Assalamualaikum w.b.t
Berita 1
Melalui rancangan Melodi TV3, bekas tunang Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, yang tidak dinamakan telah muncul menerangkan tentang pertunangannya dengan wanita itu yang sebelum ini terputus gara-gara Ashraf Muslim, 32, menjalinkan hubungan dengannya.
Beliau turut menambah yang hubungan Ashraf dengan Sakinah sudah berjalan sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada Dayana.
Beliau turut menambah yang hubungan Ashraf dengan Sakinah sudah berjalan sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada Dayana.
Rasanya hubungan antara Sakinah dengan Ashraf Muslim bermula bukan sembilan bulan selepas Ashraf berkahwin, malah sebelum dan semasa Ashraf dalam pertunangan dengan tunangnya (Dayana) dan saya dan Sakinah masih bertunang.Pada masa itu saya memang frust, kerana saya sudah hampir berkahwin. Saya tidak boleh menafikan yang pertunangan kami terputus kerana dia (Sakinah) ada hubungan dengan Ashraf Muslim.Alhamdulillah, apa yang Ashraf Muslim nafikan sebelum ini akhirnya terbongkar. Apa yang pernah saya suarakan sebelum ini dipersoalkan oleh orang luar sama ada saya memfitnah, tapi sekarang sudah terbukti.
Sambil menyuarakan simpatinya pada Dayana, bekas tunang Wan Sakinah turut memberitahu sebelum ini apa yang diperkatakan olehnya tentang Ashraf menjalinkan hubungan dengan tunangnya tidak dipercayai orang kerana mereka menganggap Ashraf seperti ustaz. Beritahunya lagi, pertunangan dia dan Sakinah terputus 25 hari sebelum mereka melangsungkan perkahwinan.
Mendoakan kebahagiaan mereka (Ashraf dan Sakinah) sehingga ke akhir hayat, bekas tunang Wan Sakinah turut menasihatkan Ashraf agar tidak lari dan bersikap seperti lelaki budiman kerana apa yang dilakukan (berpoligami) tidak salah.
Sebaliknya Ashraf patut berterus terang menghadapi pihak media dan orang ramai.
Berita 2
Minggu lepas dan minggu ini pastinya topik paling hangat di dalam dunia hiburan Malaysia ialah perkahwinan Ashraf Muslim. Suami kepada Dayana ini telah melangsungkan perkahwinan keduannya dengan Wan Sakinah di Thailand pada 7 Julai yang lepas.
Namun begitu, menerusi BiPop semalam, Ashraf Muslim menafikan yang mereka berdua kahwin lari. Sebaliknya menurut Ashraf, perkahwinan di Thailand tersebut turut dihadiri oleh ibu bapa Wan Sakinah. Kata Ashraf:-
Namun begitu, menerusi BiPop semalam, Ashraf Muslim menafikan yang mereka berdua kahwin lari. Sebaliknya menurut Ashraf, perkahwinan di Thailand tersebut turut dihadiri oleh ibu bapa Wan Sakinah. Kata Ashraf:-
Ya memang betul saya berkahwin seorang lagi pada 7 Julai lalu di Thailand dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Kami berkahwin di luar negara dengan mengikut syarak. Ini bukan kahwin lari sebab saya berkahwin dengan Wan Sakinah mendapat restu ibu bapanya. Malah, ibu bapa Wan Sakinah juga bersama kami ketika majlis pernikahan di Thailand itu. Malah ada juga ahli keluarga saya yang turut bersama dalam rombongan kami ke Bangkok. Jadi, saya nafi kahwin lari, cuma kami berkahwin di luar negara dan mendapat restu ibu bapa Wan Sakinah dan keluarga saya.
Apabila ditanya alasan mengapa tidak memberitahu Dayana dan bapa mertuanya mengenai hasratnya untuk berkahwin di Bangkok, Ashraf Muslim menerangkan:-
Saya ada alasan mengapa saya tidak boleh beritahu terlebih dahulu mengapa saya pergi ke Bangkok. Takkan saya nak beritahu, saya nak ke sana untuk kahwin lagi. Saya ada sebab, sebab mudahnya saya tidak mahu kecoh-kecoh urusan ini. Hari itu, apabila saya hantar surat permohonan poligami pun sudah jadi kecoh, jadi saya fikir, perkara ini kena teruskan dengan cara baik dan senyap-senyap asalkan ia bukan kahwin lari dan mendapat restu.Selepas pulang dari Bangkok, memang niat saya untuk beritahu Dayana mengenai hal perkahwinan saya dengan Wan Sakinah, tetapi masa sesuai belum ada… tetapi apa nak buat, Dayana tahu hal ini terlebih dulu apabila melihat salinan dokumen dalam beg pakaian saya. Dia yang kemaskan beg dan pakaian saya, tentulah dia terjumpa dokumen dalam beg. Dayana minta penjelasan, jadi saya berterus terang.
Apabila ditanya soalan “Sebelum ini, Ashraf buat permohonan poligami untuk bernikah seorang lagi di dalam negara. Jadi kenapa pula bernikah di Thailand?“, Ashraf Muslim menjawab:-
Ada sebab kenapa saya dan Wan Sakinah tukar perancangan untuk bernikah di Thailand. Saya harus cakap, saya terpaksa pilih cara ini. Tapi, saya tegaskan, kami bukan kahwin lari. Emak dan bapa Wan Sakinah juga pergi ke sana bersama kami. Ini bukan kahwin lari tetapi keadaan yang menyebabkan saya terpaksa tukar rancangan. Alhamdulillah… keluarga mereka terima saya dengan baik. Cuma, Wan Sakinah tentulah juga berasa sedih sekarang kerana tidak sangka boleh kecoh begini (berita dalam media massa).
Panjang lebar penjelasan daripada Ashraf Muslim kan? Kalau nak baca yang lebih panjang, sila dapatkan naskhah BiPop semalam. Daripada gaya penjelasan Ashraf, nampak seperti dia dan Wan Sakinah telah pun merancang perkahwinan ini dalam waktu yang panjang. Apa pun, tahniah diucapkan atas perkahwinan anda berdua. Semoga berbahagia.
sumber dari beautifulnara.com
macam-macam komen orang dekat beautifulnara tu.. silalah baca sendiri. Terhibur baca.. haha
nota coklet: lelaki ada 9akal dan menggunakan akal2x itu utk memuaskan nafsunya yg 1 itu.. hmmmmm
0 insan doakan kebahagiaanku:
Post a Comment