Wednesday, February 2, 2011

Bibir Cinta Laura paling seksi

sumber gambar: g00gle!

DILIHAT cantik dan segar adalah impian setiap wanita, termasuk Cinta Laura. Penyanyi lagu Cinta atau Uang (Wang) itu yang masih remaja, bagaimanapun berkata, dia tidak menjalani sebarang rawatan khusus untuk kelihatan jelita.
"Saya tidak menggunakan apa-apa kecuali mencuci muka sebelum tidur. Saya juga jarang ke salon. Kalau pergi pun, mungkin enam bulan sekali. Itupun untuk rawatan rambut," kata penyanyi yang juga pelakon itu baru-baru ini.

Apabila dia ditanya pendapatnya mengenai bahagian tubuhnya paling seksi, selebriti remaja itu kelihatan bingung.
"Tidak ada yang istimewa. Tetapi ramai yang berkata, bibir saya yang paling seksi. Saya tidak tahu. Cuma ramai yang berkata begitu dan menurut mereka, bibir saya seperti bibir Angelina Jolie," kata Cinta, artis yang dilahirkan di Jerman itu.

Menjawab soalan wartawan seterusnya, Cinta berkata dia sendiri tidak merasakan begitu.

"Bibir saya kecil dan saya merasakan diri saya tidak layak untuk dibandingkan dengan Angelina," katanya.
Cinta yang nama penuhnya Cinta Laura Kiehl dan baru menjangkau usia 17 tahun mempunyai takrifan sendiri mengenai seksi. "Seksi bukan terletak pada bibir. Seksi itu juga harus membawa maksud pintar. Jika cantik tetapi bodoh, itu bukan seksi namanya. Seksi juga bukan bererti mesti kelihatan berahi. Yang penting berpakaian rapi, bagus dan bijak." Cinta menerbitkan album Cinta Laura pada 2010. Dengan single hitnya, Love is Money yang turut terkandung dalam album berkenaan, jualannya mencecah hingga 12 kali platinum.

Katanya, dia tidak akan berhenti setakat itu. "Saya masih mempunyai banyak rancangan. Saya mahu membuat lebih banyak kejutan. Tetapi tidak boleh didedahkan buat masa ini," katanya.
Tetapi beberapa minggu sebelum ini Cinta berkata, dia mungkin mengikut jejak langkah Shanty yang meninggalkan dunia hiburan selepas berkahwin.

Namun, bagi Cinta, langkah itu, yang akan diambilnya pada Jun ini ialah untuk menyambung pelajaran di Amerika Syarikat.

"Saya akan tinggalkan dunia hiburan kerana bagi saya, ia hanya hobi saja. Memang sejak kecil saya yakin akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya sudah bersedia untuk tinggalkan karier sebagai penyanyi pada Jun ini," kata Cinta.

Ketika ini, dia berada di semester akhir di sebuah sekolah antarabangsa di Jakarta. "Hanya tinggal satu semester lagi. Saya tidak sabar untuk meneruskan pengajian saya ke Amerika Syarikat," katanya.

Tetapi mengapa Amerika yang menjadi pilihannya.

"Saya bukan bertujuan menunjuk-nunjuk. Di Amerika, sekolahnya memang bermutu, lebih-lebih lagi di Universiti Harvard, yang menjadi sasaran saya.

"Saya teringin sangat ke sana. Harapannya ialah untuk mendapatkan ilmu yang terbaik. Soal jurusan, akan saya cari yang paling sesuai," jelas selebriti itu yang dikatakan akrab dengan penyanyi, Afgansyah Reza.

Tambahan pula, menurutnya, di Amerika memang ramai siswa dari Indonesia.

"Mereka semuanya pintar belaka. Saya ada rakan yang belajar di sana," katanya.

Tetapi, sementara menunggu pemergiannya itu, Cinta berkata, dia mungkin hanya akan menumpukan kepada bidang nyanyian saja, tidak lagi lakonan kerana ia membabitkan masa yang panjang.

Cinta mungkin antara artis remaja paling bertuah apabila diberi peluang untuk muncul di peringkat antarabangsa selepas dipelawa berduet dengan rapper Australia, Guy Sebastian.

Mengulas mengenai hal itu, dia mengaku amat teruja. "Impian menanyi bersama artis bertaraf antarabangsa akhirnya tercapai. Saya diajak berduet dengan Sebastian. Sudah tentu saya tidak menolak. Sebastian begitu berbakat," katanya.

Pasangan itu akan membawakan lagi rap berjudul Who`s That Girl.

Menurut Cinta, lagu itu sungguh enak dinyanyikan dan mereka hanya mengambil masa yang singkat dan persiapannya juga dilakukan ketika itu juga. - JI

sumber artikel : mymetro


2 insan doakan kebahagiaanku:

Hanisah Safian said...

somel nye beliau! :P

syuwai said...

@ hanisah

yup2x.. hehe

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat