Assalamualaikum w.b.t :)
Situasi:
si 'baik hati': eiii.. aku tau la kenapa dia tu kena sayang.. sebabb dia jalan lenggang lenggok! itula sebab kenapa dia dapat markah tinggi! si 'Bos' tu suka! #malasmahuceritayangseterusnya
::kemain kebencian dia tu.. jelas terserlah.. namun sampai sekarang menjadi si talam.. oleh sebab tidak 'ketahuan', maka berjaya menuding jari pada orang lain. Tahniah! :p
_______________________________________________________________________________
Kadang-kadang,
kerana terlalu ghairah untuk nampak 'baik' di depan mata manusia,
kita lupa untuk berusaha nampak baik di mata Allah..
Manusia terus berjalan,
ada yang bongkak,
ada yang humble,
ada yang tawadduk.
Tetapi,
kadang-kadang manusia tak sedar ataupun terlupa,
untuk menoleh ke belakang,
ataupun berhenti seketika,
berhenti untuk mengamati jalan yang dilaluinya,
adakah ianya jalan yang lurus,
ataupun sudah tersasar daripada landasannya..
Berhenti bukan bererti menyerah,
berhenti untuk bermuhasabah.
Bermuhasabah diri,
mencari di mana lompongnya iman,
mencari di mana diletakkan islam selama ini,
mencari sinar taubat yang masih bercahaya,
buat penyuluh hati yang gelap dan kelam.
Begitu juga dengan diam.
Kadang-kadang,
kita juga perlu berdiam.
Diam hanya apabila dituntut,
Diam daripada bicara yang membuahkan dosa.
Sekiranya sesuatu hakikat itu kita tidak ketahui,
maka diam itu lebih baik,
bagi mengelakkan terhasilnya cerita-cerita dongeng,
daripada mulut bacul kita.
Diam juga bukan bermakna benci,
Tapi diam daripada terus menyakiti,
Dalam diam, doa tetap dipanjat,
Dalam diam, hati terus mengharap.
Agar hati-hati itu bertaut kembali,
Untuk bersama-sama menebarkan CintaNya..
nota coklet : CARA BERPAKAIAN BUKAN UKURAN KEIMANAN SESEORANG namun bukan bermaksud halal dedahkan aurat tu
Friday, August 23, 2013
Kerana Perhatian Itu
Posted by syuwai at 5:38 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 insan doakan kebahagiaanku:
Post a Comment