Wednesday, March 14, 2012

Percayakah anda pada bomoh?

Assalamualaikum to readears ;)


adakah anda termasuk dalam golongan yang percaya pada bomoh atau seperti diriku yang langsung tidak percayakan pada para bomoh. Maaf ya kalau ada bomoh-bomoh yang terasa dengan entri ini ;p

Kita memang perlu percaya pada kewujudan perkara ghaib tapi mesti berlandaskan 3 sumber ini, iaitu al-Quran, hadith dan fitrah kejadian alam (sunatullah). Tanpa 3 sumber rujukan tadi, boleh memesongkan akidah seseorang misalnya percaya pada tilikan-tilikan.

Allah ada berfirman dalam surah al-Naml ayat 65 yang bermaksud : "Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" dan Nabi juga bersabda “Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tenung, lalu mempercayai ramalannya (ghaibnya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi SAW”

sunatullah adalah ramalan hukum alam yang boleh dipercayai, misalnya diramalkan esok akan hujan berdasarkan kepulan awan yang berlaku di Malaysia yang dilihat melalui satelit. Oleh itu, barangsiapa yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib yang sebenarnya, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia.

Kebiasaannya bomoh menggunakan sihir dan meminta bantuan para jin. contohnya pertama dalam penggunaan tangkal. Abdullah Bin Mas’ud berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Sesungguhnya jampi, tangkal dan pengasih adalah syirik. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud – Menurut Syeikh Albani : Hasan)

Sihir termasuk ke dalam syirik atas dua sebab, iaitu:

->Sihir pasti menggunakan khidmat syaitan dan tukang sihir sangat tergantung kepadanya malahan sampai ke peringkat mesti menurut kehendaknya dan melakukan apa yang disukainya.
->Dalam amalan sihir terdapat dakwaan mengetahui perkara ghaib padahal yang dapat mengetahui perkara ghaib hanya Allah S.W.T.


Daripada ‘Uqbah Bin ‘Aamir (marfu’) :


مَنْ عَلَقَ تَمِيْمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
Barangsiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya syirik-lah dia.

Antara bentuk tangkal cara baru umat Islam di Malaysia ketika ini adalah seperti meletakkan pisau atau gunting di bawah tilam bayi kononnya agar tidak diganggu, memakai cincin dan rantai atau tasbih kayu kokka dengan kepercayaan bahawa ia dapat mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan, meminum air za’faran tertentu dengan yakin ia membawa kebaikan. Semua ini adalah bentuk tangkal dan boleh membawa kepada syirik.

"Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut." -http://rubbertapperz.blogspot.com

Rasulullah s.a.w. bersabda :


مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )



*dihasilkan berdasarkan rujukan dari http://mediasiber.com & http://rubbertapperz.blogspot.com




nota coklet: aku tidak mempercayai bomoh @ dukun ni tapi aku percaya pada para orang alim dan perubatan Islam ;) 

3 insan doakan kebahagiaanku:

fazzlim said...

fazz xp'caya lgsung pada bomoh2 ni..

IntaNBerliaN said...

sy xcaya sbb sy takut tgk bomoh2 dlm tv tu..hihii

Firdaus said...

21st century troll = bomoh

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat