Thursday, July 28, 2011

Spontaneous Thursday #2



~ Aku permata ~











nota coklet: ^_____^



Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #5

klik untuk tumbesaran [alamat tlh disensor, makaseh ;p]


 thanks eddie [http://trigyy.blogspot.com/] >.<

dah lama nak up entri pasal ni tp tak kesampaian.. ^^




nota coklet: btw comeyy nya tulisan hang.. XD



Monday, July 25, 2011

zinedine zidane VS ayahku

Ayah
Kerut kulit mu lembut menyentuh kalbu
Rambut putihmu memancarkan sinar kedamaian
Keras suaramu memberi ku kekuatan
Lemah tubuhmu membangkitkan semangat untuk mengabdi


Kemarahanmu adalah jiwaku
Petuahmu adalah jalan lurusku
Kau adalah ilham dalam hidupku
Kau adalah pembimbing spiritualku
Jika mungkin ku terlahir kembali
Ku ingin kau jadi ayahku lagi.

Selamat hari jadi, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amiinnn~~

eh, apa kaitan zinedine zidane dalam entri ni?? sesaja nak melibatkan dia sebab brthday dorang jatuh pada hari yang sama [23 July] =) *muehehehe



oh ya, selamat hari jadi juga buat my brother [21 July]






nota coklet: monday day = blues day >.<



Sunday, July 17, 2011

Nasihat untuk Kaum Hawa

~ Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

~ Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

~ Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

~ Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

~ Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

sumber : KLIK





nota coklet: selamat berhujung minggu dan selamat bekerja *bg sesiapa yg kerja la..hohoh






Saturday, July 16, 2011

Segmen Kenal Blogger Sampai Juling


~ panggil si penggemar coklat [ sebelum ni guna nma lain =) ]

~ uitm

~ selamat berkenal-kenalan ya mrs. empunya bl0g.. teheee ^___^


err... tak faham apa yang aku kerepek  merepek dekat atas tu?? sila KLIK banner tu. Tq ^^ *muahahaha






nota coklet: Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.






Thursday, July 14, 2011

Ingatlah Kematian !

sumber gambar : mr.google


Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, 
maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, 
maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, 
sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.


-Al-Hafiz Al-Hakami












nota coklet: semua yang bernyawa pasti akan pergi.... >.<



Monday, July 11, 2011

Lebih baik bertanya dari tersesat

Assalamualaikum~

'Malu Bertanya Sesat Jalan'



yup.. aku setuju dengan peribahasa dekat atas tu.. tapi kalau tersalah bertanya juga akan memakan diri sendiri. Jangan menyesali apa yang terjadi sebab apa yang terjadi tu berpunca dari diri sendiri juga, ambillah ia sebagai pengajaran. Apakan daya kalau nasi sudah menjadi bubur. cuma lepas ni kena beringat sebelum bercakap.

Lebih baik bertanya dari buat andaian sendiri sebab benda tu boleh menimbulkan fitnah. Kadang kala kita cakap lain tapi ada pemahaman sesetengah orang lain, lebih teruk jika cerita tu ditokok tambah. Kesimpulannya, lebih baik direct bertanya dari tersesat.



Tegurlah aku jika aku mulai salah,
Tegurlah aku jika aku bersalah,
Maafkan aku jika bersalah,
dan
Maaf jika insan kerdil ini pernah menyakitimu ...







nota coklet: semakin hari waktu sentiasa mematangkan ku



Saturday, July 9, 2011

Weekend ?!

mesti pasal kes perhimpunan BERSIH, tu la pasal polis buat roadblock dekat mana-mana. Ishk!






Lepas tu kena turun kerja...






nota coklet: Habis kerja, sila diam-diam di rumah.tQ



Thursday, July 7, 2011

Spontaneous Thursday #1

my head plus heart like wanna be exploded...!!!!!!!








nota coklet: pliz save meeeee......



Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday #4

Tired of ....







nota coklet: can u make my heart better ???



Wordless Wednesday #3



.......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



nota coklet: ..........@$&%*((*_(+_$@#$@$$%&%*






Tuesday, July 5, 2011

WANTED : Blog link for my bloglists



dah letakkan maera dlm my bl0glist tau ^^

sebelum tu jom kita kenal2 dengan miss librarian yg comelotte ni..hehe


Biodata =>

Nama ; Khumaera Ismail

nama femes ; miss librarian

umur ; korang tanya la sendiri dgn empunya badan..lalalaal~

ada bisnes sendiri lagi yunk ; http://mid-sayang.blogspot.com/p/my-blogshop.html [TERJAH JGN TAK TERJAH!]
*Konon-konon seorang yang pemalu.. sebenarnya tidak punnn..hehe =)

status ; dah berkahwin dgn doktornya hatinya..ahaks!






nota coklet: sempat juin lagi tak??






Monday, July 4, 2011

Wahai Wanita !

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…


Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya


Di mana Allah untuk menjaga kita
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita


Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…


Mengapa masih ragu-ragu?


Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…






nota coklat: bukan hasil nukilan si pencinta coklat....juz wanna share it ^____^



Friday, July 1, 2011

Maaf Itu Bukan Niatku !

Bukan niatku menjadi pendusta,
cuma mulut berat untuk berka-kata,
seolah-olah lidahku kelu
bagaikan ais-ais di antartika

Bukan niatku menjadikan hati ini,
sekeras batu-batu kelikir,
mungkin sebab peristiwa lalu
menyebabkan hati ini sulit menyuarakan rasanya.

Bukan niatku menjadi pelakon,
namun setiap manusia adalah pelakon,
Dunia inilah pentasnya,
dan persekitaran menentukan wataknya.

Bukan niatku mengasarimu,
tiada niatku menyakitimu,
cuma aku tak pandai meluahkannya,
apa yang terbuku dihati ini.

Fahamilah niatku,
bukanku ingin menjadi hipokrit,
Apatah lagi menjadi sang talam,
cuma pintaku, fahamilah daku!

nukilan, sang pencinta coklat~







nota coklet: erm,, lamanya tak berpuisi XD



Kasut Tumit Tinggi Vs Kesuburan Wanita





Kasut tumit tinggi a.k.a high heels.. memang cantik + bergaya kalau dipakai.. *err..untuk para wanita la ea* tapi rupanya pemakai yang memakai kasut bertumit tinggi akan menyukarkan si pemakai tu menimang cahaya mata.



Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita. Selain tu, rekaan kasut tumit tersebut boleh menyebabkan rambut gugur. Seterusnya, kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah perut buncit.
Lepas tu mulalah gegurls *para wanita* sibuk memakai korset untuk menampakkan diri tu langsing. [Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.]

Dax Moy menambah lagi, paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.




Kesimpulannya =>

Risiko kasut tumit tinggi ;

~ Menjejaskan peluang mendapatkan anak

~ Punca rambut gugur

~ Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita

~ Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid








nota coklet: baru tau pasal info ni, jadi nak sharing2x ngan korang~ ^___^



 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat