Sunday, November 18, 2012

Jaga Perhubungan

Assalamualaikum & salam di hujung minggu :)



Masa terkenang-kenang zaman persekolahan, teringat ada sorang kawan ni suka sangat bcerita tanpa henti. Cerita of course la melalut-lalut tapi layan jerr..hahaha tapi kalau dia tidak ada rasa sunyi pula. Yang bestnya cerita dia tu semua tu mitos2x yang direkanya sendiri[secara spontan] dan tidak menyentuh pasal sensitif atau mengumpat tak tentu hala. Aku kagum dengan kebolehan kawan aku tu yg terer mereka cerita tp dia tidak salah menggunakannya. Ada spesis yg aku jumpa sudahla dia dipercayai untuk tempat luahan tp menyalah guna kepercayaan tu. Menceritakan hal peribadi orang lain dgn versi sendiri & ditokok tambah menjadi sebuah cerita yg `cantik'.

Banyak perlu dijaga untuk menjaga sesuatu perhubungan.. Misalnya berdiam diri lebih baik dari berkata-kata. Biasanya aku akan berpura-pura tidak tahu akan keburukannya sebab manusia tidaklah sempurna.. Buat apalah mau sibuk mengungkit kisah hidupnya atau mencari keburukan dia. Manusia boleh berubah, doakan yg terbaik sahaja untuk mereka :)

Kita juga bertanggungjawab menegur untuk menyedarkan seseorang. Memang kita seboleh-bolehnya mahu menggembirakan rakan sejati dengan kata-kata yang indah didengar. Tetapi, kita boleh memarahinya atau menegurnya walaupun menimbulkan kemarahannya jika meninggalkan suruhan agama iaitu menunaikan apa yang disuruh dan meninggalkan larangan. Dalam perkara ini anda tidak boleh berdiam diri malah berdosa jika tidak menegurnya. Walaupun teguran anda mungkin menerbitkan rasa marah dalam hatinya, anda harus tidak mengendahkannya. Walaupun boleh mengeruhkan suasana tetapi faedahnya amat besar.

Sebagaimana kita memelihara lidah kita juga perlu memelihara hati daripada segala sangkaan buruk terhadap sahabat. Sangka buruk ialah sifat keji dan sentiasa menganggap apa sahaja yang dikerjakan oleh sahabat kita itu menuju keburukan. Jika memang dengan jelas perbuatannya itu ke arah keburukan sebaik-baiknya kita anggap dia terlalai atau terlupa agar kita terhindar daripada sangka buruk. Jadi menutup keburukan-keburukan orang lain dan pura-pura tidak Nampak atau tidak tahu mengenai keburukannya itu adalah sikap terpuji. Tidak akan sempurna iman seseorang muslim itu, selagi ia tidak mencintai diri saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." surah Al-Hadid






nota coklet: sebab pengaruh, jerat, kekejaman dari 'kawan' pada masa lalu buat aku _________________ [isikan dgn jawapan yg betul]

0 insan doakan kebahagiaanku:

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat