Wednesday, November 16, 2011

Kesian.. kecil-kecil lagi sudah tertekan!

“SERONOKNYA jadi kanak-kanak, tiada masalah yang perlu difikirkan, pasti tidak tertekan.” Mungkin anda pernah mendengar atau anda sendiri yang meluahkan ayat sebegitu.

Ramai beranggapan, menjadi kanak-kanak sesuatu yang menyeronokkan kerana tidak perlu berfikir mengenai sesuatu yang berat dan hanya bermain dan berseronok.

Namun hakikatnya sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mengalami tekanan emosi, malah bayi juga tidak terlepas menghadapi masalah sama.

Lebih membimbangkan, jika masalah itu tidak diatasi lebih awal, mereka mungkin mengalami masalah mental apabila dewasa kelak.

teruskan bacaan di sini => KLIKLIKLIK [anda hebat jika baca hingga habis]


***************

Hidup ini tidak selalunya cerah, kadang kala badai akan datang dalam kehidupan kita.. Kehidupan kita seperti cuaca, sentiasa berubah dan tidak dijangka. Mesti korang pernah rasa tertekankan? Tekanan itu boleh diatasi dengan positif tapi boleh juga berubah menjadi negatif jika kekuatan psikologi diri tu kurang..

Aku akui pernah terasa seperti mahu menamatkan riwayat hidup ni walaupun masa itu umur masih mentah dan belum akil baligh lagi.. biasalah, budak-budak..otak tu masih kosong lagi..hee

kesan tertekan tu buatkan aku menjadi pemendam dan perahsia tapi luaran of course lah seorang yang ceria macam astro ceria tu..hikhikhik.. sometimes tu, bila aku dilanda sesuatu masalah, aku rasa macam berat sangat..yup, dari dulu lagi.. Kalau tertekan mesti korang akan rasa begitu tu=) mahu meluahkannya pun susah, mulut tu macam berat gila.

tapi kalau terluah masalah tu, confirm rasa ringan sikit kepala.. jadi kalau tertekan, carilah seseorang yang anda percayai untuk berkongsi rasa. Ini jarang aku amalkan sebab aku lebih suka pendam-pendam..hee

selain tu, kalau masa tension, jangan terburu-buru buat keputusan.. tenangkan diri tu dulu. Pastikan otak tu kembali normal dulu ^__^

syukurlah sampai sekarang aku belum sampai tahap tidak normal tapi kurang nomal itu mungkin XD

tapi aku bersyukur bukan seorang pendendam yang tegar. Macamana pun kejam seseorang tu aku masih boleh kasi maaf misalnya bila dia mengeluarkan kata-kata keramat @ magic words.. bukanlah mentera macam dalam cerita Harry Potter tu, tapi p'kataan macam "saya minta maaf".. sejuk terus jantung =) but memaafkan tu boleh. melupakan tu sukar @,@




nota coklet: kadang kala bukan niat kita untuk berahsia tapi tidak bersedia/yakin/tahu untuk menceritakan perkara sebenar.. X(

0 insan doakan kebahagiaanku:

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat