Monday, June 6, 2011

Sensitif | Perlukah??

Assalamualaikum semua~.. Hai y'all ^^

mesti korang tau kan apa tu sensitf.. kulit sensitif pun boleh jadi gak tapi entri ni nak ceciter pasal perasaan sensitif..hohohoh


Tidak salah sebenarnya bersikap sensitif ni. Tahukah anda bahawasanya orang sensitif ni seorang yang teliti dan berhati-hati dan juga seorang yang penuh dengan rasa kasih sayang.. ececeh, semua nak mengaku sensitif la tu..hehehe ni yang aku faham la pasal orang yang berjiwa sensitif ni.

Orang yang mudah menangis tak semestinya berjiwa sensitif sebab ada yang sensitif tapi tak mudah menangis. Sebenarnya, okey apa kalau menangis sebab menangis ni dapat melegakan `sakit' dalam hati / jiwa korang tu.. bukan berdosa juga kalau korang nak nangis pun o.0

Biasanya perasaan sensitif ni berlaku semasa emosi korang tidak stabil, tidak kiralah ianya dirancang atau tidak, kelakuan akan berubah secara mendadak akibat gangguan perasaan tersebut.

misalnya; korang tahu ada orang mengumpat pasal muka korang huduh ke [sila jgn terasa ya >.<], dengan sendirinya korang akan berkurung di bilik, tak mau bergaul dengan orang lain.


kadang-kala kita tak perasan apa yang kita buat atau tercakap tu membuatkan seseorang terasa tapi tolonglah jangan over sensitif. Berdepan dengan orang sensitif ni ada baiknya juga sebab kita boleh berusaha memperbaiki percakapan dan pergaulan kita.

apa-apa pun, sentiasalah think positif! *aku pun sedang mencuba agar sentiasa think positif ni ^___^






nota coklet : aku sendiri pun sensitip gak..muahahaaha ingat slumber2x takde jiwa sensitip ker?? hehehe XD



3 insan doakan kebahagiaanku:

kiwi said...

sensitif tu perlu tapi tak perlu la overrrr. karang nak pujuk susah pulak

Anonymous said...

nsb baik sy seorang yg maskulin berjiwa tenang......lalalalalalalalalala...

Zazachan said...

sensitif itu bagus..hehehe

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat