Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Mendapat Ketenangan dengan mengingati-Nya

Assalamualaikum (selamat sejahtera ke atas kamu semua)..

Penyakit hati seperti PHD (perasaan hasad dengki), dendam, iri hati, yakni kegelisahan hati adalah berpunca dari jiwa yang tiada ketenangan. Ada yang mencari ketenangan dengan bersukan, yoga, melancong, melukis dan ada juga yang memilih jalan songsang dengan pergi ke kelab, mengambil minuman beralkohol atau mengambil dadah.

Walau bagaimanapun, hati mereka yang beriman itu akan sentiasa berasa tenang dan tenteram kerana sentiasa mengingati Allah. Dengan sembahyang hati terasa sedang mengadu dan merintih kepada Allah s.w.t. Seperti sabda baginda,"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang". (Hadis riwayat Al-Nasa'ei).


Allah juga berfirman; "Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (al-Ra`d:28)


Maka itulah bezanya mereka yang mendirikan dan meninggalkan solat. Oleh itu, janganlah sesekali terasa berat menunaikan solat kerana banyak manfaat yang diperolehi.

Firman Allah lagi "Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan mereka bersama keimanannya. Kepunyaan Allah tentera langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (Surah al-Fathu ayat 4).


dan lagi "Adakah kamu menyangka, kamu akan masuk syurga sahaja dan tidak akan datang (malapetaka) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang amat sangat dan mereka gementar (ketakutan) sehingga berkata rasul dan orang yang beriman bersamanya: Bilakah tibanya pertolongan Allah? Ingatlah, bahawasanya pertolongan Allah itu hampir tiba." (Surah al-Baqarah ayat 214).


Janganlah masa susah sahaja kita terduduk dan merintih kepada Allah.. Ingatlah, dia itu maha adil dan mengetahui. Kesenangan itu juga adalah antara dugaan yang diturunkan untuk menguji kesetiaan keimanan dan kasihmu pada penciptamu.


Allah berfirman "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus 57)


Membaca al-Quran & berzikir antara cara lain mengingati-Nya









nota coklet: Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka yang telah ada.

Friday, October 28, 2011

Zaman sudah berubah

Assalamualaikum semua.. Selamat pagi dan selamat hari Jumaat, selamat hari yang mulia..hehehe panjang mukadimahku di hari Jumaat tu.. Sebenarnya saja mau exercise jari jemari manaip ;p

Keadaan sekeliling makin berubah dari hari ke hari kan tapi masih ada juga yang tidak berubahkan...heee Zaman, dunia, keadaan@suasana berputar-putar mengikut perubahan sang manusia..

Yayaya..begitu juga diri ini yang menginginkan perubahan pada yang lebih baik.. Cukuplah risaukan hal-hal yang tidak mendatangkan faedah pada diri sendiri tu.. Walaupun sebenarnya kita tahu sesuatu tu tapi lebih baik kita berdiam diri sebab itu bukan hal kita juga kan..

Tapi kalau ada yang memerlukan pertolongan dan diri ini mampu,saya akan cuba sedaya upaya.. Jadi jangan buang saya dari hidup anda ya..

Published with Blogger-droid v1.6.9

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat