Tiba-tiba aku blur nak buat entri pasal C.I.N.T.A ni..miahahahaha adess, bagi memenuhi permintaan peminat, aku gagahkan juga tangan ku untuk menaip entri ni.
cinta itu subjektif. Siapa setuju sila angkat hidung..muehehehe Cinta terlalu subjektif untuk ditafsirkan namun mempunyai satu arah yang sama. Ada orang berkata cinta mestilah di rebut, ada pula yang berkata cinta itu hadir tanpa kita sedar. Betul, tapi cinta bukan hak milik mutlak ke atas seorang individu tetapi ianya milik bersama yang patut dirasai bersama dan meletakkannya di tempat yang sepatutnya.
Jangan jadikan cinta itu sebagai alasan untuk menghalalkan yang haram, jangan jadikan cinta itu alasan untuk bermuram durja dan jangan hilang pertimbangan apabila merasai cinta. Sebaliknya gunakanlah pengertian cinta dalam konteks yang sebenar-benarnya.
Benarkah cinta itu menyakitkan??
Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.
Macam mana nak dapatkan Cinta?? Nak dapatkan cinta sejati??
soalan ni buat otak aku jem kejap..haha kita takkan dapat cinta tu kalau tak dicari malangnya cinta yang dicari tu selalunya akan pergi. Ishk, maaf la. Aku belum khatam bab Cinta ni. Senang je nak dapatkan cinta sejati ni, gunakanlah seluruh pancaindera anda. Kamu selesa bersama, bersahaja, jujur, memahami, senang bekerjasama dan ikutlah kata hati anda. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Lepas berusaha, tawakallah. Serah pada ketentuan yang maha kuasa.
tapi aku pelik la dengan ayat pengakuan ni "tiada sebab untuk aku mencintai mu kerana cinta tidak memerlukan sebab" err, lebih kurang macam tu la kot. Kalau ikut logik akal, mustahil la ada manusia camni. Mesti ada alasan dia jatuh hati atau tersangkut dengan pasangannya. Macam pasangannya caring ke, hensem @ cantik ke, baik ke, jujur ke. Mustahil la tiada sebab. Cinta buta pun tak gitu. Adakah anda bersetuju dengan saya?? h0h0h0
nota coklet : cinta agung adalah kepada Allah dan cinta kepada Rasul adalah sebahagian cinta kepada Allah. Renung-renungkanlah dan selamat beramal. <= cam teda kaitan pula ni. tapi nak tiru gak trademark h0t fm ni..miahahahaha
6 insan doakan kebahagiaanku:
mari join contest ini dan menangi hadiah2 menarik.. rugi tak join!!! siapa nak belanja awek/pakwe menonton wayang di Platinum Suite The Curve, wang tunai tuk shopping, baju MNG dan kasut dari HGF... jum join! tarikh tutup 31 March...
http://berkatalahdia.blogspot.com/2011/02/contest-mesti-menang.html
oh cinta
nota coklet tuh sgt2 benar..:)
@ miss
tak janji tau ^^
@ hamzah
cinta oh cinta ^^
@ Dda
benar2x o.0
Post a Comment