Friday, March 30, 2012

Bercucuk Tanam di TV?

Assalamualaikum dan salan salam sejahtera:)



Dulu demam angry bird, lepas tu plant vs zombie.. sekarang pula demam tv farm..hehe baru mau mula main game tv farm ni.. aku mesti dapatkan 1st (bintang emas) baru teruskan ke next round..haha tapi kalau susah sangat, aku akan ke next round dulu.. ;p







nota coklet: best game ni.. boleh buat sakit jantung juga macam plant zombie tu..haha

Thursday, March 29, 2012

Jauhi 7 Perkara Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^___^



"Jauhilah tujuh dosa besar:
1.Menyekutukan Allah
2.Sihir
3.Membunuh jiwa manusia yang Allah haramkan kecuali dengan haknya
4.Makan riba
5.Makan harta anak yatim
6.Melarikan diri kala berkecamuknya perang
7.Menuduh wanita-wanita mukminat melakukan perbuatan zina"
[HR. Bukhari dan Muslim] 






nota coklet: bilalah RM88 keluar ni..hehehe ;p

Wednesday, March 21, 2012

Mendapat Ketenangan dengan mengingati-Nya

Assalamualaikum (selamat sejahtera ke atas kamu semua)..

Penyakit hati seperti PHD (perasaan hasad dengki), dendam, iri hati, yakni kegelisahan hati adalah berpunca dari jiwa yang tiada ketenangan. Ada yang mencari ketenangan dengan bersukan, yoga, melancong, melukis dan ada juga yang memilih jalan songsang dengan pergi ke kelab, mengambil minuman beralkohol atau mengambil dadah.

Walau bagaimanapun, hati mereka yang beriman itu akan sentiasa berasa tenang dan tenteram kerana sentiasa mengingati Allah. Dengan sembahyang hati terasa sedang mengadu dan merintih kepada Allah s.w.t. Seperti sabda baginda,"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang". (Hadis riwayat Al-Nasa'ei).


Allah juga berfirman; "Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (al-Ra`d:28)


Maka itulah bezanya mereka yang mendirikan dan meninggalkan solat. Oleh itu, janganlah sesekali terasa berat menunaikan solat kerana banyak manfaat yang diperolehi.

Firman Allah lagi "Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan mereka bersama keimanannya. Kepunyaan Allah tentera langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (Surah al-Fathu ayat 4).


dan lagi "Adakah kamu menyangka, kamu akan masuk syurga sahaja dan tidak akan datang (malapetaka) kepadamu seperti yang telah datang kepada orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemiskinan dan kemelaratan yang amat sangat dan mereka gementar (ketakutan) sehingga berkata rasul dan orang yang beriman bersamanya: Bilakah tibanya pertolongan Allah? Ingatlah, bahawasanya pertolongan Allah itu hampir tiba." (Surah al-Baqarah ayat 214).


Janganlah masa susah sahaja kita terduduk dan merintih kepada Allah.. Ingatlah, dia itu maha adil dan mengetahui. Kesenangan itu juga adalah antara dugaan yang diturunkan untuk menguji kesetiaan keimanan dan kasihmu pada penciptamu.


Allah berfirman "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". (Yunus 57)


Membaca al-Quran & berzikir antara cara lain mengingati-Nya









nota coklet: Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka yang telah ada.

Tuesday, March 20, 2012

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !


Assalamualaikum readers! ;)

Nak join segmen bro beng ni..hehe siapa nak join sekaki jom KLIK header bro tu..

Blog ni mengisahkan tentang apa yang pancaindera ku pernah lalui. Jadi berkongsi bersama pembaca di belog ;)

Kenapa berbelog? Mula-mula tu pasal nak berkongsi drama korea terbaru..hee tapi sekarang nak berkongsi apa yang aku tahu.. maksudnya apa yang pancaindera aku lalui tu lah.. Menggunakan anugerah yang Allah berikan tu. Alhamdulillah~ ^___^

Perkahwinan, bersediakan anda?

Asslamualaikum..

Acap kali kita mendengar pekahwinan itu bukan mainan. Yup, thats right! Aku pun sependapat dengannya. Perkahwinan ini bukan percubaan, bukan untuk setahun dua, but for the rest of our life. Manusia mana yang mahukan rumahtangga hanya bertahan untuk beberapa jam, hari, bulan, tahun? Hanya binatang bertindak begitu kerana tidak dikurniakan akal fikiran. Melainkan ada artis-artis barat yang menginginkan publisiti. Memang masuk ke alam perkahwinan ini tidak mudah, namun sampai bila ingin hidup bersendirian tanpa peneman yang mana hanya nyawa sahaja yang memisahkannya.

Wahai para lelaki, bersediakan anda memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga? Ingatlah lepas akad dilafazkan, ia bukanlah sekadar lafazan.. namun perjanjian kepada Allah untuk membimbing keluargamu. Bersediakah anda memikul dosa-dosa isteri dan anak-anak mu?dan wahai para wanita.. bersediakan anda menjadi seorang isteri dan ibu untuk anak-anak mu. Bukan setakat di dunia sahaja kita kena bersedia dalam memasuki alam perkahwinan.



Ada enam syarat bagi semua pernikahan yang bahagia. Pertama adalah kesetiaan, yang lima selebihnya adalah keyakinan






nota coklet: Tidak ada hal yang lebih mulia atau terhormat daripada pasangan yang saling menjaga rumah tangga mereka sebagai suami isteri, disegani oleh musuh-musuh mereka, dan disukai oleh sahabat-sahabat mereka

Wednesday, March 14, 2012

Percayakah anda pada bomoh?

Assalamualaikum to readears ;)


adakah anda termasuk dalam golongan yang percaya pada bomoh atau seperti diriku yang langsung tidak percayakan pada para bomoh. Maaf ya kalau ada bomoh-bomoh yang terasa dengan entri ini ;p

Kita memang perlu percaya pada kewujudan perkara ghaib tapi mesti berlandaskan 3 sumber ini, iaitu al-Quran, hadith dan fitrah kejadian alam (sunatullah). Tanpa 3 sumber rujukan tadi, boleh memesongkan akidah seseorang misalnya percaya pada tilikan-tilikan.

Allah ada berfirman dalam surah al-Naml ayat 65 yang bermaksud : "Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" dan Nabi juga bersabda “Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tenung, lalu mempercayai ramalannya (ghaibnya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi SAW”

sunatullah adalah ramalan hukum alam yang boleh dipercayai, misalnya diramalkan esok akan hujan berdasarkan kepulan awan yang berlaku di Malaysia yang dilihat melalui satelit. Oleh itu, barangsiapa yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib yang sebenarnya, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia.

Kebiasaannya bomoh menggunakan sihir dan meminta bantuan para jin. contohnya pertama dalam penggunaan tangkal. Abdullah Bin Mas’ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud – Menurut Syeikh Albani : Hasan)

Sihir termasuk ke dalam syirik atas dua sebab, iaitu:

->Sihir pasti menggunakan khidmat syaitan dan tukang sihir sangat tergantung kepadanya malahan sampai ke peringkat mesti menurut kehendaknya dan melakukan apa yang disukainya.
->Dalam amalan sihir terdapat dakwaan mengetahui perkara ghaib padahal yang dapat mengetahui perkara ghaib hanya Allah S.W.T.


Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (marfu’) :


مَنْ عَلَقَ تَمِيْمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.

Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za’faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.

"Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut." -http://rubbertapperz.blogspot.com

Rasulullah s.a.w. bersabda :


مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )



*dihasilkan berdasarkan rujukan dari http://mediasiber.com & http://rubbertapperz.blogspot.com




nota coklet: aku tidak mempercayai bomoh @ dukun ni tapi aku percaya pada para orang alim dan perubatan Islam ;) 

Tuesday, March 13, 2012

Amal seseorang bergantung pada niatnya

Assalamualaikum dan salam ceria..

sesungguhnya amal seseorang bergantung pada niatnya. Oleh itu setiap yang kamu lakukan dan perkata mustahil tanpa sebarang niat tapi pastikan niat itu mendatangkan pahala pada diri sendiri juga. ;)


"Sesungguhnya amal perbuatan seseorang itu tergantung niatnya. Dan setiap orang dinilai sesuai denga niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya demi Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah demi Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang dikejarnya atau wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan niat hijrahnya" (HR. Bukhari-Muslim) 






nota coklet: berhijrah kerana Allah adalah lebih molek bukan? ^____^

Monday, March 12, 2012

Akulah sasterawan itu!

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin.. ;)


Tajuk tak boleh blah..wakakaka  aku bukanlah seorang sasterawan dan aku bukanlah penulis buku di atas..hehe cuma pernah terlintas di sudut benakku ingin menjadi seorang karyawan, sasterawan..hekhekhek ;p

Bidang seni-seni ni memang aku minat tapi bahagian mengarya macam buat puisi, cerpen, camtu lah..hehe masa sekolah dulu memang mau masuk aliran sastera tapi masa sekolah menengah termasuk la pulak aliran sains.. pastu masa form 6 masuk course economics XD

Terimakasih pada guru bahasa Melayu yang banyak memberi tunjuk ajar dalam bidang penulisan dan puisi disepanjang waktu pembelajaran ku sebagai seorang budak sekolah. Masa sekolah rendah tu cikgu b.Melayu suruh aku join pertandingan sajak, jadi aku follow ja.. dia ajar cara bersajak, jadi start dari situ aku jatuh cinta dengan puisi-puisi terutamanya sajak..

Masa darjah 6 aku mula mencipta sajak sendiri dan menghatar nukilan aku tu pi RTM.. dapatlah rm50 @ rm100.. tidak ingat tapi yang aku pasti 1 puisi akan diberi rm50 dan bukan senang-senang nak dapat duit tu tau kena tunggu paling kurang dalam 3bulan tidak silap sebab dorang mau cek samada itu karya asli :original atau ciplak terlebih dahulu.dan seingatku hanya menghantar 2 @ 1 puisi. Bermulanya Form 1 aku cipta puisi bagi menggantikan dairi. Dairi ni senang orang baca tapi kalau buat puisi, susahlah sikit nak faham, ye dak? ;p

waktu persekolahan tu pernah juga aku ikut pertandingan cerpen dan dapat tempat pertama.. masa tu nak dekat exam, hasilnya fail 1 subjek..kehkehkeh tapi subjek tu tidak penting sangat pun. subjek Nahu if Im not mistaken..hoho *sukasuki ja cakap x penting..kehkehkeh Nahu ni ilmu linguistik, belajar dalam bahasa Arab.

Pernah juga join Malaysia Book of Record yang baca puisi panjang tu, none stop yang disertai oleh para pelajar dai pelbagai sekolah.. syarahan aku minat gak, tapi aku ikut contest kalau disuruh sahaja.. mau harapkan volunteer?? jangan harap la..hahaha paling aku kurang gemar syair dan pidato. Mungkin sebab hasil dari paksaan mengebabkan aku jadi trauma dengannya.. I hate being force!






nota coklet: sekarang aku jadi sasterawati juga tapi dalam belog seja..hehehehe

Friday, March 9, 2012

Tabiat Mengejek & Mentertawakan Orang

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat..

escape solat Jumaat ka?? ;p hekhekhek.. jangan escape2x tau.. :nonono ..jom terus ke topik hari ini;


"Ya Musa, janganlah banyakkan percakapan, dan
janganlah berjalan tanpa kepentingan dan jangan
tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan. Dan
janganlah menempelak orang yang salah dengan dosa
kesalahannya, dan menangislah atas dosa-dosamu
sendiri wahai putera Imran."

Begitulah nasihat nabi Khidir kepada nabi Musa.. Jika ingin mengetahui tantang nabi Khidir boleh godek-godek di sini ya [KLIK]

ejek mengejek dan sikap saling mentertawakan antara manusia ini telah wujud sejak wujudnya manusia di muka bumi ini. Kebiasaannya hasil cetusan dari usik mengusik, bergurau senda dan tidak kurang juga dari perasaan iri hati a.k.a PHD! *perasaan hasad dengki*...



Dalam al-Quran turut menjelaskan beberapa keadaan dan salah satunya --> Jangan mengejek orang atau golongan lain <--
"Hai orang-orang yang beriman! Janganlah sekumpulan orang laki-laki mengejek ( menertawakan ) kumpulan yang lain. Boleh jadi ( yang diejekan ) itu lebih baik dari mereka ( yang mengejek ). Dan jangan pula sekumpulan wanita mengejek ( menertawakan ) kumpulan wanita lain. Boleh jadi ( yang diejekan ) itu lebih baik dari mereka ( yang mengejek ). Dan janganlah kamu suka mencela bangsamu, dan janganlah memanggilkan orang dengan gelaran ( yang mengandung ejekan )! Jahat sesudah beriman, itulah nama yang amat buruk! Siapa yang tiada berhenti dari kesalahannya, itulah orang-orang yang zalim," Al-Hujurat [49]: 11



seterusnya --> Mengejek orang beriman <--
"Kehidupan dunia ini indah kelihatannya dalam pandangan orang-orang yang tidak beriman dan mereka mengejek orang-orang yang beriman. tetapi orang-orang yang bertakwa itu di hari kiamat lebih tinggi dari mereka ( yang mengejek ). ALLAH memberikan rezeki kepada siapa yang disukai-Nya dengan tiada terbatas." Al-Baqarah [2]: 212


--> Bahaya Mengejek <--
"Sesungguhnya telah pernah beberapa Rasul diejekan sebelum engkau. Maka turunlah balasan ( azab ) menimpa orang-orang yang mengejekan itu apa yang diejekannya." Al-An'am [6]: 10


--> Mengejek orang yang bersedekah sedikit atau banyak <--
"Mereka mencerca orang-orang yang memberi sedekah dengan sukarela dan ( mencerca ) orang-orang yang tidak memperoleh, melainkan menurut tangganya, lalu mereka diejekan. Nanti ALLAH akan mengejek pengejek-pengejek itu dan mereka memperoleh siksaan yang pedih." Al-Baraah [9]: 79

--> Mengejekan bukti kebenaran <--
"Apabila melihat bukti kebenaran, mereka ejekan." As-Shaffat [37]: 14


Oleh itu, janganlah mudah merendah-rendahkan manusia lain. Hukum karma itu wujud, tidak ditunjukkan di dunia, di akhirat ada. :)



nota coklet: bergurau pun ada batasnya sebab kita tidak tahu mood seseorang samada pada masa itu dia boleh menerima gurauan itu atau tidak.

Thursday, March 8, 2012

Kita Berkenalan Boleh ??

Assalamualaikum ...



oleh sebab hp ku telah diformat bagi menyelamatkannya, maka semua yang telah ku install dalam hp itu sudah habis lesap! hukhukhuk.. sudahlah kos untuk memperbetulkannya tidak setimpal.. contact no., theme2x, game dan entah apa lagi, semuanya hilang sampai aku pun bingung jadinya. Betul-betul macam masa mula-mula beli hp ni dulu.. kosong~ >.<

Jadi kawan-kawan, kalau menghubungi sya, jangan pelik jika ku tanya siapa anda..hehe If mau sms/call sila sertakan nama, jantina, status dan biodata diri anda, jadi senanglah sya cam anda nanti..haha #okeyituakutipu!






nota coklet: esok nenek nak terbang gi umrah, kalau ada rezeki nanti nak pergi ke sana jua ^_____^

Wednesday, March 7, 2012

Roda Impian ... untuk Saya & Anda


Antara punca dirimu sentiasa bergelumang dengan dosa kerana sentiasa MELIHAT kesalahan dan dosa orang lain tanpa meneliti dan mengubah dosa diri sendiri. Dan kerana terlalu mengejar kesempurnaan di mata manusia lain kadangkala tidak menghiraukan hati manusia lain. Ingatlah kehidupan ini umpama roda, tidak semestinya kita sentiasa di atas atau di bawah. Kehidupan akan berputar mengikut keadaan bumi yang turut berputar pada paksinya.

Bumi ini umpama sebuah pentas yang luas dan manusialah yang menjadi para pelakonnya. Setiap yang dilalui ada pengalaman dan pembelajaran tersendiri, maka hargailah apa yang telah kamu lalui. Kita bukanlah makhluk yg maha mengetahui dan sempurna sebab itulah kita sentiasa perlu memperbaiki diri, memperbetul kesilapan. 

Bertanyalah jika tidak mahu tersesat jalan. Janganlah membawa cerita yang kebenaran cerita tersebut tidak diketahui kesahihannya. Dan janganlah kamu menjadi manusia yang mempunyai lidah bercabang kerana sifat tersebut hanya terdapat pada binatang yang tidak dikurniakan akal fikiran. Jadilah manusia yang mempunyai pendirian teguh, bukan umpama lalang yang hanya sentiasa mengikut arah angin itu bertiup. Jadilah seperti padi yang semakin berisi semakin tunduk dan kukuhkan pendirian seperti teratai di atas air.

Setiap perbuatan pasti ada balasannya mahupun baik ataupun sebaliknya dan hanya masa dan takdir dari-Nya yang menentukan samada balasan itu cepat atau lambat. Tidak kena pada kita namun keturunan-keturunan kita masih ada. 

sekian, Wallahualam~






nota coklet: tiba-tiba teringat pesanan my mum; jika kamu meluahkan masalahmu pada temanmu namun jiwamu masih / makin resah, maka jauhilah dia... *errmmm..ngantuk~ bilalah line celcom betul2x sembuh nii..grrrrrrrrrr

Monday, March 5, 2012

Mengapa kita mendoakan Nabi Ibrahim??

Assalamualaikum..

Mengapakan nabi Ibrahim ada disebutkan dalam solat? mengapa tidak nabi-nabi lain? Sebenarnya kesungguhan nabi Ibrahim menyebarkan dakwah dan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh telah mengangkat derajatnya di sisi Allah. Oleh sebab kesungguhan nabi Ibrahim menyampaikan dakwahnya, maka ibubapa baginda(Nabi Muhammad s.a.w) yakni Abdullah dan Aminah memegang ajaran Allah.

Bacaan tahiyat akhir[klik utk tumbesaran]

Maksudnya:-
 Segala ucapan selamat yang berkat - berkat (berganda - ganda) dan doa yang baik - baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atasmu wahai nabi dan Rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba - hamba Allah yang baik - baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.



Kesungguhan dan kebijaksanaan nabi Ibrahim turut disebutkan dalam al-Quran;

1.Surah Al-Baqarah disebut namanya sebanyak 15 kali.

2. Surah Ali Imran disebut namanya sebanyak 7 kali.

3. Surah An-Nisa’ disebut namanya sebanyak 4 kali.

4. Surah Al-An’am disebut namanya sebanyak 4 kali.

5. Surah At-Taubah disebut namanya sebanyak 3 kali.

6. Surah Hud disebut namanya sebanyak 4 kali.

7. Surah Yusuf disebut namanya sebanyak 2 kali.

8. Surah Ibrahim disebut namanya sebanyak 1 kali.

9. Surah Al-Hijr disebut namanya sebanyak 1 kali.

10. Surah An-Nahl disebut namanya sebanyak 2 kali.

11. Surah Al-Anbiya’ disebut namanya sebanyak 4 kali.

12. Surah Al-Anbiya’ disebut namanya sebanyak 4 kali.

13. Surah Al-Hajj disebut namanya sebanyak 3 kali.

14. Surah As-Syua’raa’ disebut namanya sebanyak 1 kali.

15. Surah Al-Ankabut disebut namanya sebanyak 2 kali.

16. Surah Al-Ahzab disebut namanya sebanyak 1 kali.

17. Surah As-Shaffat disebut namanya sebanyak 3 kali.

18. Surah Shad disebut namanya sebanyak 1 kali.

19. Surah As-Syura disebut namanya sebanyak 1 kali.

20. Surah Az-Zukhruf disebut namanya sebanyak 1 kali.

21. Surah Adz-Dzariyat disebut namanya sebanyak 1 kali.

22. Surah An-Najm disebut namanya sebanyak 1 kali.

23. Surah Al-Hadid disebut namanya sebanyak 1 kali.

24. Surah Al-Mumtahanah disebut namanya sebanyak 2 kali.

25. Surah Al-A’la disebut namanya sebanyak 1 kali.

...jika ingin membaca dakwah nabi Ibrahim boleh sambung membaca di sini [KLIK]






nota coklet: apa salahnya jika kita bertanya daripada terus membuat andaian sendiri.. malu @ sombong bertanya takkan sampai ke mana y'all... jika tahu diri tu telah membuat kesalahan adalah lebih baik membetulkan dahulu kesalahan itu sebelum membuat kesalahan baharu.

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat