Nini berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Nini seorang yang penuh denagn misteri. Ibunya seorang usahawan kecil-kecilan namun atas kegigihannya perniagaannya mulai bertambah maju, manakala ayahnya telah pun meninggal dunia sejak dia kecil. Tinggal lah Nini dan ibunya berdua. Ibunya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Nini berjaya di dalam pelajaran.
Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Nini mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
Suatu petang ibuanya memanggil Nini. "Ibu sangat bangga dengan pencapaian engkau, Nini, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang pelajaranmu nak?"
Nini tersenyum dan berkata "Saya hanya nakkan sekeping pembalut hadiah ibu."
Ibunya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya sekeping pembalut hadiah untuk anaknya.
Oleh kerana keputusan Nini yang cemerlang, dia diberikan biasiswa oleh Petronas dan berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di university terkemuka di Malaysia. Ibunya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Nini mahukan. Nini masih tetap mahukan sekeping pembalut hadiah. Ibunya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Nini sekeping pembalut hadiah.
Semasa di university, Nini berjaya dan terus berjaya dan dia telah mendapat anugerah sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya namun dia masih tetap mahukan sekeping pembalut hadiah dari ibunya.
Ibunya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang betul, tetapi masih berbangga.
Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah hospital yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Ibu Nini semakin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Nini hendak. Namun, Nini masih tetap mahukan pembalut hadiah.
"Kau ni, asyik-asyik pembalut hadiah! Sudah!! Perniagaan Ibu makin maju dan ibu hadiahkan kau sebuah kereta Mini Cooper S Clubman".. Ibunya tahu bahawa Nini amat menggemari kereta tersebut kerata pernah terlihat Nini mengumpul gambar-gambar kereta mini cooper.
Namun, Nini tetap gembira dengan pemberian ibunya tanpa banyak soal.
Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk test drive keretanya. Malangnya, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 7 dan dimasukkan ke ICU.
Ibu Nini amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.
Semasa di ICU, ibunya menjaga Nini dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Nini tiada harapan untuk sembuh, lalu Nini mengeluarkan kesemua pembalut hadiahnya dan menyerahkan pada ibunya.
"Ibu... ambillah pembalut hadiah yang saya simpan ni...." kata Nini yang dalam kesakitan.
"Nini, selama ni asyik minta pembalut hadiah aje, kenapa?" kata ibunya
"Sebenarnya ada misteri disebalik pembalut hadiah ini..." kataNini
"Apa dia ?" tanya ibu Nini
Tetapi belum sempat Nini memberitahu misterinya, Nini menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Ibu Nini menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.
Apakah misteriya? Anda nak tau????
*
*
*
*
*
*
*
ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Pembalut Hadiah dan akan menjadi misteri selamanya.
miahahahahahaha~
sekian~
p/s ~ dapat ilham dari s0me0ne yang kreatif..
~ selamat bekerja.. <<--untuk diri sendiri juga..hehe
2 insan doakan kebahagiaanku:
cheh.. haha.. ia2 baca sebab nak tahu.. :DD
@ y-a-n-a
hehehe... ;p
Post a Comment