Tuesday, January 11, 2011

Botox membuatkan anda tua ??

SETIAP wanita mendambakan wajah yang tidak kerut. Tak heran jika botox menjadi antara pilihan kaum hawa. Sudah terbukti bahawa teknologi rawatan ini popular di kalangan wanita (tapi terdapat juga lelaki menggunakannya yew),namun botox juga membuat pemakainya menjadi tua.

Banyak wanita masih bersemangat untuk menjaga kecantikan mereka dengan botox . Namun, akibat jangka panjang ubat ini belum banyak dipelajari. Satu kajian terbaru menunjukkan, bahawa keselamatan dari mereka saat melakukan "suntikan awet muda" jelas dibesar-besarkan.

Para saintis dari University of Calgary, Kanada telah membuktikan bahawa suntikan botox boleh menyebabkan otot kendur, kehilangan massa otot, dan penggantian massa otot dengan lemak. Selain itu, perubahan ini terjadi tidak hanya di otot yang disuntik, tapi dalam kelompok otot yang lain. 

Pada intinya, hal ini menunjukkan bahawa orang yang menyalahgunakan penggunaan botox pada akhirnya akan kelihatan lebih tua daripada mereka yang tidak pernah memakai "suntikan awet muda".

Selama penelitian para ilmuwan tersebut botox disuntik pada kelinci. Dari hasil kajian itu, kelinci yang disuntik kehilangan lebih dari 50 peratus massa otot mereka. Kajian ini membuktikan bahawa botox kurang difahami, terlepas dari popularitinya. Demikian yang dinukil dari Genius Beauty , Jumat (7/1/2011).

Sebagai contoh, pada 2009 lebih daripada 2.5 juta orang memakai botox di Amerika Syarikat. Dan kecenderungannya semakin berkembang, sehingga suntikan botox secara progresif menjadi lebih terjangkau.

Sekarang, bahkan rata-rata orang berpendapat bahawa wanita di Amerika mampu melakukan suntikan botox dengan kisaran harga USD300-USD600.

p/s dapat ni dari berita Ind0nesia..tu lepas kasi terjemah yew..hehe selamat membaca 



2 insan doakan kebahagiaanku:

nub said...

botok membuat jadi hodoh.bhaahah

syuwai said...

@ nub

tu la yg sebenarnya..huk2x

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat