3 dan 4 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang rosak teruk akibat bencana berganda sejak gempa bumi di Jepun, Jumaat lalu. – Foto Reuters

 
BEIJING, 16 Mac – Perwakilan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di China hari ini menegaskan bahawa tiada bukti radiasi dari kompleks tenaga nuklear di timur laut Jepun menular secara ketara ke negara-negara jiran. “WHO mahu memberi jaminan kepada kerajaan dan orang ramai bahawa tiada bukti buat masa sekarang penularan antarabangsa secara signifikan dari loji nuklear (di Jepun),” kata Michael O’Leary, wakil WHO di China, dalam satu kenyataan.

“Khabar angin disebarkan menerusi mesej berteks dan cara-cara lain kononnya ancaman radiasi menular merentasi Asia dan negara-negara lain ekoran kemudahan nuklear yang rosak di Jepun,” katanya.

“Kerajaan-kerajaan dan orang ramai digalak supaya mengambil langkah untuk menghentikan khabar angin (seperti ini), yang membawa kesan buruk kepada moral orang ramai,” katanya lagi. – Reuters


sumber : The Malaysian Insider





nota coklet : pasni jangan la panik2x pasal sms berangkai[amaran pasal hujan asid dan yG sewaktu dengannya] tu ye..h0h0




2 insan doakan kebahagiaanku:

fRaMe+LenSeS said...

takut aih.. kalau ada camna? hee

syuwai said...

@ frame

kena sntiasa b'jaga2x la juga kan >.<

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat