Wednesday, December 28, 2011
K + IZ = KIZ
Posted by syuwai at 10:16 AM 2 insan doakan kebahagiaanku
Friday, December 16, 2011
kelebihan si kaki-kaki
Assalamualaikum dan selamat malam:-)
Kelebihan kaki wayang;
Best dpat tengok movie dekat screen besar gila.. Lepas tu ramai-ramai lagi. Kalau nengok cerita hantu tu taklah ketakutan sangat.. Ye dak?
Keburukan;
Kenalah bayar. Boleh makan makanan yg terpilih sahaja. Tak boleh bising2x naaa.. Kadang2x ada suara-suara sumbang mengganggu kosentrasi kita nengok wyang.. Cth, pencerita k-2 @ bunyi hp. Lepas tu mesti ada babak-babak yang terpotong, sebenarnya bukan 18sx pun..
Kelebihan kaki download;
FOC babe! Boleh layan secara individu atau dgn sesiapa. Boleh layan movie tu sampai lebam bijikk mata..hehe kadang-kadang kita boleh tengok part2x yg kena potong kalau download ni. Boleh melantak apa sahaja jenis makanan smbil menikmati movie...hehe
Keburukan;
Suara pandai hilang, kualiti gambar movie tu kureengg..
Kelebihan kaki cd/dvd(ori);
Boleh tengok berkali-kali. Sound & gambar terang dan jelas. Boleh tengok ramai2x gak tp tidaklah seramai manusia dalam panggung sebab kenalah tengok saiz tv tu..hehe boleh sambil menikmati apa2x sahaja jenis makanan..nyamnyam
Keburukan;
Kenalah berbelanja lebih sikit untuk mendapatkannya... Right? Hoho
Nota coklet: hal makanan mesti tidak tinggal..hehehe :-P
Posted by syuwai at 9:49 PM 2 insan doakan kebahagiaanku
Tuesday, December 13, 2011
PELUPA!!!
Assalamualaikum korang~
ni antara situasi yang aku alami bila bersama dengan kembar ku si lupa..hahaha
Sapu tangan
Masa belajar-belajar dulu aku suka kumpul sapu tangan, tiap hari pergi kelas bawa sapu tangan yang berlainan, kiut miut lagi yuuu..hehe pastu, kadang-kala aku suka letak sapu tangan tu atas kepala.
[kejadian ni masa aku sekolah rendah] Lepas bersukan, aku carik sapu tangan aku tapi tak jumpa-jumpa, sekali tengok, kawan aku dah sapu handkerchief tu bersama sampah sarap yg ada di kelas pada masa tu [atas lantai].. sebab aku malu menjadi si pelupa, aku tak ngaku itu sapu tangan I.. sebab tu aku biarkan je dia[sapu tgn tu] disapu..kahkahkah *kejam
[kejadian seterusnya masa aku meningkat remaja] aku sibuk tanya kawan-kawan mana sapu tangan aku yang comel lotte tu.. rupanya dia ada dok diam-diam atas kepala I..kehkehkeh
Kunci
Aku memang mengasingkan kunci rumah dan kereta sebab aku tak suka kunci kereta aku berat.. satu pagi, sebelum pergi kerja aku pi buang sampah.. masuk dlm kereta, aku mau letak kunci rumah tu di tempat biasa[dlm kereta] tp aku perasan kunci rumah aku dah HILANG! rupanya aku buang kunci rumah tu dengan sampah-sampah tu sekali.. aku lupa aku pegang kunci rumah bersama kunci tu XD
seterusnya, masa tu aku lewat bangun jadi kelam kabut la mau gerak pi kerja dan malangnya aku tak jumpa kunci kereta aku sendiri.. sudah puas selongkar sana sini, menghambur kata-kata amarah, rupanya kunci itu berada dlm genggman ku.. demm!
Kad segala kad
pernah ni aku berjalan pergi pasar, tak jauh juga lah dari rumah tapi kena naik bas juga lah.. aku terlupa bawa IC tapi aku tak kesah pun sebab tempat tujuan aku ni still dekat-dekat rumah juga.. sekali masa balik tu bas yang aku naik tu kena tahan.. ada cheaking la pula.. cek IC penumpang.. aku buat bodoh je, muka polis tu aku pandang langsung sebab PANIK! hahahaha ..nasiblah kena kasi lepas je sebab polis tu tengok muka aku yang kiut ni kan.. muahahaha
[kad atm] lepas berhopping mencari barang keperluan, aku stay dekat mcD untuk melepaskan lelah.. lepas aku balik rumah.. sampai rumah aku cek barangan yang dibeli beserta apa yg tinggal dlm dompet [cek duit sebenarnya tu..hehe] baru perasan kad tu tinggal di mcD masa aku sibuk melantak! @,@
[kad staf] pernah sekali tu,masa lunch malas mau keluar dari kawasan U, jadi aku beli makanan di kafe asrama pelajar ja.. konon2x nak pakai ID staf tu supaya orang kafe dgn student2x tak tkejut beruk aku beli2x dkt sana.. ya lah, kawasan student lelaki, malam2x lagi.. penat aku berpusing 360 darjah cari mana aku gantung kad staf tu, rupanya aku sangkut di handbang yg aku pakai tu.. huahuahua
sebenarnya banyak lagi kisah aku dan si lupa tapi next tym lagi ceciter yew..hehehe
nota coklet: I'm wish im not forgetful because had swallow to many ants..gagagagaga
Posted by syuwai at 12:29 PM 2 insan doakan kebahagiaanku
Labels: pelupa
Sunday, December 11, 2011
master Q
Assalamulaikum dan salam sejahtera..
Semalam tonton cerita master Q di 8tv.. Lawak lah jugak.. Ingat lagi masa kecik2x dulu, bapa selalu beli komik Master Q ni. Even komik tu dalam bahasa cina, kita still boleh fahami jalan cerita dia dari gambar-gambar..
Tapi anak dia yang nakal ni pergi gunting-gunting watak-watak dalam komik tu untuk main orang-orang @ patung-patung kertas...hahaha nasiblah tidak kena marah:-P *atau sebenarnya ada kena marah tapi aku lupa..biasalah masa tu kecik-kecik lagi..hekhekhek
Nota coklet: Erm, komik Master Q ni masih ada jual ka ea?
Posted by syuwai at 9:41 PM 0 insan doakan kebahagiaanku
Friday, December 9, 2011
11.11.11 [Akhirnya siap!!!]
Assalamualaikum semua dan salam Jumaat..hehe
sebelas, eleven, atau one-one..hehehehe sebenarnya entri ni aku mau mencarut 11 perkara hasil tag si Piqah ni.. lama dah kena tag tapi aku extend2x nak jawab.. banyak soalan dan menghadapi kekangan masa..heee
okey, ni aku main copy paste=>
RULES:
- You must post these rules. Each person must post 11 thing about themselves in their journal.
- Answer the questions the tagger set for you their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
- You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
- Go to their page and tell them you have tagged him/her.
- No tag back.
- No stuff in the tagging section about "you are tagged if you are reading this" you legitimately ( a.k.a really, trust, with all honesty ) have tagged 11 people.
11 things about me *percampuran bahasa akan berlaku, sila fahami dgn betul..kehkehkeh
1. anak ke dua
2. love teddy bear
3. like green colour
4. addict eating chocolate
5. love all about korea instead..hehehehe
6. mudah pelupa =,="
7. walaupun air muka aku macam konkrit, actually I'm the sensitif person..*yeah, please believe it ;p
8. want to future my study.. more more and more @,@
9. sekarang saya blur mau taip apa lagi >.<
10. oh ya, aku ada blog bisnes.. jom ke sini Azy Collections
11. pandai cepat marah kalau tak terkawal.. ngeehhhh~
11 Soalan dari Tuan tanah
1. Belajaq kat mana?
=> saya belajar di sekolah-sekolah (banyak so kasi pronouns dia begitu lah..hehe)
2. Prefer komik atau majalah atau novel atau lain2?
=> suka baca komik, majalah dan novel.. kesimpulannya suka membaca la juga..hehe
3. Haiwan favourite?
=> kucing
4. Paling suka shopping apa?
=> erm... makanan kot.. kehkehkeh
5. Suka makan apa?
=> coklet
6. Pernah jatuh cinta? (jujur2)
=> pernah
7. Impian waktu tua jika dipanjangkan umur?
=> ingin melihat anak-anak ku berjaya.. *wah, berpandangan jauh kan?? ;p
8. Kereta idaman?
=> Toyota rush + mini cooper
9. Artis kesukaan?
=> yoo ah in
10. Hobi waktu kecik2?
=> banyak!
11. Kejujuran anda terhadap diriku?
=> berdasarkan soalan2x hang semua ni aku jawab dgn penuh kejujuran taw..heee ^___^
11 soalan untuk seterusnya..muahahahaha *ketawa nates XD
1. Nama penuh ayah anda?
2. adakah anda suka makan coklet ?
3. sudah berkahwin?
4. in a relationship?
5. suka tengok wayang?
6. anda kaki buli?
7. kamu suka/pandai bermekap?
8. pandai masak?
9. suka wanita/lelaki macamana?
10. setiakah anda dengan persahabatan? *lebih cantik if beri bukti =)
11. Jujurkah anda dengan 11 jawapan itu??
Posted by syuwai at 3:05 PM 1 insan doakan kebahagiaanku
Labels: tag
Thursday, December 8, 2011
Semua Lelaki Sama!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. =)
Lelaki oh lelaki.. Adakah mereka sama? err.. memanglah sama pada satu benda tu kan.. okey sila jangan berfikiran lucah di situ ya..hakhakhak
kalau dari fizikal memanglah ada yang sama dan tidak. Misalnya warna kulit, ketinggian, warna rambut..
Perasaan?? ermm.. ini aku tak boleh nak explain sebab jantina aku kan lain..muehehehe
sebab kita bencikan satu lelaki kita tak boleh samakan dengan kesemua lelaki.. itukan tidak adil bagi mereka.. dan bagi para lelaki dekat luar sana jangan samakan semua sikap wanita tu.. aku teringat pula seorang kawan lama lelaki.. dia ni dari sekolah agama berasrama, masa PMR dia dapat keputusan cemerlang.. so, dia terimalah offer sambung belajar di sekolah biasa.. last2x tu dia mohon masuk sekolah lama dia balik.. nak tahu sebab apa? Dia kata, biasalah sekolah biasa, pelajar perempuan Islam pun tidak jaga aurat, susah dia mau cosentrate belajar..hehehe very nice man right?? I hope he will find his truly soulmate!
nota coklet: sekarang dia dah berjaya dan bekerjaya pun.. stil single and available.. ada sesiapa nak bekenalan?? kehkehkkeh
Posted by syuwai at 9:46 PM 6 insan doakan kebahagiaanku
Labels: lelaki
Tuesday, December 6, 2011
Sang Anjing dan bayang-bayangnya!
Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca blog =)
Korang pernah join pertandingan bercerita? Aku pernah.. *bangga jap..kahkahkah
First aku join masa tu aku darjah 1.. cerita sang anjing dan bayang2x nya.. Dapat no.1.. biarpun masa tu aku selesema, pastu masa bercerita hingus aku meleleh-leleh tapi aku berusaha buat persembahan yang terbaik.. berbaloi-baloi aku biarkan hingus tu meleleh! ahahaha..
second aku join, masa aku darjah 5 tapi tiada nombor.. masa tu cikgu kesayangan aku yang suruh join, aku penuhi kehendak dia je tapi malangnya aku kalah sebab ketiadaan prop.. ikut pertandingan masa tu pun guna baju sekolah je..ngeeehhh~ pelajar lain semua pakai baju lawa2x, siap bawa prop lagi tau..
pastu aku join lagi masa aku darjah 6. Ini aku betul-betul jadi bidan terjun tak terlatih sebab kawan aku yang sepatutnya join tu tak turun sekolah sebab sakit jadi cikgu aku suruh aku ganti.. asal ada wakil dia kata. Adeh.. aku pun meng'iakan je. Pikir-pikir nak ceciter apa dengan audiens, aku bantai cerita sang anjing & bayang2x tu. Yang lawaknya, ada peserta darjah 2 tu bawa cerita sama dengan aku! what a shame! wakahkahkah
Nasiblah aku dapat no.2, tertutup juga malu tu.. tmpat first tu kawan kelas aku gak [setiap kelas mesti ada wakil 2 orang-seorang lelaki, seorang perempuan].. Dia bawa cerita pasal sejarah-sejarah lagi tew..hohoho
nota coklet: memang aku selalu antara pelajar harapan cikgu-cikgu..kahkahkah *ketawa bangga sampai nak kena lempang! tapi masalahnya kalau aku aktif, pelajaran aku pandai merosot..hukhukhuk
Posted by syuwai at 5:30 PM 2 insan doakan kebahagiaanku
Labels: cerita, kanak-kanak, kecil, sekolah
Thursday, December 1, 2011
Eh, Kau Berak ke?!
Posted by syuwai at 2:52 PM 4 insan doakan kebahagiaanku
Wednesday, November 23, 2011
Tiada Dugaan, Tiadalah Kehidupan
Assalamualaikum semua.. =)
semoga hari anda ceria disamping orang tersayang..
yup.. dunia ini takkan berkembang tanpa melalui pelbagai dugaan hidup kan..seperti kata para pendekar bujang lapok "cobaan, cobaan"..hee=)
mesti korang pernah tempuhi pelbagai dugaan hidup yang korang tidak sangka-sangka kan? kadang kala, sudah jatuh, ditimpa tangga lagi.. lepas tu korang akan rasa, akulah mausia paling malang di dunia! tapi, mari kita menjadi positif, ucaplah "syukurlah, ada insan yang lebih malang dariku".. yeahhh..sukarkan?? tapi itulah hakikat kehidupan.. X(
kemudian mesti ada suara-suara lebih kurang camni, "alah, benda kecil je.. tu pun mau pening".. atau "biasalah tu" atau ada si baik hati yang cakap "padan muka!" dan macam2x lagi lah..ngeeehhh...masa kita kena dugaan2x hidup ni confrimlah emosi tidak stabil kan. Mari kita ambil suara-suara tu untuk menjadikan kita lebih tabah.. kalau aku, untuk mengelakkan rasa sakit jiwa dan raga tu, aku akan tersenyum ja. ketawalah untuk menghindarkan rasa stress tu XD
nota coklet: membuatkan hatiku lebih keras dan... berdendam???
Posted by syuwai at 9:29 PM 4 insan doakan kebahagiaanku
Thursday, November 17, 2011
Aku tidak buat apa-apa!
Assalamualaikum dan selamat malam semua..
mari kita ceria-ceria malam ni.hari ni aku teringat suatu kisah yang entah dari mana aku dapat.. biasalah manusia memang mudah lupa 0:)
Kisahnya bermula begini..
Pekerja: Saya tidak berpuas hati sebab telah dibuang kerja!
Kesatuan Pekerja: Sabar. Kamu tahukah sebab apa kamu dibuang kerja?
Pekerja: Saya betul-betul tidak tahu encik! setahu saya, sepanjang saya diterima bekerja tidak pernah pula saya melakukan sebarang pekerjaan encik!
Kasatuan Pekerja: Nah, itulah masalahnya!
nota coklet: senyum tak perlu kata apa-apa =)
Posted by syuwai at 9:45 PM 3 insan doakan kebahagiaanku
Labels: hilang stress, lawak, sengal
Wednesday, November 16, 2011
Kesian.. kecil-kecil lagi sudah tertekan!
Aku akui pernah terasa seperti mahu menamatkan riwayat hidup ni walaupun masa itu umur masih mentah dan belum akil baligh lagi.. biasalah, budak-budak..otak tu masih kosong lagi..hee
kesan tertekan tu buatkan aku menjadi pemendam dan perahsia tapi luaran of course lah seorang yang ceria macam astro ceria tu..hikhikhik.. sometimes tu, bila aku dilanda sesuatu masalah, aku rasa macam berat sangat..yup, dari dulu lagi.. Kalau tertekan mesti korang akan rasa begitu tu=) mahu meluahkannya pun susah, mulut tu macam berat gila.
tapi kalau terluah masalah tu, confirm rasa ringan sikit kepala.. jadi kalau tertekan, carilah seseorang yang anda percayai untuk berkongsi rasa. Ini jarang aku amalkan sebab aku lebih suka pendam-pendam..hee
selain tu, kalau masa tension, jangan terburu-buru buat keputusan.. tenangkan diri tu dulu. Pastikan otak tu kembali normal dulu ^__^
syukurlah sampai sekarang aku belum sampai tahap tidak normal tapi kurang nomal itu mungkin XD
tapi aku bersyukur bukan seorang pendendam yang tegar. Macamana pun kejam seseorang tu aku masih boleh kasi maaf misalnya bila dia mengeluarkan kata-kata keramat @ magic words.. bukanlah mentera macam dalam cerita Harry Potter tu, tapi p'kataan macam "saya minta maaf".. sejuk terus jantung =) but memaafkan tu boleh. melupakan tu sukar @,@
nota coklet: kadang kala bukan niat kita untuk berahsia tapi tidak bersedia/yakin/tahu untuk menceritakan perkara sebenar.. X(
Posted by syuwai at 3:12 PM 0 insan doakan kebahagiaanku
Labels: masalah mental, stress, tekanan, tertekan
Tuesday, November 15, 2011
2 Days & 1 Night
2 Days & 1 Night ni sebenarnya sebuah rancangan Korea. Rancangan ini berbentuk hiburan disamping memperkenalkan tempat-tempat menarik yang mereka lawati. Namun, disetiap episod mereka akan dikenakan beberapa syarat dan denda jika kalah. Misalnya mereka dikehendaki mencari bendera tersembunyi di kawasan tempat menginap mereka dan siapa yang gagal menemuinya tidak akan diberi makan. kadang-kala dorang juga menjemput beberapa artis [korea juga la] untuk menghangatkan rancangan dorang ni. Lawak, best, gerenti sakit perut menonton rancangan ni. Sesuai ditengok semua peringkat umur =)
kalau yang badjet orang puteh tu, sila teruskan bacaan ke en.wikipedia ni ya.. <=tekan-tekan :)
nota coklet : confirm hilang stress nengok rancangan ni.. XD
Posted by syuwai at 8:41 AM 12 insan doakan kebahagiaanku
Labels: korea
Saturday, November 12, 2011
kartun obsesi anda ...?
Assalamualaikum semua...
Selamat berhujung minggu :-)
Masa korang kecik-kecik mesti ada kartun yang korang minat berabis-habisan (adict) kan? Mustahillah tiada.. :-P
Sebenarnya banyak kartun yang aku minat tapi yang paling buat aku kemaruk kartun card captor sakura ni lah..hehe
Kartun ni mengisahkan tentang seorang gadis cute yang mempunyai kuasa luar biasa untuk mengunci makhluk2x menjadi kad..sakura ni tinggal brsama abang dan ayahnya yg caring. Sakura juga jatuh hati dgn bestfren abgnya menyebabkan dia tak perasan shoran sebenarnya menyukainya..
Watak dlm cerita ni;
Sakura - heroin
Shoran - hero lelaki dia (ntah betul ka ejaan nama dia..hehe)
Tomoyo - best fren sakura yg selalu jait baju khas untuk sakura sambil mrakam aksi2x sakura berlawan
Cukuplah tiga watak utama tu ja..hehe
Inilah kartun yg aku adict gila2x masa di sekolah rendah, anda pula??hehe
Posted by syuwai at 9:16 PM 6 insan doakan kebahagiaanku
Labels: kartun
Thursday, November 3, 2011
Eh, mana tudung kau??!!
Assalamualaikum semua..
Tadi masa mencari barang bagus di pasaraya terkenal terdengarlah perbualan 2 orang kawan ni.. begini bunyinya...
Perempuan A: eh, tudung kau mana??
Perempuan B: biasalah, mau berubah..
aku sebagai pendengar pun kepelikan.. O.o berubah??
Posted by syuwai at 3:26 PM 22 insan doakan kebahagiaanku
Labels: zaman sekarang
Monday, October 31, 2011
jom kita bermimpi!
Korang pernah tengok drama korea Dream High ka? Besssstttt..hehe ya lah.. Aku tau cerita ni sudah basik, sudah lapuk di pasaran..tp aku baru dok layan drama ni..kuikuikui ketinggalan betul aku ni kan tapi tidak kisahlah..hehehe
Pernah tgk cerita ni tapi masa tu aku tgk 1 episod ja eh tidak sampai pun 1 episod,beberpa minit ja, itupun di tengah2x episod sudah.. Masa tu tgk blur2x lagi mengisahkan tentang apa pun aku x faham..haha masa tu aku buat andaian drama tu boringla kunun XD
Dream high ni mengisahkan pelajar2x muzik yang ingin bjaya dlm bidang muzik. Mengisahkan tentang kehidupan di sekolah, ada cintan cintun, lawak, kisah kehidupan..eii, korang tanya mr.google la kalau mahu tahu lebih lanjut ya..hee
Sekarang drama ni ada main di 8tv tapi dalam bahasa mandrin. Lepas tgk 1episod tu lah aku t'gerak mau search di youtube drama tu.. Tapi best layan drama tu dalam bahasa korea jugalah.. Byebye la 8tv :-P
Posted by syuwai at 11:11 PM 4 insan doakan kebahagiaanku
Saturday, October 29, 2011
Bohong itu dibolehkan jika ...
Assalamualaikum semua~
semoga ceria-ceria sahaja di hujung-hujung minggu ni ea.. hee =)
Namun, ada tiga keadaan yang dibolehkan anda berbohong;
Pertamanya, jika anda berada dalam peperangan yakni dalam mempertahankan akidah.. Misalnya, dalam peperangan tu anda berbohong dengan mangatakan anda adalah pelancong, maka dibolehkan sebab Rasulullah sendiri berkata bahawa peperangan itu penuh dengan tipu muslihat. Siapa yang ambil subjek sejarah menti tahu pasal hal ni. Cuba kamu cek apa definisi peperangan dalam sejarah..hehe
Keduanya, untuk menjaga hati isteri. Misalnya, si isteri masak untuk suaminya dan masakan tersebut tidak sedap tapi si suani berkata makanan dimasaknya sedap kerana ingin menjaga hati isterinya..hehe
Ketiga, berbohong untuk mendamaikan dua pihak yang sedang bergaduh. Terdapat hadits-hadits shahih tentang bolehnya berbohong pada keadaan tertentu;
1. Hadits Ummu Kultsum:
عن أم كلثوم بنت عقبة أخبرته : أنها سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : ليس الكذاب الذي يصلح بين الناس فينمي خيرا أو يقول خيرا
Ertinya:
Dari Ummu Kultsum binti Uqbah mengabarkan bahwa dia mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Bukanlah pendusta orang yang mendamaikan antara manusia (yang bertikai) kemudian dia melebih-lebihkan kebaikan atau berkata baik”. [Muttafaqun 'Alaih]
Di dalam riwayat Al Imam Muslim ada tambahan:
ولم أسمع يرخص في شيء مما يقول الناس كذب إلا في ثلاث الحرب والإصلاح بين الناس وحديث الرجل امرأته وحديث المرأة زوجها
Ertinya:
“Dan aku (Ummu Kultsum) tidak mendengar bahwa beliau memberikan rukhsah (keringanan) dari dusta yang dikatakan oleh manusia kecuali dalam perang, mendamaikan antara manusia, pembicaraan seorang suami pada istrinya dan pembicaraan istri pada suaminya“.
2. Hadits Asma’ binti Yazid
عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ يَزِيدَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لاَ يَحِلُّ الْكَذِبُ إِلاَّ فِى ثَلاَثٍ يُحَدِّثُ الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ لِيُرْضِيَهَا وَالْكَذِبُ فِى الْحَرْبِ وَالْكَذِبُ لِيُصْلِحَ بَيْنَ النَّاسِ ». وَقَالَ مَحْمُودٌ فِى حَدِيثِهِ « لاَ يَصْلُحُ الْكَذِبُ إِلاَّ فِى ثَلاَثٍ ». قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ لاَ نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ أَسْمَاءَ إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ خُثَيْمٍ.
Ertinya:
Dari Asma’ binti Yazid dia berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Bohong itu tidak halal kecuali dalam tiga hal (yaitu) suami pada istrinya agar mendapat ridho istrinya, bohong dalam perang, dan bohong untuk mendamaikan diantara manusia”.
sampai sini sahaja.. adios peeps! ^____^
nota coklat; macam mengumpat @ mengata pun dibolehkan jika berada dalam keadaan tertentu kan..hehehe
Posted by syuwai at 10:33 AM 6 insan doakan kebahagiaanku
Labels: bohong
Friday, October 28, 2011
Zaman sudah berubah
Assalamualaikum semua.. Selamat pagi dan selamat hari Jumaat, selamat hari yang mulia..hehehe panjang mukadimahku di hari Jumaat tu.. Sebenarnya saja mau exercise jari jemari manaip ;p
Keadaan sekeliling makin berubah dari hari ke hari kan tapi masih ada juga yang tidak berubahkan...heee Zaman, dunia, keadaan@suasana berputar-putar mengikut perubahan sang manusia..
Yayaya..begitu juga diri ini yang menginginkan perubahan pada yang lebih baik.. Cukuplah risaukan hal-hal yang tidak mendatangkan faedah pada diri sendiri tu.. Walaupun sebenarnya kita tahu sesuatu tu tapi lebih baik kita berdiam diri sebab itu bukan hal kita juga kan..
Tapi kalau ada yang memerlukan pertolongan dan diri ini mampu,saya akan cuba sedaya upaya.. Jadi jangan buang saya dari hidup anda ya..
Posted by syuwai at 10:36 AM 0 insan doakan kebahagiaanku
Thursday, October 27, 2011
Atom Bukan Robot Biasa!!
Assalamualaikum semua~..
menceritakan tentang si Charlie, bekas juara tinju, bertinju menggunakan robot untuk mendapatkan duitduitduit..hehe Lepas tu, dia dapat berita yang ex-wife dia sudah meninggal dan kakak ex-wifenya menuntut hak penjagaan anak si Charlie ni, Max. Robot tu pula dijumpai secara tidak sengaja oleh Max di pembuangan sampah untuk robot-robot, dan dinamakan Atom sempena tatu yang ada di dada robot tu.. untuk mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut silalah tengok Real Steel ni ya.. ^___^
Aku bagi 4.5 dari 5 bintang untuk cerita ni.. ada babak lawak, sedih, geram, eiii bestlah! ;p
nota coklat: sebenarnya aku terlambat juga menonton cerita ni..hahahaha
Posted by syuwai at 8:54 AM 2 insan doakan kebahagiaanku
Tuesday, October 25, 2011
Wahai Sahabatku
Assalamualaikum korang..hehehe
Berhabuk + bersawang-sawang sudah blog aku ni.. @,@ mau update otak jem, tapi masa otak tengah penuh dengan idea sibuk la pula, last-last masa mau update idea sudah hilang entah ke mana..ahaks!
okey, berbalik kepada tajuk, sesiapa pun memerlukan sahabat bukan?? Tidak kiralah sahabat anda itu dari kalangan keluarga sendiri ka, orang luar ka.. kankankan??
kadang kala bukan kita bermaksud ingin mementingkan sahabat dari keluarga, tapi ada bezanya sahabat dan keluarga kan2x?? bukanlah bermakna kita tidak pentingkan keluarga.. lepas tu, niat kita mahu membantu kawan tapi orang boleh fikir sebaliknya, last-last kita pula boleh tersepit..=,=
Dalam menjalani kehidupan seharian, aku, kamu dan kita semua sememangnya memerlukan kehadiran seseorang yang boleh bercerita,berkongsi suka, duka dan sebagainya... Itulah sahabat. Hargai sahabatmu...
nota coklet: walau macamana tension dengan hal peribadi, jumpa kawan boleh terbang masalah tu walau untuk seketika..hohoho yuppp..aku sangat2x menghargai mereka sebab berjaya menghilangkan stess aku yang menggila..hehehe terimakasih para sahabat!
Posted by syuwai at 7:23 PM 2 insan doakan kebahagiaanku
Labels: friendship, sahabat
Thursday, October 13, 2011
Apa itu HIPOKRIT ?!
Seperti yang kita tahu…hipokrit tu ialah…orang yang berpura2 ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka…atau buat2 baik tapi dalan hati sebenarnya tak suka. Mesti korang pernah jumpa orang camtu kan?
tapi penah tak terfikir…pernah tak terfikir kita sendiri pun pernah mengamalkan budaya hipokrit ini?
teruskan bacaan ke http://fallspoet.wordpress.com/2009/01/05/apakah-itu-hipokrit/
and credit to; http://ligakampung.com
nota coklet: sakitkan bila kita sudah mempercayai 100% pada orang tu tapi buli2x dia cakap yang dia tidak percayakan kita..huhuhu okey, ini iklan! hahahaha
Posted by syuwai at 5:24 PM 2 insan doakan kebahagiaanku
Labels: hipokrit
Saturday, October 1, 2011
CONTEST SHOW YOUR STYLE!
2. Paste URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
=> sesiapa boleh join janji manusia XD [Wanita, Lelaki, 1family, Baby2x]
nak tag dekat;
mr. wan
maera
ieyza
milly molly
nota coklet: aku tolong promosi, jomlah join =)
Posted by syuwai at 12:54 PM 8 insan doakan kebahagiaanku
Labels: contest
Wednesday, September 28, 2011
Dihantui Kenangan Lalu?!
kenangan lalu memang indah untuk diingati..teeettt~~ tu kalau kenangan manis tapi kalau kenangan pahit macam mana pula?? adakah anda akan teruskan kenangan itu membelenggu anda??
segala kenangan biarkanlah ia menjadi kenangan dan sejarah dalam hidup anda, jangan terlalu memandangnya.. iya, jom kita pandang ke hadapan, teruskan langkah anda! dont give up!
jika kenangan itu pahit, jadikan ia sebagai pengajaran.. mari kita menjadikan pengajaran pahit itu sebagai panduan untuk memaniskan hari2x mendatang kita ^___^
Posted by syuwai at 9:34 PM 5 insan doakan kebahagiaanku
Labels: s-st0ry
Angry Birds Giveaway By Spanar Buruk
nota coklet: lama x main game angry bird, tapi masa main tu rasa macam nak lempar je hp tu XD
Posted by syuwai at 4:06 PM 8 insan doakan kebahagiaanku
Labels: Giveaway
Friday, September 23, 2011
Aku Hampi-hampir Dinodai!
Assalamualaikum semua~
makaiiihhhh.. pengalaman hampir-hampir dinodai memang menakutkan! korang pernah??
err.. sila berhenti fikir yang bukan-bukan okey?? sebenarnya blog aku yang hampir dinodai tadi.. hahaha
tengah aku khusuk-khusuk dan bertungkus lumus menyiapkan blogshop aku, tetiba masa mau view blog tu, boleh-boleh blog not found??? sentap mak XD Kemudian aku try search lagi dua-dua blogku tapi tetap juga not found??
Lepas tu aku try balik pi dashboard, aku jadi newbie blogger?? hahaha... cuak gila lah kejap. Hilang dua-dua bijik blog aku tu tadi. Aku out, lepas tu try login balik mr.google tu minta no.tepon untuk hantar verify no. sebab dorang dpt detect ada yang x kena pada akaun google ku.. dan alhamdulillah blogku kembali menjadi normal balik. fuh~~
Jadi dijemput skodeng2x blogshop aku http://azyscollection.blogspot.com/ Sokongan dari kengkawan bolgger amatlah dihargai =)
Posted by syuwai at 3:33 PM 10 insan doakan kebahagiaanku
Labels: blogshop
Monday, September 19, 2011
Mari Join Bloglist Saya !
Assalmualaikum semua~
Masa aku ubahsuai bl0g ni, secara ajaibnya kesemua bl0glist aku hilang entah ke mana..hahaha jadi untuk memendekkan entri ni, aku nak buat bl0glist untuk para bl0gger. Ada sesiapa sudi join ke?? hehe
syarat-syarat penyertaan senang ja;
1) anda adalah folower bl0g ini
2) masukkan bl0g ini dalam bl0glist korang juga
3) tak perlu buat entri, tinggalkan je URL bl0g anda dlm ruangan komen entri ini [ tp sesiapa yg sudi buat entri, dipersilakan ^^ ]
4) sila maklumkan samaada anda bl0gger lelaki @ perempan sebab nak buat 2 bl0glist yang berlainan jantina.
5) bl0glist ini akan ditutup setelah mencapai 20 bl0gger [ 10 bl0gger lelaki dan perempuan ]
nota coklet : bl0gshop akan dibuka tidak lama lagi, jadi sesiapa yang baik hati tu dijemput follow2x bl0g ni. tq2x http://syuwaiblogshop.blogspot.com/
Posted by syuwai at 3:15 PM 8 insan doakan kebahagiaanku
Labels: Bloglist
Tuesday, September 6, 2011
New Face
Asslamualaikum..
Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin..
Nak deco-deco bl0g ni, still dalam proses pemulihan..ahaks. Ok ke atau kO?? ^.^'
semua hadiah para peserta GA telah selamat di pos pada 23 dan 24 ogos. Lupa nak maklumkan. Harap2x berpuas hati la dengan misteri gift tu ea >.<
aiyoo..semua bl0glist dah hilang,nanti nak buat bl0glist baru la
nota coklet: kadang-kadang apa yang kita usahakan tak semestinya berjaya kan?? jom kita belajar menghadapi kekecewaan itu ^___^
Posted by syuwai at 9:31 PM 1 insan doakan kebahagiaanku
Labels: s-st0ry
Monday, August 22, 2011
Aku Tak Tahu Membaca??
Hari ni nak berceloteh pasal membaca.. Membaca, adakah anda pandai membaca?? Heii.. bukan membaca A B C tu lah.. tapi membaca ا, ب, ت. Anda mampu membaca tulisan jawi atau pun kitab suci kita Al-Quran?? ada yang memberi jawapan, aku tak pandai atau Aku tidak lancar dan bermacam-macam lagi alasan tapi peliknya bahasa lain mampu dihafalnya atau dipelajarinya. Pelik bukan??
sedangkan Rasulullah pun semasa wahyu pertama diturunkan Jibrail berkata,"Iqra, bermaksud bacalah" dan Nabi menjawab "aku tak tahu membaca". Benar! Pada masa itu Rasulullah tidak tahu membaca tapi baginda mempelajarinya. Mesti korang akan cakap, itu Nabi, kita ni orang biasa tapi kan sudah ramai orang biasa yang mampu menghafaz al-Quran.. yup, bukan setakat pandai membaca malah mereka mampu menghafal bait-bait surah Al-Quran itu.. Padahal mereka bukanlah para sufi, hanya insan biasa seperti kita X__X
Macamana kalau dah berkahwin dan beranak pinak?? kalau anak nak minta tunjuk ajar, tidak malukah anda sebagai ayah@ibu si anak tapi tidak tahu, tidak mampu untuk mengajar anaknya sendiri.. Ingatlah, ibubapalah idola si kecil, kan melentur buluh biarlah dari rebungnya ^___^
semua insan itu tidak sempurna tapi sentiasalah berusaha memperbaiki diri.. contahnya, jika anda gagal, takkan selama-lamanya anda ingin kegagalan tu sebati dengan diri kan?
nota coklet: renungan untuk diri sendiri juga^^
Posted by syuwai at 3:52 PM 3 insan doakan kebahagiaanku
Labels: Tazkirah
Saturday, August 20, 2011
I Had L0st it ??!!
hai everyone... ^__^
LOST?? and LOSE??
yup, I had lost my bl0gging passion.. cam someone give it back?? X(
should I change design of my bl0g?? but not pro to do it..sobsobsob
urggghh... Im felt like fedup with my own bl0g.. my idea also like bloked!.. demmm
like the colour and the enjoy of bl0gging were dissapere dont know where and why! X____X
nota coklet: sincerely, the blur blogger
Posted by syuwai at 2:54 PM 1 insan doakan kebahagiaanku
Labels: blur
PEMENANG GA : LET'S GO GREEN. SAVE THE EARTH!
Asslamualaikum korang.. pertama-tamanya aku nak minta maaf banyak-banyak sebab kekangan masa dan beberapa masalah kerja dan peribadi telah membuatkan aku terabaikan giveaway ni.. owner bl0g yang pacal dan hina ni nak memohon beribu kemaafan pada peserta-peserta yang join giveaway ni.. tolonglah jangan kecil hati ea, sebenarnya aku pun kecewa dengan keadaan bl0g aku ni, mungkin bl0g ni pun kena beri nafas baru >.<
Posted by syuwai at 2:01 PM 9 insan doakan kebahagiaanku
Labels: Giveaway
Friday, August 19, 2011
Jawatan Kosong di UiTM
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
2. PEGAWAI REKOD PERUBATAN
3. WARTAWAN/PENULIS SKRIP
4. PEMBANTU REKOD PERUBATAN
5. KERANI
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
7. PEMBANTU AM PEJABAT
KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN
Posted by syuwai at 9:41 AM 1 insan doakan kebahagiaanku
Labels: Jawatan Kosong, Jerja Kosong
Wednesday, August 17, 2011
Wordless Wednesday #6
Posted by syuwai at 11:33 AM 1 insan doakan kebahagiaanku
Labels: Wordless Wednesday
Friday, August 12, 2011
Kelebihan Solat Jumaat
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Namun, Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
nota coklet: yang lelaki-lelaki tu dah solat jumaat ke???
Posted by syuwai at 3:26 PM 1 insan doakan kebahagiaanku
Labels: Agama, Jumaat, S-inf0 o.0
Tuesday, August 9, 2011
Taip sampai lebam !
hubungan semakin erat..
Puasa oh puasa..
rindu~~
bersendirian??
aku dapat mimpi aneh??
bahagiakah??
musuh dalam selimut.. bahaya! danger!
Dugaan lagi?
fikiran berkecamuk
O0opsss?? bocor la pulak.. ishk!
terimakasih kerana setia!
sayang kamu semua...sobsobsob :'(
maafkan kekhilafan diri ini >.<
buat pertama kalinya...
malu XD
Alhamdulillah...
itu ja aku mampu ungkapkan..
Lega, lega dan lega..
syukurlah akhirnya dia berjaya meneruskan hidup ini dengan bahagia
menunggu sesuatu yang tidak pasti??
terus menunggu?
percubaan seterusnya..
permudahkanlah urusanku..
amin~~
nota coklet: ntah apa aku mencarut ni.. XD mungkin sepanjang yang berlaku selama 3 minggu ini ^__^
Posted by syuwai at 2:30 PM 2 insan doakan kebahagiaanku
Labels: s-st0ry
Friday, August 5, 2011
32 Kalimah Yang Paling Berharga
أعظم كلمة هي : الله
1-Kalimah paling agong adalah ALLAH
أصعب كلمة هي : الكمال
2-Kalimah yang paling payah adalah Kesempurnaan.
أعمق كلمة هي : النفس
3-Kalimah yang paling mendalam adalah Jiwa atau Diri.
أطول كلمة هي : الأبدية
4-Kalimah yang paling panjang adalah Abadi.
أقوى كلمة هي : الحق
5-Kalimah yang paling berkemampuan adalah Kebenaran.
أوسع كلمة هي : الصدق
6-Kalimah yang paling luas adalah Kebenaran.
أرق كلمة هي : الحب
7-Kalimah yang paling Indah adalah Cinta.
أعز كلمة هي : الأمل
8-Kalimah yang paling mulia adalah Cita-Cita.
أسرع كلمة هي : الوقت
9-Kalimah yang paling cepat adalah Waktu.
اقرب كلمة هي : الواقع
10-Kalimah yang paling dekat adalah Kenyataan.
أفضل كلمة هي : المساواة
11-Kalimah terbaik adalah Persamaan.
أعف كلمة هي : العاطفة
12-Kalimah yang paling dimaafi adalah Kasih Sayang.
أحسن كلمة هي : الوفاء
13-Kalimah yang terbaik adalah Kemaafan.
أقسى كلمة هي : القسوة
14-Kalimah yang paling sukar adalah Kekerasan.
أدوم كلمة هي : الذكرى
15-Kalimah yang paling kekal adalah Zikir.
أغلى كلمة هي : الأم
16-Kalimah yang paling mahal adalah Ibu.
أبهج كلمة هي : النجاح
17-Kalimah yang paling membahagiakan adalah Kejayaan.
اقرب كلمة هي : الآن
18-Kaling yang paling dekat adalah Sekarang.
أقبح كلمة هي : الخطأ
19-Kalimah yang paling dibenci adalah Salah.
أجمل كلمة هي : التوبة
20-Kalimag yang paling cantik adalah Taubat.
أحلى كلمة هي : السلام
21-Kalimah yang paling manis adalah Salam.
آخر كلمة هي : الموت
22-Kalimah yang terakhir adalah Mati.
أفضل الانتقام هو : الغفران
23-Sebaik-baik dendam dan balasan adalah Kemaafan.
أحر نار هي : نار الشوق
24-Api yang paling panas adalah Perasaan Kerinduan.
أعظم كنز هو : الفضيلة
25- Khazanah yang paling berharga adalah Fadhilat.
أقوى العذاب هو : الضمير
26-Azab yang paling dahsyat adalah Jiwa.
أنقى الحب هو : حب الله
27-Cinta yang paling Murni adalah Cinta Kepada Allah SWT.
ابلغ اللغات هي : الدموع
28-Bahasa yang paling difahami adalah Tangisan.
أجمل ما في الطفل : البراءة
29-Sesuatu yang paling indah semasa kanak-kanak adalah apabila tidak melakukan dosa.
أجمل ما في الليل : الهدوء
30- Malam yang paling Indah adalah Malam yang dipenuhi dengan ketenangan.
أقوى اللغات هي : لغة الصمت
31-Bahasa yang paling bertenaga adalah apabila anda dapat mendiamkan diri.
أدوم حب هو : حب الأم
32-Cinta yang kekal abadi adalah Cinta Seorang Ibu.
nota coklet: sharing is caring ^___^
Posted by syuwai at 9:14 AM 1 insan doakan kebahagiaanku
Labels: S-inf0 o.0
Wednesday, August 3, 2011
Puasa Penuh Bersama Pc
saya berpuasa penuh masa kecik2x dulu kerana ...
> umi dgn babah suruh puasa. Siapa puasa penuh msti dpt lebih kasih syg~ ^____^
> sepa puasa penuh dpt duit raya extraaaa~~ haha
> hebatlah sepa2x yg puasa full tu, boleh bangga dgn kawan2x..ahaks! *buruknya perangai..lalalala~
Posted by syuwai at 7:55 PM 0 insan doakan kebahagiaanku
Monday, August 1, 2011
Salam Ramadhan
Posted by syuwai at 11:35 AM 3 insan doakan kebahagiaanku
Labels: S-inf0 o.0, s-st0ry
Thursday, July 28, 2011
Wednesday, July 27, 2011
Wordless Wednesday #5
nota coklet: btw comeyy nya tulisan hang.. XD
Posted by syuwai at 10:46 AM 7 insan doakan kebahagiaanku
Labels: s-st0ry, Wordless Wednesday
Monday, July 25, 2011
zinedine zidane VS ayahku
Ayah
Kerut kulit mu lembut menyentuh kalbu
Rambut putihmu memancarkan sinar kedamaian
Keras suaramu memberi ku kekuatan
Lemah tubuhmu membangkitkan semangat untuk mengabdi
Kemarahanmu adalah jiwaku
Petuahmu adalah jalan lurusku
Kau adalah ilham dalam hidupku
Kau adalah pembimbing spiritualku
Jika mungkin ku terlahir kembali
Ku ingin kau jadi ayahku lagi.
Selamat hari jadi, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amiinnn~~
eh, apa kaitan zinedine zidane dalam entri ni?? sesaja nak melibatkan dia sebab brthday dorang jatuh pada hari yang sama [23 July] =) *muehehehe
oh ya, selamat hari jadi juga buat my brother [21 July]
nota coklet: monday day = blues day >.<
Posted by syuwai at 3:07 PM 9 insan doakan kebahagiaanku
Labels: s-st0ry
Sunday, July 17, 2011
Nasihat untuk Kaum Hawa
sumber : KLIK
nota coklet: selamat berhujung minggu dan selamat bekerja *bg sesiapa yg kerja la..hohoh
Posted by syuwai at 11:01 AM 17 insan doakan kebahagiaanku
Labels: S-inf0 o.0
Saturday, July 16, 2011
Segmen Kenal Blogger Sampai Juling
Posted by syuwai at 11:22 AM 5 insan doakan kebahagiaanku