Tuesday, September 21, 2010

coklat oh coklat..

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.
Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan. Coklat membantu anda menenangkan emosi. Coklat dipenuhi dengan nadamin dan feniletilamin yang membantu saraf dan membuat perasaan lebih tenang dan gembira.




Coklat turut berfungsi mengurangkan stres





1 insan doakan kebahagiaanku:

syuwai said...

nyam3x..^^

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat