Friday, November 19, 2010

MENGUAP

h0t t0pic hari ni nak crita psl menguap la...hehe

Siapa yang tak pernah menguap? Semua orang pernah menguap kecuali Rasulullah (s.a.w). Betapa mulianya Baginda...

Dari apa yang saya pernah baca, saya hanya menyenaraikan kembali 3 adab menguap. Sama-samalah kita mengambil iktibar dan mengamalkannya...

Menahan menguap sekadar mampu

diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi Muhammad s.a.w., bahawa baginda bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah Taala suka apabila orang bersin, lalu dia mngucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak setiap Muslim yang mendengarkan pula mengucapkan 'Yarhamkallaah'. Adapun menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang itu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap

diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila sesorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
Makruh mengangkat suara ketika menguap

diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, dan at-Tarmizi daripada nabi Muhammad s.a.w. katanya yang bermaksud: sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan mambenci oarng yang menguap. Maka, apabila seseorang kamu menguap, jangna sampai berbunyi haa haa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang memtertawakanmu.

Ibnu as-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin az-Zubair r.a., katanya: telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Sesungguhnya Allah azzawajalla mambenci mengangkat suara ketika manguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatanya, bahawasanya Nabi s.a.w. tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah

Wallahu a'lam









0 insan doakan kebahagiaanku:

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat