Katy : woit,ko sengaja kan buat post camtu kat fb sebab nak kenakan aku kan?
Perry : eh. mane ada.. tiba-tiba je rasa nak tulis kot. ko ni kuat perasan la.
Katy : ko tipu.. memang ko nak tuju kat aku kan?. kalau tak puas hati cakap jelah depan- depan.
Perry : MasyaAllah.. takde niat untuk buat camtulah. post tu takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yg telah meninggal dunia pun.kalau ada tu hanyalah kebetulan la..
______________________________________________________________________________
bila terbaca post sahabat kita di facebook,
kita akan cepat marah,
kita akan cepat melenting,
kita akn buat tuduhan melulu.
bila post tu buat kita makan dalam,
post tu buat mata kita masuk habuk,
post tu buat hati terasa seperti dirobek-robek,
post tu buat kita rasa macam kena headshot berkali-kali.
jarang sekali kita bersangka baik,
jarang sekali kita berlapang dada,
jarang sekali berfikir sebelum membuat tuduhan.
semuanya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
ucaplah Alhamdulillah,sebagai tanda syukur kita kpd Allah,
kerana masih sayangkan kita,
kerana sudi menegur kita melalui sahabat kita tadi,
kerana mahu kita jadi orang baik-baik je.
berterima kasih kpd sahabat kita,
apabila kita ditegur,ia menunjukkan
masih ada lagi orang yang mengambil berat pasal kita,
masih ada lagi orang yang mahu terbaik buat kita,
masih ada lagi orang yang sayangkan kita.
walaupun mulut terherot, ucaplah,
terima kasih kerana buat hati ini terasa..hehe ^^
belajarlah untuk menerima walaupun ianya pahit,
belajarlah untuk berlapang dada walaupun ianya sukar.
InshaAllah nikmatnya akan terasa apabila tiba waktunya nanti.