Monday, January 24, 2011

SERAM : kisah dorm 15

“Dulu terdapat sebuah rumah sebelum sekolah ni didirikan tau. Rumah tu didiami sepasang suami isteri. namun lelaki tersebut meninggal dunia akibat kemalangan. m0t0sikal beliau bertembung dengan sebuah l0ri. Dipercayai anak yang dikandungkan oleh isteri beliau merupakan pembawa sial.” Cerita Ain dengan penuh semangat.

“erk, betul ke anak tu pembawa sial?” s0al Fifi, tidak sabar hendak mengetahui kisah selanjutnya.

“hish, sabarla. Ain belum lagi habis cerita!” sergah Mimi

“sebenarnya cerita tu direka-reka oleh ibu suami tersebut yang tidak menyukai isteri anaknya tu. Sebabnya, dia dah ada pilihannya sendiri untuk dijodohkan dengan anak tunggalnya. Biasalah askar ni merantau ke sana,ke mari dan semasa bertugas luar daerah, dia jatuh hati dekat isterinya. Ternyata lelaki tu tidak bertepuk sebelah tangan selepas cintanya disambut oleh isterinya tu. Ibu lelaki tersebut tidak sanggup untuk menolak pilihan anaknya kerana terlalu sayangkannya. Jadi dia diamkan je perasaan tidak puas hati tu. Tapi dalam hatinya dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menyatukan anaknya dengan Esah, anak ketua kampung, pilihannya”

“namun hajatnya tidak berkesampaian kerana anak kesayangannya itu telah meninggal. Dia berpakat dengan si Esah tu membuatkan hidup menantunya sentiasa sengsara. Si isteri tu terpaksa bertahan je kat kampung tu sebab dia tiada lagi tempat untuk di tuju kerana dia merupakan seorang yatim piatu. Walaupun telah mendapat seorang anak yang telah berusia 4 tahun tapi body dia masih mantap. Lebih-lebih lagi dia mempunyai wajah yang rupawan. Memang janda melatoplah!.. “

Sambung Ain lagi..

“oh ya, anaknya mengalami masalah susah nak tidur if terbangun awal pagi tu. Jadi dia akan membawa ibunya bermain hide and seek. Kebiasaanya d0rang akan main tu seawal jam 3 pagi. Tiap kali dia jumpa mamanya yang tengah bersembunyi mesti dia akan peluk kaki mamanya erat2x sambil teriak “Ibu, Nini dah dapat tangkap dah!”… 1 malam tu, tengah d0rang anak beranak khusuk tidur, ibu mentuanya membawa penduduk kampung pi bakar rumah d0rang tu kerana mereka telah dituduh pembawa sial dan merupakan mengamal ilmu hitam. K0rang tau ke, rupanya asrama yang kita duduk sekarang ni merupakan bekas kawan rumah mereka tau. Sini la dekat dorm 15 ni” cerita Ain dengan penuh keyakinan.

“eh, be..betul ke??” Tanya Mimi. Risau.

“k0 tengoklah sendiri, pernahka d0rm ni kena bukak selama kita 5 tahun d0k belajar kat sini ??.. kali ni je sebab tahun ni sek0lah mengalami banyak penerimaan murid berbanding tahun-tahun lepas.” Tegas Ain

“alaa..itu cerita d0ngeng sekolah ni je lah. Aku tak pecaya lah” tiba-tiba Zumi menyampuk.

“sudahlah. aku nak tidur dah ni. K0rang ni adakah patut cerita seram malam-malam gini” Fifi segera menuju ke katilnya.

“wei k0rang, d0a-d0ala k0rang mintak2x jangan la terbangun jam 3 pagi..hehe nanti k0rang kena bawak main hide and seek la pula” lalu Ain pun segera naik ke katilnya.

“j0mla tidur” ujar Mimi sambil menepuk kaki Zumi.

Mereka berempat pun segera memejamkan mata masing-masing.

 gambar adalah ihsan dari incik g0ogle!

*******************************

“ades,  macam nak gi toilet la pulak” monolog Zumi sambil membuka matanya. Zumi meirik ke arah jam tangannya. Jam 3 pagi.

Dia terlihat kelibat wanita seolah-olah memerhatikan Mimi yang sedang lena dibuai mimpi bersebelahan dengan katilnya.Tiba-tiba bau busuk yang amat kuat menusuk hidungnya. Kemudian, terdengar suara budak kecil merengek.

“ibu, ibu,..marilah kita main sembunyi2x. Nini tak dapat tidur la bu..”

Zumi membuka matanya sedikit untuk melihat wanita dan budak tersebut. Wanita tersebut seperti tidak mempunyai wajah melainkan tengk0rangnya jelas kelihatan, bentuk fizikal wanita dan budak tersebut se0lah-olah dah rentung. Biji mata wanita tersebut tersembul keluar. Badan mereka seperti dijilat api, Seperti mangsa kebakaran. Api ?? bakar ??

Gulp ! Zumi menelan air liurnya.

Zumi berusaha cuba sedaya upaya untuk melelapkan matanya semula.

“ibu, tengok ni. Ada yang bangun lah.”

Perlahan-lahan Zumi membuka matanya semula dan muka se0rang budak yang sangat h0d0h betul-betul berada depan ruang matanya. Zumi segera bangkit dari katilnya dan dengan sekuat hati berlari meninggalkan dorm tersebut. Dia berhenti seketika depan dorm 11.

“rasanya dah jauh ni” bisiknya sambil menoleh ke belakang.

Tiada apa2x.

Fuh~ lega! Baik aku tumpang tidur dekat d0rm 1, ada Zana gak sana. Bisik hatinya.

Semasa dia ingin meneruskan langkah tiba-tiba dia terasa setiap langkahnya amat berat. Segera dia berpaling ke bawah dan budak tersebut sedang memeluk kaki kanannya dengan erat!

“ibu! Ibu! Nini dah dapat tangkap dia!” jerit budak tersebut




p/s dapat idea nak tulis taip cerita ni masa terkurung kat t0ilet libry nasib lah masa tu ada bawak tepon sekali

m0ral: bawalah tepon anda ke mana je anda nak pergi ea..hehe

sekian~


11 insan doakan kebahagiaanku:

yatie's EPISODE said...

huishh.. seram dibuatnyee.. huhu

Cik Mimie said...

adess!! mcm real pun ade...huhu

loLaa_nurafizza said...

WAA..UPE NYE CERITA REKAAN..INGT BTL TD..TAKUT JGK..

Nurfazilah Cipa said...

real r..serm woo~cipa xley tdo cipa cr syuwai eh??:)

syuwai said...

@ yatie's

seram ea.. means hebat la syuwai reka crita ni ea?? hehe;p

syuwai said...

@ cik mimie

besti bunyik jantung tu DUPDAP! DUPDAP!

hak2x

syuwai said...

@ l0laa

ke takut banyak ?? ngeeh~

syuwai said...

@ luvy

toksah la takut, bukannya betul pown..hehe

tp if nak cari syuwai gak, ok je

nanti syuwai nyanyikan lagu dodoi untuk luvy..hak2x

syuwai said...
This comment has been removed by the author.
CG said...

wei toiletttt!Gunalah harpic!hakhak!hapuskan jamban!

syuwai said...

@ cik gadis

miahahaha.. sampai ke sini kisah si toilet, harpic, N si jamban ?? haha

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat