Monday, October 31, 2011

jom kita bermimpi!

Assalamualaikum semua.. Dan selamat malam..heee

Korang pernah tengok drama korea Dream High ka? Besssstttt..hehe ya lah.. Aku tau cerita ni sudah basik, sudah lapuk di pasaran..tp aku baru dok layan drama ni..kuikuikui ketinggalan betul aku ni kan tapi tidak kisahlah..hehehe

Pernah tgk cerita ni tapi masa tu aku tgk 1 episod ja eh tidak sampai pun 1 episod,beberpa minit ja, itupun di tengah2x episod sudah.. Masa tu tgk blur2x lagi mengisahkan tentang apa pun aku x faham..haha masa tu aku buat andaian drama tu boringla kunun XD

Dream high ni mengisahkan pelajar2x muzik yang ingin bjaya dlm bidang muzik. Mengisahkan tentang kehidupan di sekolah, ada cintan cintun, lawak, kisah kehidupan..eii, korang tanya mr.google la kalau mahu tahu lebih lanjut ya..hee

Sekarang drama ni ada main di 8tv tapi dalam bahasa mandrin. Lepas tgk 1episod tu lah aku t'gerak mau search di youtube drama tu.. Tapi best layan drama tu dalam bahasa korea jugalah.. Byebye la 8tv :-P

Published with Blogger-droid v1.6.9

Saturday, October 29, 2011

Bohong itu dibolehkan jika ...

Assalamualaikum semua~

semoga ceria-ceria sahaja di hujung-hujung minggu ni ea.. hee =)


Apakah maksud bohong ??

Bohong adalah lawan kata dari jujur (mengungkapkan kebenaran apa adanya tanpa ditutup-tutupi). Bohong bererti sebuah ungkapan untuk melebih-lebihkan, menambah-nambah atau mengurang-ngurangi sebuah peristiwa yang sebenarnya terjadi. Berbohong merupakan salah satu perbuatan yang dilarang agama (Islam) dan bagi yang melakukannya akan berdosa.


Namun, ada tiga keadaan yang dibolehkan anda berbohong;

Pertamanya, jika anda berada dalam peperangan yakni dalam mempertahankan akidah.. Misalnya, dalam peperangan tu anda berbohong dengan mangatakan anda adalah pelancong, maka dibolehkan sebab Rasulullah sendiri berkata bahawa peperangan itu penuh dengan tipu muslihat. Siapa yang ambil subjek sejarah menti tahu pasal hal ni. Cuba kamu cek apa definisi peperangan dalam sejarah..hehe

Keduanya, untuk menjaga hati isteri. Misalnya, si isteri masak untuk suaminya dan masakan tersebut tidak sedap tapi si suani berkata makanan dimasaknya sedap kerana ingin menjaga hati isterinya..hehe

Ketiga, berbohong untuk mendamaikan dua pihak yang sedang bergaduh. Terdapat hadits-hadits shahih tentang bolehnya berbohong pada keadaan tertentu;

1. Hadits Ummu Kultsum:

عن أم كلثوم بنت عقبة أخبرته : أنها سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : ليس الكذاب الذي يصلح بين الناس فينمي خيرا أو يقول خيرا

Ertinya:

Dari Ummu Kultsum binti Uqbah mengabarkan bahwa dia mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Bukanlah pendusta orang yang mendamaikan antara manusia (yang bertikai) kemudian dia melebih-lebihkan kebaikan atau berkata baik”. [Muttafaqun 'Alaih]

Di dalam riwayat Al Imam Muslim ada tambahan:

ولم أسمع يرخص في شيء مما يقول الناس كذب إلا في ثلاث الحرب والإصلاح بين الناس وحديث الرجل امرأته وحديث المرأة زوجها

Ertinya:

“Dan aku (Ummu Kultsum) tidak mendengar bahwa beliau memberikan rukhsah (keringanan) dari dusta yang dikatakan oleh manusia kecuali dalam perang, mendamaikan antara manusia, pembicaraan seorang suami pada istrinya dan pembicaraan istri pada suaminya“.

2. Hadits Asma’ binti Yazid

عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ يَزِيدَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لاَ يَحِلُّ الْكَذِبُ إِلاَّ فِى ثَلاَثٍ يُحَدِّثُ الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ لِيُرْضِيَهَا وَالْكَذِبُ فِى الْحَرْبِ وَالْكَذِبُ لِيُصْلِحَ بَيْنَ النَّاسِ ». وَقَالَ مَحْمُودٌ فِى حَدِيثِهِ « لاَ يَصْلُحُ الْكَذِبُ إِلاَّ فِى ثَلاَثٍ ». قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ لاَ نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ أَسْمَاءَ إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ خُثَيْمٍ.

Ertinya:

Dari Asma’ binti Yazid dia berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Bohong itu tidak halal kecuali dalam tiga hal (yaitu) suami pada istrinya agar mendapat ridho istrinya, bohong dalam perang, dan bohong untuk mendamaikan diantara manusia”.


sampai sini sahaja.. adios peeps! ^____^


nota coklat; macam mengumpat @ mengata pun dibolehkan jika berada dalam keadaan tertentu kan..hehehe

Friday, October 28, 2011

Zaman sudah berubah

Assalamualaikum semua.. Selamat pagi dan selamat hari Jumaat, selamat hari yang mulia..hehehe panjang mukadimahku di hari Jumaat tu.. Sebenarnya saja mau exercise jari jemari manaip ;p

Keadaan sekeliling makin berubah dari hari ke hari kan tapi masih ada juga yang tidak berubahkan...heee Zaman, dunia, keadaan@suasana berputar-putar mengikut perubahan sang manusia..

Yayaya..begitu juga diri ini yang menginginkan perubahan pada yang lebih baik.. Cukuplah risaukan hal-hal yang tidak mendatangkan faedah pada diri sendiri tu.. Walaupun sebenarnya kita tahu sesuatu tu tapi lebih baik kita berdiam diri sebab itu bukan hal kita juga kan..

Tapi kalau ada yang memerlukan pertolongan dan diri ini mampu,saya akan cuba sedaya upaya.. Jadi jangan buang saya dari hidup anda ya..

Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, October 27, 2011

Atom Bukan Robot Biasa!!

Assalamualaikum semua~..

korang sudah tengok cerita ni ka?? heee~ =)


menceritakan tentang si Charlie, bekas juara tinju, bertinju menggunakan robot untuk mendapatkan duitduitduit..hehe Lepas tu, dia dapat berita yang ex-wife dia sudah meninggal dan kakak ex-wifenya menuntut hak penjagaan anak si Charlie ni, Max. Robot tu pula dijumpai secara tidak sengaja oleh Max di pembuangan sampah untuk robot-robot, dan dinamakan Atom sempena tatu yang ada di dada robot tu.. untuk mengetahui cerita ini dengan lebih lanjut silalah tengok Real Steel ni ya.. ^___^

Aku bagi 4.5 dari 5 bintang untuk cerita ni.. ada babak lawak, sedih, geram, eiii bestlah! ;p



nota coklat: sebenarnya aku terlambat juga menonton cerita ni..hahahaha

Tuesday, October 25, 2011

Wahai Sahabatku

Assalamualaikum korang..hehehe

Berhabuk + bersawang-sawang sudah blog aku ni.. @,@ mau update otak jem, tapi masa otak tengah penuh dengan idea sibuk la pula, last-last masa mau update idea sudah hilang entah ke mana..ahaks!

okey, berbalik kepada tajuk, sesiapa pun memerlukan sahabat bukan?? Tidak kiralah sahabat anda itu dari kalangan keluarga sendiri ka, orang luar ka.. kankankan??

kadang kala bukan kita bermaksud ingin mementingkan sahabat dari keluarga, tapi ada bezanya sahabat dan keluarga kan2x?? bukanlah bermakna kita tidak pentingkan keluarga.. lepas tu, niat kita mahu membantu kawan tapi orang boleh fikir sebaliknya, last-last kita pula boleh tersepit..=,=


Dalam menjalani kehidupan seharian, aku, kamu dan kita semua sememangnya memerlukan kehadiran seseorang yang boleh bercerita,berkongsi suka, duka dan sebagainya... Itulah sahabat. Hargai sahabatmu...



nota coklet: walau macamana tension dengan hal peribadi, jumpa kawan boleh terbang masalah tu walau untuk seketika..hohoho yuppp..aku sangat2x menghargai mereka sebab berjaya menghilangkan stess aku yang menggila..hehehe terimakasih para sahabat!

Thursday, October 13, 2011

Apa itu HIPOKRIT ?!

Seperti yang kita tahu…hipokrit tu ialah…orang yang berpura2 ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka…atau buat2 baik tapi dalan hati sebenarnya tak suka. Mesti korang pernah jumpa orang camtu kan?

tapi penah tak terfikir…pernah tak terfikir kita sendiri pun pernah mengamalkan budaya hipokrit ini?

teruskan bacaan ke http://fallspoet.wordpress.com/2009/01/05/apakah-itu-hipokrit/

*****************

Hipokrit… ?? Apa ya hipokrit tu?? Peralatan binaan untuk konkrit ker?? Bukan semuanya bukan.. 
Sebaliknya hipokrit merupakan perkataan berasal dari Greek yang membawa maksud perbuatan meletakkan kesalahan pada orang lain ( sila rujuk wikipedia) .. Ikut pendapat saya plak hipokrit nie lebih kepada menukar personaliti untuk sesuatu tujuan tertentu,.. Bagaimana pula dengan pendapat anda?? . Mungkin ada pendapat dari anda.. Memang saya perhatikan dari pengalaman saya di atas muka bumi terdapat rakan-rakan yang hipokrit tentang diri.. Selalu menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri tak diperbetulkan.. Rasanya cukup setakat ini untuk topik kali ini..

Entri ini terlalu pendek.. Cuba lihat entri terbaru yang lebih detail mengenai hipokrit [sila KLIK]


and credit to; http://ligakampung.com

 ********************

itulah yang aku jumpa masa meng'google bersama incik google tentang apa itu hipokrit.. kadang-kadang kita tak perasan kita sendiri akan jadi hipokrit jadi sila lempang aku laju-laju kalau aku berubah menjadi hipokrit.. tapi u lempang I elak laju-laju..miahahahaha


nota coklet: sakitkan bila kita sudah mempercayai 100% pada orang tu tapi buli2x dia cakap yang dia tidak percayakan kita..huhuhu okey, ini iklan! hahahaha

Saturday, October 1, 2011

CONTEST SHOW YOUR STYLE!


Cara Penyertaan 1 (facebook);

1. Upload gambar anda di page AZYcollection dengan style anda
(http://www.facebook.com/AZYcollection) [Pakaian bebas janji tidak mencolok mata]

2. Kemudian kami akan upload gambar para peserta dalam ke album "Show U'r Style Contest" dan barulah anda boleh promosi gambar anda untuk di`LIKE'

3. Peserta yang mendapat `LIKE' terbanyak akan menjadi pemenang.

4. Sila follow blog kami http://azyscollection.blogspot.com/ untuk mendapatkan "BONUS sebanyak 3 LIKE"

***********

Cara Penyertaan 2 (blogger);

1. Buat entri dan letakkan gambar untuk dipertandingkan.

2. Paste URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.

3. Kemudian kami akan buat poll untuk proses pengundian pemenang dengan membuat stikypost

3. Peserta yang mendapat `UNDIAN' terbanyak akan menjadi pemenang.

4. Sila follow blog kami http://azyscollection.blogspot.com/ @ LIKE AZYcollection untuk mendapatkan "BONUS sebanyak 3 LIKE / 2 UNDIAN"




Syarat2x penyertaan;

=> peserta bebas memilih cara penyertaan samada 1 @ 2
=> sesiapa boleh join janji manusia XD [Wanita, Lelaki, 1family, Baby2x]
=> Warganegara dan mempunyai alamat tetap [senang kalau mahu pos hadiah]

nak tag dekat;
mr. wan
maera
ieyza
milly molly




Hadiah pemenang;
=> Akan ada dua pemenang sahaja, 1 dari facebook, 1 dari blogger..
=> Pemenang akan mendapat hadiah misteri bernilai RM50

Dan ...

5 Peserta yang mendapat undian / like terbanyak akan mendapat baucer pembelian sebanyak RM20



nota coklet: aku tolong promosi, jomlah join =)

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat