Wednesday, December 1, 2010

petua2x bagus puNya o.0

1.Petua hilangkan kesan tumpahan kopi pada baju
Tuangkan sedikit air yang mendidih pada kesan kotoran, sapukan campuran air dan serbuk penaik.Biarkan seketika, cuci seperti biasa

2.Petua- petua mengelakkan beras diserang hama
a – masukkan beberapa helai daun limau purut ke dalam simpanan beras
b – masukkan beberapa tangkai daun belimbing yang telah dibersihkan dan dikeringkan ke dalam simpanan beras
c – masikkan 3- 6 tangkai lada kering ke dalam simpanan beras.

3.Petua hilangkan bau hanyir ayam
Selepas ayam dipotong dan dibersihkan, perap ayam tersebut beberapa minit dengan garam, asam jawab dan sedikit tepung gandum.
Kemudian cuci hingga bersih. Masak seperti biasa.

4.Petua bekukan agar-agar dengan lebih pantas
Sejukkan loyang acuan di dalam peti sejuk ada bahagian beku. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar didalamnya dan biarkan beku seperti biasa.

5.Petua kilatkan cermin tingkap
Ambil kertas suratkhabar, celupkan ke dalam air dan gosoklah pada cermin sehingga kering.

6.Petua merahkan bibir yang kusam
Ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu dibibir pada waktu malam.

7.Petua untuk bersihkan warna yang telah luntur
Ambil beberapa helai daun betik dan rebus dengan air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan pakaian tersebut dan rendam semalaman. Kemudian cuci seperti biasa, anda akan dapati kesan warna yang bertompok dan luntur akan hilang.

8.Petua cegah ulat pada pokok
Tumbuk bawang putih 3 atau 4 ulas dan campurkan air sabun sesudu besar. Kemudian campur minyak masak sebanyak sesudu.
Semburkan campuran tersebut pada pada pokok.

9. Petua hilangkan bau botol atau balang
Mula-mula cuci bersih botol tu dan keringkan. Masukkan arang yang telah dibersihkan dan tutup botol dengan rapat. Biarkan selama 2 jam. Apabila bau dah betul-betul hilang, lapkan botol dengan kain kering yang bersih.

10.Petua maniskan buah tembikai
Rendamkan tembikai di dalam air garam selama lebih kurang 4 jam.
Lepas tu boleh lah dimakan seperti biasa.

11.Petua tajam kan mata pengisar
Ambilkan segenggam garam dan masukkan dalam pengisar, kisar garam tersebut untuk beberapa minit.
Amalkan sebulan sekali.

12.Petua kembalikan seri cawan dan teko
Rendamkan ke dalam air suam yang dicampur garam dan limau nipis lebih kurang 20 minit

13.Petua wangikan nasi yang berbau hangit
Ambil beberapa biji cili padi dan cucukkan hujungnya ke permukaan nasi dan tutup periuk. Biarkan seketika sehingga cili padi layu.

14.Petua putihkan gigi
Bakar beberapa helai daun kelapa kering, ambil abunya dan gosokkan pada gigi.Lakukan berulangkali dan gigi akan kelihatan putih berkilat.
Ada berani??

15.Petua kilatkan kuku
Ambil sedikit serpihan bata dan asah sehingga keluar habuk-habuknya.
Gosok habuk tersebut ke atas kuku sehingga kuku kelihatan berkilat.

16.Petua bersihkan ketiak
Sapukan kapur sirih rata-rata pada bahagian ketiak, biarkan kering. Hasilnya bulu ketiak akan lebih senang dicabut , selain itu kapur sirih dapat mematikan kelenjar yang merangsang pertumbuhan bulu ketiak .

17.Petua haluskan kulit wajah
Bancuhkan air asam jawan, sesudu tepung ubi dan air. Kacau hingga pekat. Pupurkan pada muka yang telah dibersihkan sebelum tu. Biarkan hingga kering lebih kurang 15 -20 minit. Bilas dengan air bersih.

18.Petua cantikkan rambut
Ambil secekak kangkung, bersihkan. Masukkan ke dalam bekas bersama 6 sudu air suam, ramaskan kangkung hinggak mengeluarkan lendir. Sapukan lendir itu pada seluruh rambut dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih.

19.Petua-petua elak urat timbul pada kaki bagi ibu mengandung
a – tinggikan kaki daripada kepala semasa tidur
b – rendam kaki ke dalam air suam selama 10 minit setiap pagi
c – mengurut urat-urat kaki dengan minyak perlahan-lahan setiap hari
d – gosokkan beberapa ulas bawang putih pada urat yang timbul

20. Petua hilangkan bau pada botol atau balang
Mula-mula cuci bersih botol tu dan keringkan. Masukkan arang yang telah dibersihkan dan tutup botol dengan rapat. Biarkan selama 2 jam. Apabila bau dah betul-betul hilang, lapkan botol dengan kain kering yang bersih.

try2xla  N selamat mencuba...


0 insan doakan kebahagiaanku:

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat