Assalamualaikum semua.. =)
semoga hari anda ceria disamping orang tersayang..
yup.. dunia ini takkan berkembang tanpa melalui pelbagai dugaan hidup kan..seperti kata para pendekar bujang lapok "cobaan, cobaan"..hee=)
mesti korang pernah tempuhi pelbagai dugaan hidup yang korang tidak sangka-sangka kan? kadang kala, sudah jatuh, ditimpa tangga lagi.. lepas tu korang akan rasa, akulah mausia paling malang di dunia! tapi, mari kita menjadi positif, ucaplah "syukurlah, ada insan yang lebih malang dariku".. yeahhh..sukarkan?? tapi itulah hakikat kehidupan.. X(
kemudian mesti ada suara-suara lebih kurang camni, "alah, benda kecil je.. tu pun mau pening".. atau "biasalah tu" atau ada si baik hati yang cakap "padan muka!" dan macam2x lagi lah..ngeeehhh...masa kita kena dugaan2x hidup ni confrimlah emosi tidak stabil kan. Mari kita ambil suara-suara tu untuk menjadikan kita lebih tabah.. kalau aku, untuk mengelakkan rasa sakit jiwa dan raga tu, aku akan tersenyum ja. ketawalah untuk menghindarkan rasa stress tu XD
nota coklet: membuatkan hatiku lebih keras dan... berdendam???
Wednesday, November 23, 2011
Tiada Dugaan, Tiadalah Kehidupan
Posted by syuwai at 9:29 PM 4 insan doakan kebahagiaanku
Thursday, November 17, 2011
Aku tidak buat apa-apa!
Assalamualaikum dan selamat malam semua..
mari kita ceria-ceria malam ni.hari ni aku teringat suatu kisah yang entah dari mana aku dapat.. biasalah manusia memang mudah lupa 0:)
Kisahnya bermula begini..
Pekerja: Saya tidak berpuas hati sebab telah dibuang kerja!
Kesatuan Pekerja: Sabar. Kamu tahukah sebab apa kamu dibuang kerja?
Pekerja: Saya betul-betul tidak tahu encik! setahu saya, sepanjang saya diterima bekerja tidak pernah pula saya melakukan sebarang pekerjaan encik!
Kasatuan Pekerja: Nah, itulah masalahnya!
nota coklet: senyum tak perlu kata apa-apa =)
Posted by syuwai at 9:45 PM 3 insan doakan kebahagiaanku
Labels: hilang stress, lawak, sengal
Wednesday, November 16, 2011
Kesian.. kecil-kecil lagi sudah tertekan!
Aku akui pernah terasa seperti mahu menamatkan riwayat hidup ni walaupun masa itu umur masih mentah dan belum akil baligh lagi.. biasalah, budak-budak..otak tu masih kosong lagi..hee
kesan tertekan tu buatkan aku menjadi pemendam dan perahsia tapi luaran of course lah seorang yang ceria macam astro ceria tu..hikhikhik.. sometimes tu, bila aku dilanda sesuatu masalah, aku rasa macam berat sangat..yup, dari dulu lagi.. Kalau tertekan mesti korang akan rasa begitu tu=) mahu meluahkannya pun susah, mulut tu macam berat gila.
tapi kalau terluah masalah tu, confirm rasa ringan sikit kepala.. jadi kalau tertekan, carilah seseorang yang anda percayai untuk berkongsi rasa. Ini jarang aku amalkan sebab aku lebih suka pendam-pendam..hee
selain tu, kalau masa tension, jangan terburu-buru buat keputusan.. tenangkan diri tu dulu. Pastikan otak tu kembali normal dulu ^__^
syukurlah sampai sekarang aku belum sampai tahap tidak normal tapi kurang nomal itu mungkin XD
tapi aku bersyukur bukan seorang pendendam yang tegar. Macamana pun kejam seseorang tu aku masih boleh kasi maaf misalnya bila dia mengeluarkan kata-kata keramat @ magic words.. bukanlah mentera macam dalam cerita Harry Potter tu, tapi p'kataan macam "saya minta maaf".. sejuk terus jantung =) but memaafkan tu boleh. melupakan tu sukar @,@
nota coklet: kadang kala bukan niat kita untuk berahsia tapi tidak bersedia/yakin/tahu untuk menceritakan perkara sebenar.. X(
Posted by syuwai at 3:12 PM 0 insan doakan kebahagiaanku
Labels: masalah mental, stress, tekanan, tertekan
Tuesday, November 15, 2011
2 Days & 1 Night
2 Days & 1 Night ni sebenarnya sebuah rancangan Korea. Rancangan ini berbentuk hiburan disamping memperkenalkan tempat-tempat menarik yang mereka lawati. Namun, disetiap episod mereka akan dikenakan beberapa syarat dan denda jika kalah. Misalnya mereka dikehendaki mencari bendera tersembunyi di kawasan tempat menginap mereka dan siapa yang gagal menemuinya tidak akan diberi makan. kadang-kala dorang juga menjemput beberapa artis [korea juga la] untuk menghangatkan rancangan dorang ni. Lawak, best, gerenti sakit perut menonton rancangan ni. Sesuai ditengok semua peringkat umur =)
kalau yang badjet orang puteh tu, sila teruskan bacaan ke en.wikipedia ni ya.. <=tekan-tekan :)
nota coklet : confirm hilang stress nengok rancangan ni.. XD
Posted by syuwai at 8:41 AM 12 insan doakan kebahagiaanku
Labels: korea
Saturday, November 12, 2011
kartun obsesi anda ...?
Assalamualaikum semua...
Selamat berhujung minggu :-)
Masa korang kecik-kecik mesti ada kartun yang korang minat berabis-habisan (adict) kan? Mustahillah tiada.. :-P
Sebenarnya banyak kartun yang aku minat tapi yang paling buat aku kemaruk kartun card captor sakura ni lah..hehe
Kartun ni mengisahkan tentang seorang gadis cute yang mempunyai kuasa luar biasa untuk mengunci makhluk2x menjadi kad..sakura ni tinggal brsama abang dan ayahnya yg caring. Sakura juga jatuh hati dgn bestfren abgnya menyebabkan dia tak perasan shoran sebenarnya menyukainya..
Watak dlm cerita ni;
Sakura - heroin
Shoran - hero lelaki dia (ntah betul ka ejaan nama dia..hehe)
Tomoyo - best fren sakura yg selalu jait baju khas untuk sakura sambil mrakam aksi2x sakura berlawan
Cukuplah tiga watak utama tu ja..hehe
Inilah kartun yg aku adict gila2x masa di sekolah rendah, anda pula??hehe
Posted by syuwai at 9:16 PM 6 insan doakan kebahagiaanku
Labels: kartun
Thursday, November 3, 2011
Eh, mana tudung kau??!!
Assalamualaikum semua..
Tadi masa mencari barang bagus di pasaraya terkenal terdengarlah perbualan 2 orang kawan ni.. begini bunyinya...
Perempuan A: eh, tudung kau mana??
Perempuan B: biasalah, mau berubah..
aku sebagai pendengar pun kepelikan.. O.o berubah??
Posted by syuwai at 3:26 PM 22 insan doakan kebahagiaanku
Labels: zaman sekarang