Saturday, March 9, 2013

Janji

Assalamualaikum w.r.t :))

Janji ialah menunaikan perkara yang telah diakui untuk dilaksanakan


Adab Berjanji;

  • Jangan membuat janji sekiranya anda berniat untuk tidak menunaikan janji itu. Janji yang dibuat walau tidak dicatat atau direkod, barang pasti lagi jelas, Allah menjadi saksi padanya. Jangan sesekali memandang remeh pada setiap janji yang dibuat. Adab berjanji itu bila berjanji wajib tepati!
  • Jangan membuat janji sekiranya diri anda berada dalam keadaan tergesa-gesa. Berfikir sebelum berjanji. Janji-janji yang dibuat antara manusia sesama manusia itu amat rapuh dan belum boleh dikategorikan dalam zon selamat atau selesa, sebelum ia benar-benar ditunaikan.
  • Sekiranya anda telah membuat janji maka tunaikanlah, jangan sesekali melanggari janji tersebut tanpa alasan yang kukuh dan wajar. Berusaha menunaikan janji dan tidak mencari pelbagai alasan.
  • Jangan berjanji untuk membuat sesuatu perkara yang haram ataupun melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan bemudaratan. Bertakwa kepada Allah, jujur atau amanah terhadap diri, keluarga dan masyarakat dan berjanji kepada perkara kebaikan sahaja.

Abdullah bin Amir meriwayatkan semasa beliau masih kecil ibunya telah memanggilnya dan berjanji akan memberikannya sesuatu. Rasulullah yang kebetulan berada di situ terus bertanya, "apa yang kamu niatkan untuk diberikan kepadanya?" jawab ibu amir, sedikit buah tamar. Sabda Rasulullah, "Sekiranya kamu tidak memberikan kepadanya maka dosa berjanji dusta akan dicatitkan untukmu."

Memohon maaf sekiranya tidak dapat menunaikan janji dan memberi tahu terlebih dahulu sekiranya tidak dapat menunaikan janji.



nota coklet:  That’s what love is. Love is keeping the promise anyway ☜(ˆ▽ˆ)

2 insan doakan kebahagiaanku:

aizamia3 said...

jangan pandai berjanji tapi akhirnya lupa diri.. buat orang lain sakit hati.. jangan sampai orang dah tak percayakan kita lagi.. ;)

Hans said...

berjanji itu mudah
tetapi menunaikannya sukar jika hati hanya sekadar suka-suka
satu entri yang bagus :-)

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat