Wednesday, March 2, 2011
AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??
Berikan satu cerita yang menginsafkan korang tentang kematian yang boleh dikongsikan bersama pembaca blog korang dan juga pembaca baru
kisah ni berlaku dekat bestfren bapa ku dan dia telah berkahwin. Pasangan ni dah lama berkahwin tapi belum menimang cahaya mata. Pernah sekali tu wife dia di sahkan mengandung namun didapati kandungannya telah hilang pada malam selepas dia membersihkan semak samun di kawasan rumahnya. ni taknak cerita dgn lanjut la. [wallahualam~]
lepas 5 tahun menunggu akhirnya mereka dikurniakan cahaya mata. Perempuan, tapi lahir tak cukup bulan. [masa ni macam2x la dorang paksa tempuh] tapi demi seorang cahaya mata, dorang sanggup lakukan apa je.
masa bayi tu berumur 3-5 bln [x ingat], mum dia telah kembali ke rahmatullah. Arwah tu terjatuh kat bilik mandi masa bergegas nak keluar beli ikan dekat pikup yG jual2x ikan tu. koma dlm 2 hari sblm meninggal.
lepas tu, masa bayi tu dah berumur 1 thn lebih, ni masa raya tahun lalu. dorang anak beranak [ayah dan anaknya] balik kG ibunya tempat arwah tu disemadikan untuk melawat pusara arwah tu. ni dah masuk tahun ke dua la arwah tu meninggal. Masa malam raya ke empat / lima tu, ayah nya pula menghembuskan nafas terakhir beliau dekat rumah mentuanya tu. Maka, teruslah arwah tu di urus dan di kebumikan di seblah pusara isterinya.
tapi yang sedih tu, kesian dekat anknya yang x tau apa2x tu. Dia dok tercari-cari di mana ayahnya. alasan yang diberikan, bapanya masih berada dekat hospital. pastu dia nampak lagi keadaan ayahnya yang sakit sebelum hembusan nafas terakhir arwah tu. oleh sebab risau keadaan ayahnya, dia pesan dekat makciknya yang bersama mereka masa tu;
`ibu[dia gelar makciknya], kenapa ayah tu sakit. sepat la hantar ayah tu pi hospital. kesian ayah sakit'
ayat ni la terngiang-ngiang dekat telinga ibunya[makciknya]. tapi apakan kudratnya sebagai seorang wanita dan masa malam tu, semua ahli keluarga sibuk pergi beraya. Masa kereta sampai pun, semuanya dah terlewat~
ajal maut tu dah ketentuan-Nya. kita tak boleh pertikaikannya, kan3x
nota coklet : ingatlah, kita bernafas di dunia ni bukannya untuk selamanya. Hargai apa yang kita miliki, kecapi apa yang kita impikan! [impikan perkara yang baik2x ea..hoho >.<]
Posted by syuwai at 6:49 PM
Labels: Ben Ashaari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 insan doakan kebahagiaanku:
salam..
dari Dia kita datang..kepada Dia juga kita pulang..
@ sekamar rindu
wa'alaikumsalam~
betul3x
Post a Comment