Sunday, July 17, 2011

Nasihat untuk Kaum Hawa

~ Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

~ Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

~ Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

~ Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

~ Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

sumber : KLIK





nota coklet: selamat berhujung minggu dan selamat bekerja *bg sesiapa yg kerja la..hohoh






17 insan doakan kebahagiaanku:

Qaseh dalia adelia said...

insyaAllah

nelly said...

nasihat yang amat berguna !
:)

ir yien 9897 said...

setuju.. 100% markah untuk anda.. :)
nice entry :)

roq said...

*berpure pure menjadi hawa...hehe

singgah la sini plak ye:)

Penggemar Coklat said...

@ Qaseh

=)

*peringatan untk diri sendiri jg ni ^^

Penggemar Coklat said...

@ nelly

thanks =)

Penggemar Coklat said...

@ ir yien 9897

wah~

saya dpt full marks!

makaseh cigu..

miahahahaha

Penggemar Coklat said...

@ roq

hahaha... takpe2x..

sya akn rahsiakn perkara ni.. ;p

Harisya Diary said...

erk. nak suh wat header? nak suh edit template? hehehehehe

Penggemar Coklat said...

err.. boleh keeww???

teheeee ^___^

:malu

Harisya Diary said...

sayang coklat manis2..tengok kat bahagian tempahan yea.. hehe*malu

Penggemar Coklat said...

@ Harisya Diary

owh.. tak perasan..hahaha XD

makaseh~ ^^

Harisya Diary said...

sy dah balas komen tu..hehe..bace tau awk.. k.. gtau nk edit ape lah senang

Aujinz said...

Singgah sini mintak coklat.. hue hue hue

yad'z said...

like... Insya Allah... =)

Eyra Rizal: Your MUA said...

ADE LAGI BEBERAPA DATE AND TEMPAT KOSONG UTK RAMADAN PROMO MAKEUP CLASS DI SHAH ALAM!! SESUAI UTK SESIAPA YANG NAK MELARAM TIME RAYA NANTI! BELAJAR TEKNIK2 MAKEUP YANG SIMPLE , TAPI GLAM TIME RAYA NANTI!
HARGA BIASA: RM150-RM200
SKRG HANYA RM95 SHJ!!!
time: 10:30-3:30pm
WEEKDAYS: 2/8, 4/8,9/8,11/8,16/8,18/8,23/8,25​/8
WEEKENDS: 30/7,31/7,13/8,14/8,20/8,21/8
SMS TO 016-2128740

cakq_miss said...

note @ nasihat yang berguna hehe :)

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat