Assalamualaikum dan salam sejahtera ;)
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.
Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah;
1.tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2.mencari waktu yang tepat
3.memahami kedudukan orang yang ditegur.
Cara Menegur Dengan Bijak
Ditegur atau diperingatkan atas kesalahan yang anda lakukan memang sama sekali bukan kejadian yang menyenangkan. Rasa malu, kadang kala sakit hati selalunya menguasai fikiran anda setelah mendapat teguran. Hakikatnya, menegur itu lebih sukar daripada orang yang menerima teguran, kerana ada beban tersendiri ketika harus memperingatkan dan mengungkapkan kesalahan orang lain. Oleh itu, tidak heran jika muncul perasaan tidak selesa dan risau sewaktu menegur orang yang salah, sekalipun yang akan anda tegur adalah bawahan, tapi demi kedisiplinan dan berjalannya sistem kerja yang baik, anda harus berani menegur yang salah.
Berikut tips menegur dengan bijak :
1. Kumpulkan Maklumat/informasi yang kukuh
Dalam menegur seseorang, anda harus memiliki alasan dan informasi yang kukuh/benar. Tanpa hal ini anda boleh dipandang enteng. Tapi ingat, jangan mencari-cari kesalahan orang lain, ertinya hendaklah menegur secara objektif.
2. Tegurlah Segera
Jangan menunda-nunda waktu untuk menegur, kerana akan mebuatkan orang yang ditegur merasa itu bukan kesalahan dan kemungkinan akan dicontoh oleh bawahan yang lain.
3. Lakukan Secara Personal
Ingatlah, jangan sesekali menegur ditengah orang ramai dan dengan bantuan orang lain. lakukan empat mata, pilih tempat privasi, bersikaplah profesional, jangan memalukan orang tersebut didepan orang lain.
4. Fokus Pada Persoalan
Teguran janganlah melenceng dari persoalan. Jangan menyinggung hal-hal yang tidak ada kaitannya dengan masalah pokok, apalagi masalah peribadi. Selain itu jangan mengungkit kesalahan dimasa lalu, kerana hal tersebut menampakkan bahawa anda seorang pendendam.
5. Dengarkan Pembelaannya
Beri kesempatan pada orang yang anda tegur untuk memberikan penjelasan, hal ini juga membantu anda dalam memecahkan persoalan dan memberikan solusi. Jangan biarkan mereka melakukan kesalahan lagi, hanya kerana mereka tidak tahu apa keinginan anda.
6. Lakukan Dengan Tegas & Adil
Teguran harus dilakukan dengan tegas dan adil, jangan hanya menegur orang yang tidak anda suka, jika anda hanya menegur orang-orang tertentu, anda akan dicap pilih kasih dan tidak adil. Hal yang tidak kalah penting, dalam menegur tunjukkan sikap untuk membantu, bukan menghukum.
7. Buatlah Komitmen Saling Memperbaiki
Bincangkan kesimpulan yang dapat anda & dia lakukan untuk perbaikan kedepan, buat kesepakatan, tentukan batas waktu. Akhiri prosedur pemberian teguran dengan saling pengertian, kemudian lihat perbaikan yang dilakukan.
Selamat menegur dengan bijak, semoga membawa perubahan kedepan, kearah yang lebih baik
nukilan ini diubahsuai daripada hada_islamic

nota coklet; Most of us are physically matured, but not mentally & emotionally. Maturity also mean our ability to learn from mistakes & not to repeat it again. It is best developed by experiencing the real problem that we encountered in our lifespan.
1 insan doakan kebahagiaanku:
yup'z itu perlu
Post a Comment