Friday, December 24, 2010

APA ITU POKOK KETUM ??

Mitragyna speciosa korth atau pokok ketum ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari asia tenggara dan merupakan tumbuhan asli di Thailand dan malaysia. Di Malaysia tumbuhan ini banyak terdapat di negeri-negeri sebalah utara semenanjung dan pantai timur. Ia hidup subur di kawasan bertanah lembab yang mempunyai kandungan humus yang tinggi. Kebanyakan ditemui secara liar di kawasan-kawasan hutan dan persekitaran kampung

Pokok ketum berasal daripada keluarga “Rubiacea” di Amerika Syarikat ia dikenali dengan nama “Kratom”. Di Thailand pula ia dipanggil “Kakuam”, “Katawm”, “Ithang”, atau “Tawn”. Sementara itu di Malaysia, pokok ketum juga dikenali sebagai pokok biak. KEGUNAAN DAUN KETUM SECARA TRADISIONAL

Bahagian yang selalu digunakan ialah daun. Daun ketum telah digunakan secara meluas oleh ganerasi terdahulu dalam bidang perubatan tradisional terutamanya dalam masyarakat melayu.

Ia digunakan dalam merawat keadaan seperti:-

- Masalah cirit-birit - Masalah kecacingan - Sebagai penahan sakit - Mengembalikan semula tenaga wanita selepas bersalin - Menggalakkan penyembuhan luka - Sebagai penenang fikiran

Secara umumnya, ia digunakan samada dengan cara mengunyah daun ketum yang segar atau meminum air rebusannya

PENYALAHGUNAAN DAUN KETUM

Di malaysia, penyalahgunaan daun ketum ini semakin menular terutamanya dalam kalangan penagih dadah seperti morfin dan heroin. Ini disebabkan, selain mempunyai kesan penenang, ia juga dikatakan berupaya menghilangkan kesan sindrom penarikan (withdrawal syndrome) untuk jangka masa yang singkat.

Memandangkan kesan seperti mengambil heroin dan morfin daripada daun ketum hanya mampu bertahan selama 3-4 jam, para penagih terpaksa mengambil rebusan daun ketum secara lebih kerap dan jumlah yang banyak untuk mengurangkan kesan gian terhadap morfin atau heroin. Keadaan inilah yang menyebabkan penagih mula menagih daun ketum pula.

Oleh kerana daun ketum mudah didapati secara percuma di negara ini, maka penyalahgunaannya juga semakin berleluasa.

KESAN PENYALAHGUNAAN DAUN KETUM

- Susut berat badan - Sukar untuk tidur (insomnia) - Tiada selera makan - Bibir menjadi kering - Kesukaran membuang air besar - Kesan lebam dan terbakar pada muka terutamanya pada bahagian pipi

Gejala-gejala ketagihan seperti:- – Mata dan hidung berair – Sengal-sengal sendi – Mudah marah – Semakin lemah untuk bekerja

sekian ~


1 insan doakan kebahagiaanku:

Magrib said...

salam...

ada entry pasal anda la.. sila la jenguk disini..

http://magribmenjelma.blogspot.com/2010/12/pembaca-fanatik-belog-gua-mengganas.html

hargai saya kepada anda...

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat