Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.
Menderma Darah Semulia-Mulia Sedekah
Dr. Yusuf Qaradhawi:
Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.
Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.”( Al-Maidah: 32 )
Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.
Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.
Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.”( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir: 2 – 287 ). Dalam hadis sahih tersebut: “Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.”( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Lu`lu Walmarjan nombor 667 ).
Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.
Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya: “Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang: “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Ya! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Lulu`Wal Marjan – Hadis 1447 )
Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap Agama Islam tidak memandang penting mengenainya.
Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing ….. apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?
Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.
Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya: “Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.
ni tym derma drah kat uitm sabah tp saya nda dpt drma drah sb drah sndri dlm bdan pun kureng..ngeh3x
Wednesday, September 22, 2010
kebaikan menderma darah
ni masa mendaftar
kak wati: peace..!!
kak nurin: eh, isi la dlu
naa..c kaka kna jayum..hehe
kak wati: si0k eh..;p
kak nurin sampai bnyk kali na jayum sb drah dia cepat beku..ishk2..
kak nurin: peace..!!
tahniah2x..
yeah..dpt cendramata>,<
Posted by syuwai at 12:30 PM
Labels: S-inf0 o.0, s-st0ry
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 insan doakan kebahagiaanku:
Post a Comment