Assalamualaikum korang..
#entri ini untuk diri sendiri juga#
Hari ni nak berceloteh pasal membaca.. Membaca, adakah anda pandai membaca?? Heii.. bukan membaca A B C tu lah.. tapi membaca ا, ب, ت. Anda mampu membaca tulisan jawi atau pun kitab suci kita Al-Quran?? ada yang memberi jawapan, aku tak pandai atau Aku tidak lancar dan bermacam-macam lagi alasan tapi peliknya bahasa lain mampu dihafalnya atau dipelajarinya. Pelik bukan??
sedangkan Rasulullah pun semasa wahyu pertama diturunkan Jibrail berkata,"Iqra, bermaksud bacalah" dan Nabi menjawab "aku tak tahu membaca". Benar! Pada masa itu Rasulullah tidak tahu membaca tapi baginda mempelajarinya. Mesti korang akan cakap, itu Nabi, kita ni orang biasa tapi kan sudah ramai orang biasa yang mampu menghafaz al-Quran.. yup, bukan setakat pandai membaca malah mereka mampu menghafal bait-bait surah Al-Quran itu.. Padahal mereka bukanlah para sufi, hanya insan biasa seperti kita X__X
sedangkan Nabi pun belajar membaca...
Macamana kalau dah berkahwin dan beranak pinak?? kalau anak nak minta tunjuk ajar, tidak malukah anda sebagai ayah@ibu si anak tapi tidak tahu, tidak mampu untuk mengajar anaknya sendiri.. Ingatlah, ibubapalah idola si kecil, kan melentur buluh biarlah dari rebungnya ^___^
semua insan itu tidak sempurna tapi sentiasalah berusaha memperbaiki diri.. contahnya, jika anda gagal, takkan selama-lamanya anda ingin kegagalan tu sebati dengan diri kan?
banyak kelebihan membaca al-Quran dalam bulan ramadahn ni ^^
nota coklet: renungan untuk diri sendiri juga^^
3 insan doakan kebahagiaanku:
betul tu.. sy pun tak pandai2 lg.. skrg ni pun sy masuk kelas mengaji.. belajar balik dr basic...
kalau kenal huruf senang je baca ..
tak tau boleh belajar, tapi kalau malas memang banyak la alasan
Post a Comment