Thursday, January 5, 2012

Matlamat / Niat Tidak Menghalalkan Cara

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Matlamat menghalalkan cara means the end justifies the means. Basically, halal becomes haram and haram becomes halal -- the permitted becomes forbidden and the forbidden becomes permitted. and continue reading at here [KLIK]

Sebenarnya tidak semua matlamat/niat tidak menghalalkan cara namun dibolehkan jika mengalami beberapa situasi yang sukar.. Situasi macamana? Jom sambung bacaan!

PANAS: Sejumlah penyokong wanita dari kelab bola sepak Hutnik Krakow dari Poland rela menanggalkan pakaian mereka untuk mengumpul dana bagi kelab tercinta yang sedang meruncing.

*mulia hati mereka bukan? Namun, perlukan untuk sampai ke tahap itu dan melakukan perkara tidak senonoh macam tu??

Pasukan tersebut dibubarkan kerana hutangnya yang menggunung, namun kemudian dibentuk kembali pada 2010 dan kini bertanding di divisyen lima di Poland.

Sayangnya, pengurus kelab tersebut tak belajar dari kesalahan masa lalu dan kembali terbelit hutang. Kini mereka berharap bantuan dari para penyokongnya.

Beruntung, mereka memiliki sekelompok penyokong yang tak hanya seksi, namun sekaligus murah hati. Begitu murah hatinya mereka rela difoto tanpa pakaian untuk kalender tahunan, yang hasil penjualannya digunakan untuk keperluan kelab.

Jurucakap kelab, Daniel Urbaniec, dilapor dari caughtoffside.com mengatakan, “Kami berharap apa yang mereka lakukan boleh mendorong fans dari kaum adam untuk melakukan sesuatu dan menggalang dana bagi kami sehingga kami boleh meningkatkan fasiliti di kelab.”

*entah-entah pengurus kelab yang menyeleweng duit tu sebab tau pasukannya tu takkan ke mana punya..kofkofkof

sebenarnya saja ambil contoh yang jauh-jauh..kalau contah yang berada di kalangan masyarakat sekarang memang banyak kan??hohoho.. Memanglah sekarang ini `benda' ni ada dimana-mana tapi kalau kita dah tau takkan lah teruskan buat lagi? atau tidak tahu tapi buat-buat tahu.. tu bodoh sombong namanya.


Salah satu matlamat yang menghalalkan cara adalah;
1. Firman Allah : -

: فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Ertinya : Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Al-Baqarah : 173)

Ayat ini jelas menunjukkan bagi mencapai matlamat ‘TERUS HIDUP' iaitu maslahat nyawa, dibenarkan bagi seseorang Islam itu untuk melakukan satu cara yang tidak halal, iaitu memakan makanan yang haram, bagi mencapai matlamatnya iaitu terus hidup. Ini kerana kepentingan nyawa adalah lebih besar berbanding memakan yang haram, justeru dalam keadaan TERPAKSA sahaja, cara yang asalnya HARAM itu menjadi harus buat sementara waktu.

Biar aku explain lagi, misalnyalah kapal kamu karam.. tapi nasib baik kamu dan beberapa penumpang sempat menyelamatkan diri guna pelampung kecemasan tu.. Lepas b'hari-hari salah seorang dari kamu goal sebab kelaparan @ etc.. kamu boleh makan dia sebab terdesak.. alah, tgk ja cerita u shouldt be alive tu..hoho

kalau nak lebih faham sila teruskan bacaan di sini [KLIK]



nota coklet: zaman sekarang macam-macam ada~ @,@

0 insan doakan kebahagiaanku:

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat